"MASUK." Langkahnya tidak bermaya, tubuh dihempas atas katil putih. Mata mereka bertentang selama 5 saat ketika kepala mendongak, melirik ke pintu masuk.
Nai orang pertama dahulu menarik muka. Tetiba naik menyampah pula tenung muka abang itu lama-lama. Sehelai tisu itu dihala ke hadapan muka Nai, mahu mengesat darah segar yang mengalir keluar dari lubang hidungnya, pantas ditepis laju seraya tisu tersebut dirampas kasar dari tangan Fakhrul.
Fakhrul agak tersentak dengan perubahan gadis itu tetapi dia memilih untuk tidak berkata apa-apa. Wajar kalau dia bertindak seperti itu. Bukan salah Nai. Pintu bilik ditutup kemas sebaik lelaki itu berjalan keluar lalu mengetik papan kekunci, hendak mengubah kata laluan supaya Nai tidak dapat keluar dari ruang kecil ini.
Sudahlah, sebelum masuk tidur, dia dipaksa menelan pil yang dia sendiri tidak tahu apa kandungannya. Sumpah. Dia jenis keras kepala, tidak mahu memakan pil tersebut namun mengingatkan kembali dia bukan sedang berada dalam hospital, senang menolak segala ubat-ubat yang diberi oleh doktor tempoh hari. Tetapi kalau dia terlalu keras kepala, alamatnya kena sumbat dengan empuk badan yang mencipta pil ini. Jadi, Nai menggurungkan sahaja niatnya demi keselamatan mental dia.
Baru dia perasan, kebanyakkan mangsa di sini semua sudah berumur dan tinggal dia seorang sahaja mangsa... paling muda.
Mereka kejam. Kalau nak bandingkan mereka dengan makhluk halus. Manusia lebih mengerikan kerana, bukan fizikal sahaja dimainkan malah mental sekali terlibat.
Naila menarik jaket yang ditinggalkan oleh Abang Fakhrul, seolah-olah lelaki itu sudah tahu bahawa selimut yang disediakan terlalu nipis dan tidak cukup selesa untuk digunakan.
Saat bulu mata ingin jatuh menurunkan tirai...
"Lari, Naila." Satu suara lunak datang menerjah otaknya supaya sedar kembali. Automatik sekeliling dipandang, cuak. Tiada sesiapa di sini kecuali dirinya. Dahinya berlapis. Siapa pula yang suruh aku larikan diri? Kepala digeleng serupa tidak percaya dengan apa di baru sahaja dengar tadi.
Aku mengantuk sangat ni sebab tu mula berhalusinasi pelik-pelik. Kepala dijatuhkan dua kali, bersetuju dengan pendapat sendiri.
Nai menguap panjang. Matanya terasa berat. Hmm... sudah tiba masanya untuk ke alam mimpi. Nafasnya perlahan, dada naik turun mengikut rentak yang semakin perlahan. Dunia di sekelilingnya mula kabur... sehinggalah semuanya hilang dalam gelap.
Tidak sampai tiga minit dia rehatkan mata, dicelik kembali saat dua bebola matanya seakan-akan dibakar hidup-hidup. Dia mahu merengek kecil pada seseorang yang berani mengganggu ketenteramannya. Baru sebelah kaki turun dari katil putih, mahu memarahi siapa yang menyalakan lampu malam-malam buta. Seketika kaki dia seperti terkena kejutan elektrik. Bawah dilihat, karpet kelabu berbulu?
Kaki digeser pada karpet tersebut. Geli. Kepala terdongak tidak percaya tetapi dia harus terima.
"Mimpi siapa pula aku masuk ni?" persoalan dia biar tergantung di udara. Terkelip-kelip memandang siling rumah entah siapa punya. Dia sedar ini bukan mimpinya. Suasananya terlalu nyata. Siling di atas jauh beza kalau nak dibandingkan dengan rumah keluarganya. Siling mereka menggunakan siling pvc. Tetapi siling yang dia tengah tenung sekarang bukan siling pvc melainkan siling jenis gypsum!
"Ayah!"
Nai tersentak dan menoleh. Di hadapannya, seorang lelaki remaja sedang mengambil tempat duduk sedikit jauh dari tempat ayahnya? Teka Nai. Mereka duduk berhadapan. Mata lelaki itu penuh kekeliruan selepas sang ayah menghalakan tablet bersaiz sederhana ke arahnya. Mengetuk skrin tablet menggunakan kuku jari telunjuk.
Tunggu, Nai cam muka lelaki yang tampak teruja seminit lepas.
"Fakhrul?" Dia cuba bersuara, tetapi mulutnya terkunci. Macam mana saya boleh masuk mimpi abang?
ANDA SEDANG MEMBACA
I'm Not Naila [OG]
Teen Fiction➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...
![I'm Not Naila [OG]](https://img.wattpad.com/cover/361070491-64-k441008.jpg)