TIGA BELAS🤍

35 4 0
                                        

KEPALA seseorang muncul di tingkap bilik yang paling atas. Bilik itu tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Ada tingkap dekat bawah, nak juga curi-curi tengok dari tingkap bumbung. Dalam pemerhatian dia, Noah sedang menyiapkan kerja sekolah. Wah, Aku tak ada lah serajin dia. Kulit depan buku tulis ditutup. Lelaki itu mencapai satu beg kecil dan mengeluarkan barang pelbagai saiz. Dari kecil hingga ke saiz sederhana.

"Wow, tak kusangka Noah pun pakai skincare. Terbaik!" puji Naila, ikhlas.

Tidak gentar langsung apa yang akan terjadi sekiranya berada di posisi seperti itu. Tubuh dekat atas elok terbaring beralaskan kaca bata atap rumah. Kepala sahaja masuk di dalam kawasan bilik Noah yang masih tidak menyedari kehadiran gadis itu.

"Boleh saya masuk?" laju badan memusing. Kaki dah jejak atas papan tangga.

"Na..."

"Jangan pijak tangga tu!" tak sempat Noah nak memberi arahan. Naila sudah memijak atasnya dan tiba-tiba tangga itu seakan-akan mahu roboh. Skru terkeluar banyak. Tangga sudah bergoyang-goyang kuat.

Noah berlari dari kerusi. Pantas nak mendapatkan Naila yang jatuh dari tingkap atas. Dua belah tangan ke hadapan. Bersedia menyambut tubuh gadis itu.

"Ke tepi, Noah!"

Gadis itu jatuh dalam pelukan Noah selepas itu pelukan terlerai tidak sampai sesaat kerana sedar ada sseuatu bertali hitam terlilit pada baju dipakai Naila. "Saya minta maaf dah buat awak cemas," lantas tali yang diikat sekeliling pinggangnya dibuka. Sekelip mata tali itu naik semula ke tingkap bumbung.

"Kau ni...aish jangan ulang perkara yang sama," tidak jadi ingin memarahi gadis itu lepas melihat wajah dia yang sudah menunjukkan riak betul-betul berasa bersalah.

"Ar-ar kapten!"

"Macam mana kau boleh sampai dekat atas?" lemah lembut Noah menyoal. Gugur jantung Naila eh bukan-bukan!

"Saja nak kasi suprise!" Naila tersengih-sengih.

Tergeleng-geleng kepala Noah. Tangga yang dah musnah itu dialihkan ke tepi. Ada banyak duri kecil pada tangga. Tak boleh guna dah. Bahaya! Tiba-tiba Noah terjerit kecil.
Mata Noah terpejam lama. Lalu kelopak mata dibuka semula untuk melihat belakang tapak tangannya.

"Luka." Tak apa, luka sikit je. Nanti sembuh sendiri. Kerusi belajar ditarik. Punggung dilabuhkan. Meja belajar dia betul-betul menghadap tingkap berpintu dua itu. Baru Noah nak tengok muka sendiri. Nak sambung skincare muka lalu ketika muka menghadap cermin, ada pantulan muka Naila juga dalam cermin petaknya. Dekat sangat kedudukan mereka berdua.

Panik Noah berpusing ke sisi.
"Kau...kenapa dekat sangat ni!"

Naila sedang duduk sebelah melutut sambil menghadap Noah yang duduk di atas kerusi belajarnya. Tangan Noah dicapai. Hangat. Terbelek-belek belakang tapak tangan lelaki itu. Berkerut dua kening gadis itu.
"Awak terluka! Bagi saya tengok."

Naila nak menekan-nekan luka ringan itu. Belum apa-apa Noah dah menjerit sakit. Muka Naila menjadi kosong. "Saya tak tekan lagi awak dah jerit."

"A...Aku dah terbiasa luka ringan macam ni. Tak ada luka serius pun." Jantung Noah berdebar kuat.

"Tapi ni tetap luka juga kan? Tengok..." belakang tapak tangan Noah dilihat lebih dekat. "Habis kulit licin mulus awak terkoyak." Komen Naila lantas terangkat sikit kepala, wajah Noah yang sudah tidak keruan itu dipandang. Begitu juga dengan Noah.

Secara mengejut, Naila mengukir senyuman manis.

"Awak ini memang mudah terluka ya?" Sebaris ayat itu berjaya membuatkan lidah Noah kelu.

"Awak ini memang mudah terluka ya?"

Anak mata dia membulat. Dia kenal sungguh ayat ini pernah diucap oleh seseorang. Seseorang pernah digelar sebagai kawan baik.
Serentak itu angin malam masuk menerbangkan lembut helaian rambut hitam alami Naila begitu juga dengan rambut honey brown curly milik Noah. Mata gadis itu bersinar-sinar cantik. Terpaku seketika Noah yang melihat. Naila lagilah terpaku dapat melihat mata lelaki itu dengan lebih jelas. Noah mempunyai warna mata yang unik iaitu warna hijau. Forest green.

