DUA BELAS🦋

22 3 0
                                    

"...Ada dekat sini rupanya. Patutlah aku tak nampak kau dari tadi. Aku rindukan kau tahu tak?" Ujar ketua mereka. Tiada senyuman di wajah Noah. Hanya mempamerkan riak muka biasa walhal dah tahu ramai-ramai datang sini mesti ada niat jahat.

Noah melihat Naila melalui ekor matanya. Apa urusan dia orang dengan Naila?

Langkah geng bermasalah itu maju setapak sejurus itu, tangan Naila ditarik sebelum dibawa bersembunyi di belakang tubuh tinggi Noah. Naila tersentak lalu spontan menampar belakang badan Noah.
Dia orang bukan orang jahat pun. Nakal je.

Noah mengadu sakit. Tangan semua gadis ni memang diperbuat daripada besi ke! berbekas tak belakang aku? Naila menjelir lidah. Tidak pula lelaki yang sudah geram dengan perangai si Naila ini berganjak dari posisinya malah kekal berada di hadapannya atau kata lain seperti ingin melindungi gadis itu. Kepala Naila muncul di tepi tubuh jejaka itu. Dijadikan perisai ya?

"Saya pun rindukan awak juga!" Balas Naila tanpa menyembunyikan perasaan sebenar dia. Bukan perasaan suka tapi perasaan senang kerana dapat berjumpa dengan ketua pembuli itu semula namun sebaliknya jejaka itu tersalah faham.

Sedangkan Noah dan semua yang berada di situ ikut tercengang melihat Naila masih mampu menghadiahkan senyuman manis. Buat ketua mereka pula tu. Asal...Asal berani sangat budak ni?

Pembuli itu tergamam dengan muka memerah. Sebelah tangan naik menutup muka sambil kepala terangkat ke atas. Tidak dapat menahan kecomelan si Naila.

"Innocent betul budak ni." Gumamnya, Noah dapat tangkap apa yang ketua pembuli itu komen tentang perwatakan gadis di belakang dia.

"Budak yang kau sebut innocent nilah pernah bunuh orang!" Otak Noah mengatakan kebenaran sebenar dia lihat.

"Eh tidak! Budak ini bukan pembunuh." Manakala jauh di lubuk hati pula menolak kebenaran palsu itu.

Si ketua berdehem kuat. "Sebelah kau." Mata tepat memandang wajah Naila yang bercahaya. Penuh keceriaan. Bukan. Si ketua memandang ke arah lelaki di sebelah gadis itu. Macam pernah kukenal?

Naila menoleh sebelah dia dan wajah ketua pembuli itu dipandang silih berganti. Berkerut dahinya. Kenapa sebelah aku? Ada malaikat maut tak sabar-sabar nak tarik nyawa kau ke sampai tergamam sangat riak mukanya?

"Kenapa kau boleh ada dengan..." Hujung bibir Noah ternaik sikit. Baru nak sedar kewujudan aku dekat sini?

"Kau jangan cakap yang kau ialah kawan si A, Noah?" Noah merenung satu persatu wajah di hadapannya, langsung tiada senyuman mesra. Kecuali tiga orang itu. Salah satu manusia paling tak serius dalam geng mereka.

"Si A, Noah? Apa tu?" Noah meletakkan jari telunjuk pada bibir sendiri. Menyuruh Naila diam sebentar. Viera berdecit geram. Nak kena mamat gangster tu!

"Tak perlu kau tanya dan tak perlu kau nak ambil tahu. Tak penting." Yang tahu je tahu. Agak-agaklah sebut depan Naila!

"Dia memang kawan aku. Ada masalah?"

Bahu ketua dia ditarik sikit. Ingin membisik sesuatu. "Ketua kenal?"

"Alaa tak kan kau tak ingat, dia kan menang dalam pertandingan berdebat dulu, dialah yang kalahkan ketua!" Sampuk kawan sebelahnya. Wah, tak sangka sehebat-hebat ketua mereka dah pernah ada orang kalahkan dalam pertandingan berdebat. Aku kena catat ni, mana tahu masuk peperiksaan.

"Lah, dia ke yang buat ketua nangis tersedu-sedan lepas kena berdas-das ayat dia?" Tanpa sengaja membocorkan rahsia dapat memalukan ketua sendiri. Muka ketua mereka semakin ketat tatkala semua menyetujui kata-kata dia. Kau orang ini memihak dengan siapa!

"Aku tak sepatutnya mengambil orang yang tidak pandai jaga rahsia ketua sendiri."

