ENAM🦋

25 3 0
                                    

ZIP beg ditarik. Tangan meraba-raba dalam mulut beg yang ternganga, terus dibawa keluar jaket kelabu kesayangan dia.
Pagar sekolah setia terbuka luas dipandang lama. Macam tahu-tahu sahaja Naila nak keluar. Pondoh jaga dipandang.
Tiada sesiapa. Mungkin tengah meronda setiap kelas. Helmet penuh dicapai. Getah rambut digigit. Dua belah tangan sibuk mengumpul helaian rambut yang berterabur. Laju tangan mengambil getah merah tersebut. Rambut diikat sanggul. Cermin kecil dibawa ke hadapan muka. Lawa betul aku ni. Ceh!

Apabila rambut Naila dibuat begitu, nampak seperti muka dah dewasa. Wajah matang walhal masih remaja bersekolah menengah. Pernah satu hari, ada lelaki datang nak melamar Naila kerana dia ingatkan Naila bukan pelajar sekolah tapi seorang wanita yang sudah berkerjaya. Tercengang lelaki itu. Terngorat budak sekolah pula. Buat malu sahaja lah.

Basikal Naila maksudkan bukan sebuah basikal biasa namun, motorcycle  Yamaha YZF-R6. Harga dia, jangan bertanya. Nanti anda akan menyesal. Jaket kelabu disarung. Menutupi sebahagian baju sekolah dia. Helmet terletak elok. Kemas disekeliling kepala. Jalan pun dah clear. Apalagi? kita pergi merempit!

Laju motorcycle tersebut melepasi pagar sekolah. Angin yang datang terus menampar-menampar jaket Naila. Tangan memulas pemegang lebih kuat. Samar-samar pokok di tepi jalan. Terjerit-jerit Viera. Naila dah gila ke apa!

"Kau nak kita berdua mati awal ke?" Bergema suara Viera di fikiran Naila. Ah, peduli apa dia.

"Aku dah cakap... jangan bagi nampak sangat kita ialah dua orang yang berbeza!" Herdik Naila di sebalik helmet dipakai. Lantak lah menjerit ke nak melalak ke bukan ada orang dengar pun. Aku kan bawa laju.

"Woi. Woi! Perlahan lah sikit." Panik Viera. Percuma sahaja kena saman dengan abang polis kang.

"Tak akan aku nak diam je bila dia orang mengata kau dari belakang. Aku lawan lah dan aku menang!" Tambah Viera tatkala Naila masih melajukan motorcycle dia. Mata Viera terpejam. Tak suka lah tengok muka Naila tengah marah.

"Kau kalah kan siapa?" motorcycle diperlahankan. Suara bertukar lembut. Ini lah Naila aku kenal!

"Aku kalahkan pembuli sekolah kita!" Semangat Viera memberitahu.

"Bapak ah! Apa je yang kau tak boleh buat, Viera." Komen Naila, bangga. Cepat betul riak muka berubah.

"Perpisahan." Pudar terus senyuman Naila. Apa?

"Kalau kita berdua terpaksa perpisah, aku tak boleh nak lawan. Nanti kau boleh lupakan aku. Anggap je aku tak pernah wujud dalam hidup kau." Ayat terakhir, sengaja nada Viera mendatar namun terdengar serius. Naila menghambur tawa dia, petang-petang dah buat dia terhibur.

"Nice words! Viera oh Viera... Jangan serius sangat ayat kau lah. Dah, kau nak apa-apa tak? Aku nak singgah kedai runcit sekejap lagi." Terjengket-jengket kaki diturunkan. Kaki aku tak sampai nak jejak jalan tar. Mata mengamati jalan di hadapan. Hendak nak memastikan motorcycle dia tidak melepasi garisan putih.

Lama Naila merenung lampu merah itu. Menunggu lampu isyarat bertukar hijau.  Tiba-tiba muncul seorang penunggang motorbike di sebelah dia. Naila tidak berpaling. Tengok gaya pun tahu dia ialah seorang lelaki. Tiba-tiba Naila merasakan dirinya ditenung seseorang. Akhirnya, Naila mengalah. Laju Naila berpaling sisinya.

Ish apa masalah lelaki ni? Jangan sampai kau dah elok dekat atas motor terus ada dekat jalan tar sebab kena terajang dengan aku. Semua lelaki memang miang eh?

Benci benar Naila terhadap spesies lelaki seperti itu. Nak buat macam mana? memang Naila dah blacklist awal-awal dah.

Baru tangan lelaki itu ingin membuka visor helmet dia terus tak jadi tatkala lampu isyarat dah hijau. Terlepas peluang dia nak menegur Naila. Sekelip mata motorcycle biru tersebut pantas memotong kereta yang lambat berjalan itu. Lelaki yang memerhati Naila kekal di tempat yang sama.

"Dia tak cam aku ke?" Getus hati kecilnya.

"Hoi, kau asal tak gerak-gerak lagi? Nak aku langgar motor kau dulu baru nak gerak ke!" Lantang suara pak cik itu bersuara. Orang lain dah gerak, motor dia seorang tak gerak-gerak lagi.

"Sorry uncle, sorry hehe peace yo." Sempat lagi nak bergurau dekat sini.

"Jangan engkau nak peace yo peace yo dengan aku lah!" Tengking pak cik itu lagi. Kelam kabut lelaki itu beredar dari situ. Garangnya lah. Cuba bawa bersabar sikit.

"Weh Farhat, kau kenal ke awek tadi?" Tegur satu suara yang tidak asing ditelinganya. Lelaku itu menolak pintu kereta dia dan setelah itu kunci kereta ditekan sekali. Dah terkunci. Mereka bertiga sekarang sudah berada di hadapan kedai makan.

"Cemburu betul aku dengan awek tu. Dah lah bawa motor idaman aku!" Sampuk kawan dia lagi satu. Mula meletakkan motor dia di sebelah kereta milik kawannya.

Boleh pula Farhat termenung jauh. Wajah kosong ditayang. Punya lah tadi wajah dia cerita je tau apabila ada orang nak belanja dia makan petang. "Kau tak jawab lagi soalan aku!"

"Dia..." Ayat digantungkan. tak apa ke diluahkan? Dia bukannya kaki mengadu pun tapi dia tahu, kawan dia tak akan menyakat punya. Hmmm...fine!

"Dia...lah gadis yang aku pernah confess tu tapi...aku kena reject." Tergaru-garu pipi dia.

"Alololo kesian kawan aku. Tak apa lah nak buat macam mana. Kita tak boleh paksa seseorang untuk sukakan kita. Move on lah ya?" Aku menunjukkan muka cemberut. Macam mana nak move on kalau gadis itu tiba-tiba muncul depan mata.

"Apa Farhat cakap?" Tak jelas pula dia dengar. Farhat memandang ke arah seorang lagi yang sudah berjalan masuk kedai makan. Laju eh masuk?

"Dia cakap dia nak jual album gfriend kau punya!" Bohongnya. Tersenyum nipis Farhat apabila mendengarnya. Suka betul tengok kawan dia naik angin.

"Apa? Jangan pernah kau berani nak jual eh, Farhat! Aku lebih rela motor aku kena jual." Bergusti dengan aku atas motor dulu lah kalau nak jual!

"Serious lah! Aku nak beli boleh?" Celah kawan di sebelah Farhat. Yang memberi nasihat berguna itu.

"Kau jangan nak mengada. Kereta kau pun dah mahal nak mampus, tak berani aku nak tukar!" Terletus tawa mereka berdua.





-TBC-

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now