Terangkat sebelah kaki dia ketika ingin menekan suiz lampu dan kipas. Beg yang diletak atas meja lantas digalas. Tangan kiri hendak menolak pintu kelas manakala sebelah tangan lagi iaitu tangan kanan tergesa-gesa menarik zip beg yang terbuka. Tak semena-mena terkeluar sekali isi beg dari bahagian depan.
Hujung jari yang mahu menyentuh tombol pintu terus ditarik. Bertukar arah. Naila mencangkung, mula mengutip dua atau lima keping kertas warna warni dilipat kecil. Naila buat sendiri nota itu. Dikumpul dalam tangan dia.
"Naila!" Laju aku mendongak. Ada susuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri di tepi pintu sambil tersengih. Naila terjerit kecil. Dah kenapa berdiri dekat situ dan dari mana pula dia tahu nama aku?
"Ya saya?" Jawab Naila. Dapat dia lihat yang pelajar itu seperti tengah...tersipu malu?
"Naila free tak malam ni?" Seorang pelajar lelaki tersenyum manis ke arah Naila. Naila tersenyum janggal. Kenapa cara dia ajak berbual macam kami dah lama kenal? Okay abaikan yang itu.
Hmm seingat aku...jadual aku kosong hari ni. Boleh lah.
"Free je...why tanya?" Pelajar itu berdehem tatkala mendengar balasan aku. Naila buat-buat pandai beramah mesra walhal tak tahu sangat.
"Nak tak..." sabar Naila menunggu.
"Nak tak..." mata Naila disepet. Pintu kayu dipukul sekali. Terperanjat lelaki yang bersandar pada pintu kelas. Naila malas nak marah jadi pintu lah jadi mangsa pukulan gadis itu.
"Nak tak sertai cosplay jadi hantu, malam ni!" Latah pelajar lelaki itu. Tahu pun nak bersuara. Dari tadi nak tak nak tak. Naila menghadiahkan senyuman manis.
"Untuk apa ni ya?" Dah elok jadi manusia eh minta nak jadi hantu pula.
"Hah cosplay? Naila... Kau tolong lah dia dan dalam masa yang sama kau boleh asah lakonan kau!" Aku tak nak bagi penerangan panjang-panjang kalau tidak, satu bab pun tak cukup nak cerita pasal suara ini yang aku dengar.
Singkat cerita, nama dia Viera.
"Alaa malam ni ada fun fair besar besaran. Aku ada buat kerja sambilan dekat situ tapi boss aku cakap kalau boleh ajak kawan sekali. Seorang pun jadi lah." Kawan? Ni mesti dia buat kawan lagi.
"Aku rasa kan kau sesuai cosplay jadi badut sebab bila kau senyum sama gila dengan psychopath." Laju Viera memberi pendapat agak hebat.
Baru je aku sebut, dia dah datang.Mata Naila tepat memandang mata lelaki itu. "Awak tak cuba ajak orang lain ke?" Naila kurang berminat nak pergi fun fair, lagipun mesti pergi waktu malam. Memang Viera suka lah. Viera kaki berjalan, sedangkan Naila tidak. Lebih suka habiskan masa mengulangkaji pelajaran di dalam bilik. Setia berada di kawasan rumah nya.
"Tolong lah Naila...kau jelah harapan aku ada sekarang." Pujuk pelajar lelaki itu. Lemah sungguh kalau aku jumpa sejenis manusia macam ni. Tidak mudah menyerah kalah.
"Naila, go! Naila. Naila. Naila kan baik hati." Sorak Viera. Sanggup kau di pihak lelaki ni!
Naila menghembus nafas. Bukan mengeluh eh. "Yang pasti saya tak nak jadi cik bungkus, saya nak jadi badut yang comel."
Makin lebar senyuman dia.
"Anything for you, my princess.""Aku rasa lah kan..." soal Viera yang lama diamkan diri. Tak nak lah ganggu masa dia orang tengah bekerja. Sekarang Naila tengah tunggu Si kawan Viera tu. Katanya ada sesuatu dia nak bagi dan mahu cakap benda penting...bagi dia.
Posisi kaki dibetulkan. Kaki diangkat lalu disilang ke belakang. "Kau rasa apa pula kali ni?"
"...lelaki tu on crush dekat kau." Naila ketawa kecil. Aku fikir Viera nak cakap tentang apa lah tadi. Mengarut!
Tiba-tiba kerusi sebelah Naila ditarik seseorang. "Naila! Aku ada belikan aiskrim perisa strawberry. Kegemaran kau kan?" Teka pelajar lelaki itu. Kedudukan mereka berdua terlampau dekat spontan bahu kanan lelaki itu ditolak sehingga nak terjatuh dari kerusi. Alamak, terlebih guna tenaga.
"Maaf. Awak terlalu dekat. Saya tak selesa." Jujur Naila.
"Ah maaf." Lelaki itu menarik kerusi hadapan Naila lalu melabuhkan punggung dia.
"Aku duduk sini, engkau duduk situ." Naila mengangguk kepala. Aiskrim strawberry diserahkan kepada Naila.
"Terima kasih untuk aiskrim ni." Suapan pertama dimakan. Hmm sejuk!
Naila tak senang duduk tatkala lelaki itu kekal merenung Naila sebelum membuat keputusan untuk memecahkan kesunyiaan ini.
"So Naila...apa jawapan kau?"Huh, jawapan apa?
Saat aiskrim disua ke dalam mulut. Saat itu juga dia nak membuka mulut.
"Do you want to be my girlfriend?"Dengan rasminya, aiskrim yang sepatutnya masuk dalam mulut malah sudu kecil gedik nak ikut masuk juga. Tersedak lah dia. Cemas lelaki itu, cepat-cepat dia berdiri di sebelah lalu menepuk belakang Naila.
"Sorry, sorry sebab dah buat kau terkejut. Aku nak ingatkan kau je takut terlupa." Naila mengangkat tangan. Lelaki itu berhenti menepuk belakang dia. Suka hati je sentuh anak orang.
Naila berdiri tegak. Lelaki itu sedikit tinggi di tepinya, dipandang sekilas sebelum mengambil dompet di atas meja.
"Serious talk, saya perlu berterus terang dengan awak. Awak dah salah faham. Saya tak pernah sukakan awak. Saya tahu saya salah sebab bagi harapan palsu tapi...tolong maafkan saya. Awak cari orang lain ya?" Naila meminta diri dulu. Lelaki itu tidak mengejar Naila sebaliknya kekal berada di tempat yang sama. Mungkin tak sangka Naila akan cakap seperti itu.
Dalam beberapa langkah sahaja, gadis itu akan tiba di depan pagar rumah nya.
"...Kau marah aku ke, Naila?" Takut-takut Viera nak bersuara tatkala melihat wajah tenang Naila. Tenang semacam je. Risau pula Viera.
"Aku malas marah kau sebab lepas ni mesti kau akan buat hal lagi so... it's okay." Makin rasa bersalah pula.
"Viera...boleh kau berjanji dengan aku. Lepas ni jangan nak berkawan satu sekolah kita. Aku tak nak perkara ni berulang lagi." Tegas Naila bersuara.
"...walaupun perempuan?" Naila tidak menjawab tapi Viera faham raut wajah itu. Viera tahu tentang kisah silam Naila. Yang membuatkan Naila trauma nak berkawan dengan ramai orang. Dan bagaimana Naila boleh berjumpa dengan Viera.
"Baiklah, Naila." patuh Viera tanpa membantah.
-TBC-
YOU ARE READING
I'm Not Naila [OG]
Novela Juvenil➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...