"WAKE up my princess."
Dunianya terasa bergoncang seketika sebelum sedar sepenuhnya. Benda pertama saat pandangan terbuka adalah muka Farhat sudah banjiri air peluh, yang merenungnya dengan tatapan penuh... lega? Suara terdengar samar-samar sebentar tadi, kini jelas menyapa gegendang telinganya. Nafas ditarik lalu dilepaskan.
"Farhat?" Bingkas Naila bangun dari pembaringan. Kepala terasa berpusing ligat macam gasing, automatik kelopak matanya ditekan sedikit memaksa. Hingga berkerut dahinya. Ada juga rasa nak mual tetapi yang keluar hanya sendawa kecil.
Akhirnya, kesakitan sebentar tadi beransur hilang serta merta. Terkebil-kebil kedua-dua kelopak itu lantas tubuhnya kembali bersandar pada bahu sofa. Sepertinya aku terlalu lama aku masuk memori... Tunggu. Memori siapa tadi? Kenapa aku tak boleh nak ingat?
Segera dua belah tangan dibawa ke tepi kepala, kiri kanan. Jari telunjuk mencucuk sedikit kuat. Tidak berkesan. Tangan diturun ke bawah. Murung seketika wajah gadis itu sebelum berpaling ke tepi, Farhat sedang duduk bersila. Tak kejang kaki ke duduk dekat situ lama-lama?
"Sedar pun kau. Hampir-hampir aku nak call tukang gali kubur bila kau tiba-tiba tak bernafas tadi." Nadanya bertukar cemas namun masih terdengar lembut di telinga. Tangan panjangnya menarik sehelai tisu. Lagi dan lagi. Menghapus air mata entah betul atau palsu, Nai sendiri tidak pasti tapi air mukanya begitu mainkan peranan besar.
Ini kalau aku betul-betul jadi mendiang, Aku syak Farhat nangis paling teruk. Kalah budak kecik. Terkekeh-kekeh Viera mendengar isi hati kecil milik Naila.
Tepi sofa ditampar, selepas itu kelihatan lelaki itu mengalihkan pandangan ke sisi sambil melipatkan tangan rapat ke dada. Orang punyalah risau fasal kesihatan dia. Dia boleh pula gelak suka? Wah!
"Lain kali kalau nak pengsan, cakaplah awal-awal kalau tak... tak adanya aku panik macam apa entah sambil heret kau masuk bilik rawat ni." Sambungnya, nada seolah-olah sedang merajuk. Ha memang aku tengah merajuk. Pandai-pandailah pujuk aku.
Belum sempat Naila ingin membalas, segelas air dihentak atas meja sebelah sofa tersebut. Terangkat kening Naila saat mata mereka bertembung sesaat sebelum lelaki itu bertindak memusingkan badan. Mengorak langkah menuju ke singki kecil. Mahu membilas muka mungkin. Gelas kaca itu dicapai, tapak tangan rasa suam-suam. Ceh, kuat merajuk tapi action speak louder!
Gelas itu dibawa ke bibir lalu diteguk sekali, dua kali. Setelah itu, diletak semula atas meja. Perlahan-lahan sebelah kaki jejak lantai simen melapikkan dengan karpet berwarna kelabu. Sebelah kaki lagi mahu hendak ikut turun...
"Hah, nak pergi mana lagi tu? Baring!" Sepantas kilat, Fakhrul berbalik serupa ada dua mata di belakang kepala dia. Terpampang jelas riak wajahnya penuh kerisauan walaupun masih menayangkan riak tidak peduli langsung. Pinggang kiri dipegang, mirip dah macam mak tiri hendak bebel di pagi buta kerana tak nak membantu dia memasak di dapur.
"Saya pengsan aje. Jangan risau. Maaf, saya nak keluar jumpa someone. Nanti saya datang balik" Naila cuba beri alasan jujur. Tidak mahu lelaki itu bimbang lebih. Tapi... Dia kena pergi hari ini juga. Tak boleh tanggung. Nanti dia terlupa hal penting!
Lama Farhat merenung Nai, Nai? Tunjuk muka simpati. Ini yang lemah ni... pandai eh kau.
Mata lelaki itu terpejam rapat. Sedang berfikir, patut aku bagi izin atau tidak. Aish...
"Jangan... lambat, okay? Aku tahu kau pengsan lagi. Aku suruh orang tu pula bawa kau ke sini." Yes. Sayang kau Fakhrul!
"Alright, boss!" Sejak bila aku boss kau?
15 minit berlalu, selepas gadis terlebih tenaga berlari keluar daripada bilik rawatan. Tergeleng kepala Farhat sejenak. Orang kalau bangun dari pengsan terus minta nak tidur. Kalau dia, lebar terus senyuman saat dah bangun. Jauh dari sudut hatinya,
ANDA SEDANG MEMBACA
I'm Not Naila [OG]
Novela Juvenil➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...
![I'm Not Naila [OG]](https://img.wattpad.com/cover/361070491-64-k441008.jpg)