Berterima kasihlah kepada cahaya lampu tiang elektrik.

Noah berdehem selepas rasa suasana tiba-tiba berubah ke arah lain. Bingkas Noah berdiri. Dua-dua serentak berpaling muka. Naila pula acah-acah mengukur keluasan bilik lelaki ini. Wow, bilik dia punya luas siap boleh letak swimming pool lagi!

"Aku nak ambilkan biskut dan susu. Tolong jaga bilik aku sekejap." Naila tidak membantah. Sibuk ukur ketinggian lantai dan bumbung pula. Seronok pula main ukur-ukur bilik orang punya ini.

Katil yang bersepah itu dipandang sepi. Dagu bawah diketuk-ketuk. Tengah berfikir nak buat apa sementara menunggu Noah datang semula.

"Ha! Kita tolong kemaskan katil Noah." Saat selimut ditarik untuk dilipat. Terdengar bunyi kaca pecah. Dari arah tepi katil. Kaki melompat sebelah katil.

Naila tidak sengaja terjumpa bingkai gambar yang kacanya sudah retak sedikit mungkin terjatuh masa dia tarik selimut katil tadi.
Lantas tangan naik mengutipnya.

Naila tidak mengalihkan mata dari memandang gambar itu. Ada dua orang. Seorang gadis sedang duduk di atas buaian manakala seorang lagi lelaki duduk di atas batu yang bersatu dengan rumput. Mata mereka berdua bertemu sambil tersenyum penuh ceria.

"Itu Noah tapi dekat sebelah dia tu...siapa?" Warna mata dia sungguh unik. midnight blue.

"Kau buat apa?" Satu suara garau menegurnya. Spontan Naila berpusing ke belakang memandang Noah muncul di tepi pintu bilik. Kepala disengetkan. Mata Noah menatap lama pada bingkai gambar dipegang Naila. Cepat-cepat diletakkan pada tempat asal iaitu meja kecil di sebelah katil tidur.

"Maaf! Saya tak sengaja pecahkan bingkai gambar awak."

"Tak perlu minta maaf. Memang dah lama bingkai depan dia macam tu." Terlopong mulut dia. Kenapa tak cakap awal-awal?

"Kenapa awak tak tukar?" Kata-kata itu hanya dipendam dalam hati sahaja. Ini bukan masanya untuk aku menyoalkan barang peribadi dia. Dia mesti ada sebab tertentu.
Aku tak nak dicop busybody.

"Kenapa datang malam-malam ni?" Noah menukar topik. Dulang yang ada dua gelas susu dan sepinggan biskut diletakkan atas katil dahulu. Meja belajar ditolak, muncul lah ada satu anak tangga kecil di sebalik meja besar itu. Boleh duduk rupanya dekat tingkap tu.

Naila tersengih suka. Tanpa ada segan silu, Gadis itu mengambil langkah kecil memijak anak tangga itu lalu terduduk elok di atasnya. Noah hanya menjadi penonton.

"Terima kasih untuk ini. Disebabkan kita berjumpa lagi, maka awak dirasmikan jadi PA saya!" Kepala didongak bersama sengihan. Dua belah tangan didepa. Hampir-hampir sahaja Naila jatuh ke belakang, mujur ditahan menggunakan belakang badan Noah sekali sebelum lelaki itu bertindak menyandar di dinding bilik.

Noah memeluk tubuh sendiri. Mata memandang satu lorong perumahan bertingkat seperti rumah mama papanya. Ada banyak pokok tinggi dan rendah di sekitar jalan yang lurus itu. Tiada seketul manusia pun lalu lalang di situ. "Cool. Apa tugas aku?"

Mendengar ayat sahaja Noah yang dah mulai tertarik dengan pelawaan kerja diberikan oleh Naila. Muncul segaris senyuman di bibirnya. "Tugas awak mudah sahaja."

Satu helaian kertas diserahkan kepada Noah. Kertas itu dipandang sekilas sebelum kertas itu diambil cepat.

"Tapi...yang paling penting." Biskut dimakan sekeping lalu air susu dihirup sehingga separuh. Gelas diletak kembali atas dulang. Naila menunjukkan ibu jari ke arah Noah menandakan biskut dan susu memang gabungan yang sepadan. Keempat empat jari lagi dikeluarkan ketika tangan ke arah kirinya automatik tali dicabut tadi terus melekat pada tapak tangan nya. Laju mengikat sekeliling tubuh gadis itu.

Patutlah Noah rasa pelik kenapa Naila pakai sarung tangan? Rupanya sarung tangan istimewa. Naila tersenyum makna. Mata kiri dikenyit. Terkelip-kelip mata Noah.

"Tolong jangan berpisah dengan saya." Tenang Naila berkata. Ternaik sebelah kening Noah. Serta merta gadis itu terus menghilang dari pandangan lelaki itu. Agak terkesima kerana tubuh gadis itu laju naik semula ke atas. Atas bumbung biliknya.







-TBC-

I'm Not Naila [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang