LAPAN BELAS❤️‍🩹

46 1 0
                                    

PIPI digebukan. Hati berkobar-kobar ingin mengetahui siapakah gadis berambut blonde yang diambil gambar bersama Noah. Tekaan pertama Naila, sudah pasti dia ialah kawan kecil Noah. Iyalah, takkan kekasih pula. Kalau ya, kecik-kecik lagi dah gatal!

"Aish, kan senang aku dapat tahu dengan tiba-tiba." Sejurus sahaja tubuhnya melepasi satu kedai terbiar. Secara tiba-tiba, kepalanya spontan menunduk lalu jatuh merangkak di atas jalan sambil tangan sebelah lagi mencengkam kuat bahagian tepi kepala. Mata terpejam rapat.

"Dhia."

Wajahnya pantas berpaling kanan. Membulat mata dia tatkala melihat bayang seseorang yang sedang memukul pintu kaca. Berkali-kali tanpa henti dan pada masa yang sama ada dua orang di dalam kedai tersebut. Penglihatan menjadi kecil. Makin lama makin jelas susuk lelaki tersebut yang sudah meraung bagai nak gila. Tangan setia menumbuk kaca tersebut sehingga dia mengambil keputusan berhenti sejenak.

"Noah?" saat melafazkan nama lelaki itu serta merta penglihatan Naila berubah gelap. Dapat gadis itu rasakan tubuhnya disambut ke dalam pelukan hangat seseorang. Tiada bisikan halus pun keluar daripada mulutnya.













"Kalau dah masuk dalam rumah nanti, jangan lupa telefon aku. Jangan lupa kunci pintu. Jangan berjaga sampai pagi."
Ini sudah masuk hari ke-19 dia mengulangi ayat yang sama manakala gadis berbaju merah jambu itu tetap membalas ayat yang lebih berbeza. Yang pasti tidak akan buat lelaki itu tidur lena.

Terhenti kaki Noah apabila gadis itu tiba-tiba berpusing menghadapnya. "Awak. Awak cakap macam jarak rumah kita berdua ni sejauh lautan pasifik aje dan lagi satu awak tak perlu risaukan keselamatan saya. Saya tahu nak jaga diri saya macam mana."

Kepala digerakkan ke kiri dan ke kanan. Separuh setuju dengan keterangan diberi oleh gadis berambut perang. "Aku cuma. Aku nak temankan kau sampai depan rumah."

Noah bukan apa, dari tadi dia memang perasan akan seseorang ini seperti sedang menunggu sesuatu dan membelakangkan sahaja mereka dari luar. Mungkin hendak berteduh memandangkan di luar sana tengah turun lebat. Namun Noah tidak rasa begitu sama sekali. Dia betul-betul risaukan keselamatan kawan baiknya.

"Zareef." Tersentak Noah tika namanya disebut lembut. Dia dengan overthinking memang berkawan baik. Berpisah tiada dalam kamus dewan Noah.

Ibu jari automatik menunding ke arah belakang iaitu pintu masuk dan keluar diperbuat daripada kaca, lebih senang untuk lelaki itu terus faham. "Awak nampak keadaan di luar sana?"

Noah menoleh sekilas ke arah tersebut sebelum menjatuhkan kepala sekali.

"Awak dah lupa yang awak takut hujan dan petir?" Nada gadis itu seperti mahu memarahi tetapi hanya ditahan. Noah diam membisu sebaik sahaja gadis itu mengorak langkah dari keluar rumah mewah.

Pada masa yang sama, hadir satu suara pembaca berita menerjah masuk ruang telinganya. Terus teralih perhatian daripasa melihat ke arah luar. Anak matanya merenung dalam-dalam kaca television yang terbiar pasang lama. Aduh, ini kalau bil elektrik naik aku pula dah menyusahkan mama babah. Baru butang merah pada hujung alat kawalan television hendak ditekan.

"Berita terhangat dan sensasi. Seorang pembunuh disyaki berjaya melarikan dari penjara bawah tanah melalui orang dalam iaitu seorang yang menjaga tahanan di sana. Kemudian, dipercayai salah seorang daripada tahanan menjumpai sehelai kertas tertulis nama-nama mangsa akan dibunuh dalam pinggan makanannya."

"Dhia...Dhia Zulaikha." Sebaris nama indah itu berjaya membuatkan Noah terkedu habis.

Terlepas objek di tangannya. Spontan dia melihat ke tempat sama tadi. Susuk itu telah menghilang. Makin tidak keruan dia dibuatnya. Tanpa melengahkan masa, bergegas dia ikut melangkah ke luar rumah. Noah mengabaikan laungan dari pembantu peribadinya iaitu uncle David yang baharu sahaja siap mengemas bilik di tingkat atas. Terkelip-kelip mata melihat kelakuan anak tunggal majikan dia ini. Tidak pernah dia buat perangai sebelum ini.

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now