Kelam kabut tingkap bilik ditutup rapat setelah menerima kedatangan tanpa diduga iaitu titisan air hujan mulai turun dengan lebat sekali. Tirai pantas ditarik kiri dan kanan. Penutup telinga kalis suara yang tergantung di tepi meja disarung. Kini dia hanya dapat mendengar detak jantung sendiri sahaja. Seolah-olah seperti memakai headbands. Terserlah kematangan pada wajahnya apabila tiada helaian rambut menutupi dahi luas dan cerah itu.
Kemudian, dia perlahan-lahan berjalan mendekati katil dan kembali merebahkan diri. Anak mata setia memerhati ke luar tingkap lutsinar. Kelihatan jelas sekali dia sedang menunggu kedatangan kawan perempuannya. Nafas dihela singkat.
Buku nota yang sudah tercampak, diambil. Sebelah lengan tangan sengaja mendarat atas dahi manakala sebelah lagi memegang nota yang sudah tercatat memenuhi ruang kertas tersebut. Kaki sedikit terbuka. Terangkat ke udara nota kecil ditangan. Secara mengejut, sebelah kaki naik sendiri ke atas. Kebiasaan katanya. Jangan nak judge ya?
"Okay. Naila tak boleh kena air sejuk sebab kalau air sejuk nanti Viera akan keluar dan kalau nak kembalikan Naila, kena bagi dia takut. Baik! Aku dah faham." Nota kecil itu sekali lagi dicampak ke tempat yang sama sebelum terjun dari katil dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki tanpa tersilap langkah.
Telefon di atas meja lampu, segera dicapai.
Baru nombor kosong mahu ditekan."Aduh, aku mana ada nombor dia. Dia mesti tak ada nombor aku juga. Inikan pula, alamat rumah dia pun aku tak tahu." Aku pun satu. Jumpa dia selalu tapi tak pernah nak minta nombor telefon. Dasar pelupa.
"Aku nak keluar pergi cari dia." Putusnya. Daripada dia duduk sini macam cacing kepanasan, baik aku jumpa dia terus. Manalah tahu aku kena denda lagi sekali sebab tak peka. Tugas aku sebagai seorang PA dia masih belum berakhir selagi dia masih bernafas. Ini kalau sepupu dia tahu bersepakat dengan susuk misteri ini. Mahu dibebel setiap pagi. Orang panggil breakfast. Yelah, bermain dengan nyawa kot. Tiada siapa nak mati di usia muda. Silap haribulan, mati katak dekat situ.
Penat meluah isi hati bersama keluarga ikan di kedai akurium sehingga dijeling pelik oleh pemilik kedai. Kepala Tergeleng-geleng. Kesian muda lagi. Tubuh berbalik sebelum terlompat kecil seraya tanpa sedar terlukis senyuman lebar di bibir.
"Oh, Naila." Tidak jadi ingin memanggil. Senyuman ceria naik, langsung pudar. Agak terkesima terlihat gadis yang dicari kini sudah berada dalam dakapan seseorang. Bukan. Orang itu ialah sepupu Noah sendiri. Tuah. Posisi mereka berdua buat lidah Noah kelu tidak berkata-kata.
Entah kenapa dia rasa sakit sangat-sangat. Bukan dekat luar tetapi di sini. Seolah-olah tidak dapat menerima kejadian di hadapan mata.
Noah kekal diam di tempat yang sama. Payung dipegang begitu stabil walaupun suasana hatinya telah berubah. Ikutkan hati mahu sahaja dia bertindak mengikut kata otak. Teringat pesanan daripada mama sebelum ini.
"Jangan jual mahal sangat takut sepupu kamu yang ambil. Jangan menyesal."
Plastik berisi aiskrim legend yang merupakan aiskrim Malaysia, jatuh ke bawah. Terbiar bergantung pada tangan. Jejaka remaja itu tertawa kecil. Dia melarikan anak mata. Hati dia ibarat bawang merah dihiris berkali-kali. Itulah gambaran hati dia sekarang.
"Itu ke seseorang yang disukai oleh Tuah?"
Dengan langkah kecewa, Noah pergi. Cepat-cepat mahu menghilangkan diri sebelum kehadirannya diketahui mereka. Tidak sampai seminit, secara mengejut lengan bajunya ditarik supaya berbalik. Setelah itu dia menerima sesuatu yang hangat memeluk erat dirinya. Terjatuh ke tepi payung yang dipegang namun cepat-cepat Tuah menangkap dan memayungkan mereka berdua. Terkaku sebentar satu sistem badan Noah.
Wajah Tuah yang sudah tercengang habis dipandang. Apabila ditanya kenapa dia menangis? Bahu dijungkit sebagai balasan. Lantas tangan besarnya teragak-agak mahu menepuk-nepuk perlahan belakang badan Naila. Bila dia mahu leraikan pelukan, makin kuat pula esakan gadis itu. Kalau boleh dia memang tak nak sentuh Naila langsung. Terpaksa dia menunggu Naila reda dari sedih dahulu.
YOU ARE READING
I'm Not Naila [OG]
Teen Fiction➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...