Terkial-kial si mulut tempayan itu melutut sebelah ketuanya. Siap memeluk kaki ketua dia lagi.
"A...Ampun, ketua! Jangan pecat saya!"

"Heh, dapat gaji ke buat pekerjaan sia-sia tu?" Sindir Noah. Terkedu semua manusia dekat situ. Bukan biasa-biasa ayat dia. Kalau ketua dia boleh tumpaskan. Maksudnya dengan mereka, mereka sekali tumbang juga.

"Cis, kita salah orang nak cari gaduh."

"Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap dah, sila blah ya?" Halau Noah, yang lain hanya menurut. Bukan urusan mereka nak balas perbuatan Noah. Itu urusan antara ketua dengan si A, Noah. Mereka tak nak masuk campur. Silalah contohi mereka semua.

Pada masa yang sama, telefon Noah bergetar sesaat. Tangan menyeluk poket kiri seluar. Papa ada hantar mesej.

"Maafkan papa, ya. Papa tahu Baby Noah nak sangat sekolah dekat sini tapi disebabkan keputusan tidak memuaskan jadi...Noah kena pindah ke sekolah lain." Mesej papa dibaca sepi. Tak terkesan kerana ini bukan kali pertama Noah bertemu dengan jenis-jenis pengetua seperti ini.

Anak mata ke atas. Boleh dikatakan pengetua memang nak cakap yang Noah tak layak bersekolah di sini hanya kerana keputusan peperiksaan dia kurang baik. Apa boleh buat. Tak apa, banyak lagi sekolah boleh menerima kedatangan Noah. Telefon dimasukkan semula dalam poket seluar.

"Jumpa lagi, Naila." Pamit Noah ringkas. Kaki bergerak laju ingin menuju tangga sekolah. Tidak sampai beberapa saat. Langkah Noah tergantung hanya kerana sebaris nama.

"Bye, Noah Zareef." Sayup-sayup Noah mendengar suara gadis itu menyeru namanya. Terbulat dua biji mata Noah. Aku salah dengar ke?

"Macam mana kau boleh tahu nama aku?" Noah mula berasa pelik. Bagaimana dia boleh tahu nama aku. Aku dah agak!

"Aku tak pernah beritahu sebelum ini..." Terpenpam Noah apabila melihat tiada sesiapa di tempat yang baharu sahaja dia jejak. Ke mana gadis itu menghilang? Toleh sahaja tepinya, sekali lagi Noah terpenpam apabila ada Naila tepat sebelah kanannya. Betul-betul sebelah telinga dia. Pantas sahaja pipi dia rasa panas semacam.

"I know everything about you." Agak meremang lelaki itu tatkala ayat keluar dari bibir gadis itu. Terletus tawa Naila. Pucat betul muka kau, Noah.

"Nah, kau mesti ingat aku nak cakap macam tu? Tak ada lah! Aku baca nametag baju kau pakai lah. Tak pernah-pernah lagi ada manusia pakai baju biasa siap ada nametag lagi." Noah senyum segaris. Gelak tawa Naila masih tersisa sikit. Entah apa yang merasuki dia gelak tiba-tiba sahaja.

"Kalau boleh aku nak semua orang tahu nama aku pun dah cukup. Hal lain macam hal peribadi, aku tak suka orang lain tahu." Lantas Noah hendak mengorak langkah mula meninggalkan Naila. Sebaliknya Naila tidak mengikuti jejaka itu namun tangan dia pantas memegang hujung baju Noah.

"Termaksud saya?"

Kepala disengetkan. Senyuman nipis menghiasi wajahnya yang kelihatan muram tadi terus segar tiba-tiba. Merenung dalam-dalam mata Naila yang sudah menunjukkan muka terpinga-pinga itu.

"Kecuali kau." Pegangan pada hujung baju Noah perlahan-lahan terlepas. Kali ini dia betul-betul membiarkan Noah bergerak menuruni tangga dengan aman. Kalau tidak dilepaskan, alamatnya sampai ke petang lah drama mereka berdua.

Naila memegang pipi dia yang sudah kemerahan. "Kecuali aku? Apa maksud dia?"

Viera menghela nafas sesaat.
"Alahai, aku ingatkan kau senyum sebab faham. Lembap juga kau ni!" Seperti biasa, setia mengutuk kawannya tak kira situasi.

"Lembap, lembap ni jugalah kau paling risau dan paling sayang!"


-TBC-

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now