Tepat menjelang waktu petang, ada sepasangan kekasih. Mereka sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Jika salah satunya hilang, maka tiada fungsi pasangan lagi satu. Mereka tidak pernah curang. Setia pada yang satu iaitu diberikan nama kaki kanan dan kaki kiri. Kisah paling romantik bukan?
Lutut punya empuk tuan tidak sekuat jeritan dia lancarkan berbelas minit lepas. Bila-bila masa sahaja dua belah kakinya ditolak bayu angin yang kuat tiba-tiba sehingga punggung dia sendiri mengambil tempat di sebelah perhentian bas manakala pemandangan di belakang terdapat pokok-pokok berdaun lebat dan akar hijau tersebut mengelilingi dua sisi tiang. Warna cat semakin pudar. Kaca cermin sedikit retak. Jelas menunjukkan Farhat berada di perhentian bas lama.
Bahagian sisi ditoleh. Tersekat-sekat mengambil nafas dalam kiraan lima kali dan menghembus. Penat berlari kencang macam angin taufan. Ha sekarang si angin taufan nak jadi angin baik petang ini.
Saat Farhat sedang menyeluk poket seluar, ingin mengeluarkan earphone kuning. Farhat meniup rambut hadapan tatkala earphone itu gedik terjatuh ke bawah. Terpaksa Farhat menundukkan kepala. Wayar berwarna kuning itu baru nak dicapai.
Dalam masa yang sama, sepasang tangan laju menggengam erat wayar tersebut. Satu tubuh Farhat bertukar keras seperti batu bata. Terpaksa kepala menunduk. Anak mata tergerak-gerak meneliti bawah kerusi yang diduduki lalu nafas berhenti bernafas sesaat.
"Saya nampak menyeramkan ke?" Selamba perkataan itu terpacul keluar dari mulut berbibir kecil dan berwarna merah jambu semula jadi. Siapa tidak terpinga-pinga dengan penampakan susuk berbaju serba putih dan rambut hitam menutupi separuh mukanya. Menghadiahkan jejaka itu pandangan tajam. Sedang meniarap di bawah kerusi yang dipilih Farhat sekarang.
"Wah, sakit jantung aku!" Terlompat punggung dia dari tempat duduk tersebut. Terkekeh-terkekeh gerangan suara muncul secara mengejut itu sambil merangkak keluar perlahan-lahan. Suka benar mengacau tenteraman dia yang masih dalam kondisi tengah mengumpul tenaga.
Apabila dilihat figura itu lebih daripada dua kali. Terus Farhat memecut laju lalu melutut menghadap gadis itu yang tak lepas-lepas keluar.
"Tolong, kaki aku kejang!" Sungguh merana di bawah sana. Akibat duduk dalam posisi itu terlalu lama satu. Kedua, nak tunggu lelaki itu tunduk ke bawah memakan masa juga. Namun tidak lama kemudian, Jejaka menolong juga si dia kalau tidak dibantu ada juga jadi penunggu di perhentian bas ini. Oh tidak, tidak! Tidak sanggup dia nak bayangkan. Sudahlah dia suka melalui jalan ini jika ingin cepat sampai ke destinasi dituju.
"Naila. Kau sengaja kan tak ikat rambut kau? Meh sini aku ikatkan," Selamba menarik dua belah bahu gadis itu supaya duduk semula, bersebelahan. Dibawa keluar sekali satu set kotak penuh pelbagai jenis getah rambut. Naila tidak menolak sebaliknya menyaksikan tangan Farhat ligat membuat kerja.
"Rambut saya tak boleh ikat cantik-cantik da..." Farhat menirukan suara seperti seorang pekerja pustakawan tengah memberi amaran supaya tidak membuat bising.
"Aip-Aip, tiada istilah rambut pendek tak boleh berdandan juga." Siap tangan digerakkan ke kiri dan kanan dengan gediknya. Tergelak kecil Naila dibuatnya. Ada-ada sahajalah.
Naila gatal mengintai-intai dalam beg yang dibeli jejaka itu. Mak ai. Mainan masak-masak dan mesin scan barang kaunter.
"Saya tak tahu pula awak ada jiwa kekanakan juga. Comel." Mudah Naila berkata. Sekilas Farhat menoleh wajah gadis comel di sebelahnya. Ketinggian mereka sungguh jauh beza. Tangan menyambung mengambil satu getah rambut.
"Kau tengah sindir ke puji aku?" Bahu dijungkit sekali sebelum tersenyum kucing.
"Dua-dua." Sengaja Farhat mengetatkan rambut yang sudah diikat dua tocang. Menjeritlah si Naila. Automatik dua belah tangan naik memegang rambutnya. Ada juga kena smackdown dekat sini kang!
YOU ARE READING
I'm Not Naila [OG]
Teen Fiction➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...