DUA PULUH🦋

47 1 0
                                    

KELIHATAN segelintir murid sedang menelaah pelajaran sambil menunggu ketibaan guru kelas mereka. Katanya membawa berita gembira untuk anak-anak murid sekelasnya.
Masing-masing dalam hati tidak terdetik langsung ingin meletakkan pen sejenak dari menulis pelbagai nota ringkas. Sangat sesuai dijadikan nota poket, mudah untuk dibawa ke mana-mana. lebih-lebih lagi, di saat akhir peperiksaan dua bulan akan datang dari sekarang. Bolehlah dibaca sekilas.

Malah, ada sebahagian daripada mereka tidak terhasut langsung dengan bisikan dan gelak tawa kawan-kawan sekelas mereka yang lebih memilih untuk bersukaria sebelum kejadian malang tidak berbau berlaku.

Kedengaran tubuh seseorang terjatuh dari tempat duduknya. Habis bergegar sekejap lantai kelas. Gegaran itu cukup menarik seluruh perhatian mereka dari menghadap buku dipenuhi jumlah patah perkataan tanpa sebarang gambar. Seisi kelas terdiam sesaat, sekelip mata kembali heboh.


"Weh, tolong! Punggung aku tersekat dekat celah kerusi." Automatik semua bangkit dari kerusi. Ada yang diantara mereka  menayangkan wajah terpinga-pinga. Otak masih proses apa benda yang terjadi.

"Ish. Itulah kau gelak kuat, kuat lagi." Orang lain elok sahaja gelak terduduk. Kira okey lagi tahu tetapi sampai ke dia, gelak seakan-akan kena rasuk. Ke depan, ke belakang. Belakang, ke depan. Nak lempang, takut esok pagi tak bernafas dah.

Pelbagai cara sudah kawan-kawan dia lakukan. Tarik tangan secara beramai-ramai, tak lepas. Geletek ketiak dia supaya spontan terkeluar sendiri. Juga sama, tak lepas. Semua tidak berjalan dengan seperti apa yang mereka sangkakan. Semua terbaring lemah di lantai kelas. Dalam-dalam oksigen dihirup, mahu memulihkan pernafasan yang kian lemah dek terlampau menggunakan banyak  kekuatan sebentar tadi.

"Aduh. Cukup, cukup. Tolonglah fikirkan idea lain. Punggung aku dah kebas, bro." Tak semena, semua berdecit geram ke arahnya. Duduk diam-diam di situ. Tak boleh ke?

Akhirnya, salah seorang daripada mereka yang sedang ber-dating dengan buku itu mula melepaskan pen dari genggaman tangan besarnya. Selamba kerusi ditolak ke belakang seraya mendekati ke arah pemilik si kuat mengeluh itu. "Tak ada pilihan lain. Maaf, wahai sahabatku. Sahabatmu ini terpaksa memusnahkan kerusi kayu yang jahat lagi durjana ini."

Mendengarkan nada dingin tetapi tidak kasar, air liur ditelan penuh payah. Anak mata tergerak-gerak melihat posisi kaki seseorang yang berdiri di sebelahnya. Satu tendangan maju, kerusi itu laju mengelak ke tepi. Menepis segala tendangan yang semakin mengganas itu. Tetapi tidak pula sang penyerang terduduk lemah seperti yang lain. Hairan sungguh dibuatnya.

"Tidak akanku benarkan semua itu terjadi. Aku lebih menyayangi kerusi ini daripada engkau!" Hampir tersembur air liur tatkala ingin melafazkan kata-kata yang mampu si pendengar tergamam seolah-olah kehadiran dia tidak lagi penting. Dia ibarat seorang watak tambahan dalam sebuah kisah berlatarkan tema kerajaan terdahulu.

"Sampai hati tuan hamba berani berbicara seperti itu kepada patik. Patik tidak jadi ingin menghulur bantuan, baru tuan hamba tahu." Si lelaki kedua pura-pura batuk dengan teruk. Hendak menunjukkan bahawa kata-kata dia merupakan satu racun tanpa penawar buatnya.

"Maaf mencelah tapi...dekat sini bukan bilik latihan lakonan zaman kerajaan Melayu." Satu suara mencelah di tengah-tengah mereka berdua sambil menyepetkan mata tanda menyampah. Tahulah ada bakat dalam lakonan tapi tak payahlah terbawa-bawa sampai ke sini.

Mereka berdua tergelak suka, selepas itu wajah serius dipamerkan semula. Sang penegur mengangkat sebelah tangan lalu mengundur tiga tapak ke belakang. Juntaian rambut yang tersisa, diselak ke tepi penuh diva. Terjuling anak mata ke atas. Dia fikir apalah tatkala menyelak rambut seperti itu.

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now