SEBELAS🤍

25 3 0
                                    

Dahi mencium permukaan meja berkali-kali. Dada turun naik mengawal pernafasan yang tidak tentu arah akibat terlalu banyak berlari ke sana kemudian ke sini. Poni rambut yang menutupi dahi basah dengan peluh, sedikit terselak. Nasib baik dia pakai baju sukan hari ini, kalau pakai baju pinafore memang tidak lah dia berlari pecut daripada tadi.

Hanya ada beberapa ketul sahaja manusia berada di kantin manakala pelajar yang lain sudah berada di padang sekolah. Tiada tenaga hendak turun padang balik walaupun hakikatnya dia tidak mahu kulit dia terbakar sahaja dan ada sebab lain-lain yang semua orang tidak boleh ketahui.

"Kenapa lah aku asyik dapat air suam je?" Mana tak meroyan? singki kantin, paip tandas, penapis air. Semua air suam! Mana air sejuk nya?

"Engkau ni lembik lah, Naila.
Cuba kuat sikit!" Satu suara lunak berjalan memasuki ruang telinga dia atau kata lain hanya dia seorang sahaja boleh mendengar suara misteri itu. Sebelah telinga ditutup. Berdesing telinga dia. Nak bagi aku pekak ke apa?

"Kau diam boleh tak, Viera!" Suara Naila naik satu oktaf. Semua mata tertumpu pada Naila yang sudah tersengih malu. Tapi tidak lama kerana mereka lebih tertarik menonton pertandingan lari 100 dan 200 meter. Oh tidak! Rumah sukan hijau ketinggalan di belakang. Rumah kuning mendahuluinya. Adakah pada tahun ini, rumah sukan kuning mendapat nombor satu lagi?

"Aduh kau ni. Aku suruh kuatkan stamina kau, bukannya kuatkan suara kau." Viera sudah menggulingkan bebola mata dia. Payah lah gini nak bagi arahan.

"Ish, kau nak aku carikan air sejuk untuk kau ke tak nak?" Naila berbisik perlahan. Ini kali pertama dia menjerit sekuat itu seumur hidup dia. Lagi-lagi dekat sekolah. Geram sangat dengan perangai tidak penyabar si Viera ni.

"Yelah-yelah, tak payah lah marah-marah." Balas Viera, santai. Apa budak zaman sekarang cakap? Relax lah weh. Benda boleh cakap kasar, buat apa nak cakap elok-elok. Gitu eh?

"Kau nak buat kerja gila tak?" Viera mencadangkan idea lain. Idea ini tidak menggunakan banyak tenaga pun. Hanya berdiri sahaja selepas buat satu pergerakkan biasa. Alah macam buat senaman panas.

"Tak..." tangan kiri Naila automatik laju ke sisi belakang. Terlampau laju sehingga Naila tidak sempat nak mengawal tangan sendiri. Mengena tepat pada kepala salah satu pelajar perempuan di situ. Sibuk menyorak sakan pujaan hati dia yang merupakan salah seorang peserta tersebut. Pelajar perempuan itu bertudung putih. Lantas menoleh belakang. Melemparkan jelingan maut. Naila tergamam. Kau buat apa ni!

"Kau ingat kau seorang je ke boleh buat keputusan sendiri? Aku pun boleh lah!" Perli Viera. Perlu ke sampai buat macam ni?

"Engkau ni...dah gila ke apa tiba-tiba pukul kepala aku!" Pelajar itu merampas segelas air sirap sejuk kepunyaan kawan dia. Banyak lagi ais dalam gelas plastik itu. Naila kekal berdiri tegak di hadapan kakak senior dia. Naila tersenyum suka. Mata terkelip-kelip. Hampir menyilaukan mata yang melihat. Siap ada orang sempat lagi memakai spek mata hitam.

Ha cepat tuang sekarang atas kepala saya. Cepat kakak. Saya dah tak sabar!

Lain sungguh orang ini, ada pula lebih suka kena macam tu semata-mata nak mandi air sejuk. Masalahnya, dia tak ada cara lain. Terpaksa guna cara macam ni. Pelajar yang naik angin tadi akhirnya meneruskan perbuatan dia seraya merampas segelas lagi dan...

Kenapa tak ada apa-apa perubahan je ni? Tak basah pun rambut aku. Tatkala mata Naila dibuka perlahan-lahan. Ada seorang lelaki sedang berdiri merapati tubuhnya. Tangan besar lelaki itu melindungi Naila dari terkena mandi air sejuk. Habis basah rambut dan baju dia. Boleh lagi dia tersenyum?

"Kenapa kau tak elak? Kau memang nak kena demam teruk?" Lembut Noah menegurnya. Kang kau sakit, siapa yang susah? Aku juga.

"Kalau aku sakit, tak apa. Aku tak nak kau sakit sekali."

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now