DUA PULUH DUA💊

26 3 0
                                        

PINTU kiri dibuka, Fakhrul terlebih dahulu melangkah keluar kemudian tolong membuka pintu untuk seorang gadis bernama Naila Raisya. Dia mahu mengeraskan diri namun sebaik melihat raut tajam milik saintis gila itu langsung Nai terjun dari kereta. Jalan sedikit merapat dengan abang yang beza 3 tahun.

Kalau boleh dia tak nak duduk berjauhan dengan Fakhrul walaupun dia tahu Fakhrul bukan berada di pihaknya tetapi nak dibandingkan bersama lelaki tua itu. Langsung buat dia gerun sendiri. Sekurang-kurangnya apabila dia bersama Fakhrul, sudah tentu dia akan selamat...

untuk sementara.

Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, lengan baju Nai ditarik lembut olehnya kerana dia tahu kalau bagi dekat ayah memang kena heret kasar jawabnya. Jejaka itu mengerling Naila buat seketika. Yang kini sudah bergigil hebat. Rasa simpati tidak terbias pada wajah kacak dia.

"Abang Fakhrul bawa Nai dekat tempat apa ni?" Soalan berani mati. Terang-terang dia sedar yang mereka tiba di tempat untuk melaksanakan kerja terkutuk mereka. Tempat asing baginya.

Naila ditinggal seorang diri di dalam sana. Lampu merah dan hijau memancar di setiap sudut bilik secara bergilir-gilir. Nafas hampir kehabisan setelah melihat abang itu masih melekat di hadapan pintu masuk. Hujung baju digengam kuat. Kenapa hidup dia kena berakhir di tempat seperti ini?

Pandangan mereka bersatu, raut matanya tampak berair tetapi... dalam sekelip mata, sepasang mata sudah kelihatan merah itu senyap memandang Nai tanpa sinaran dalam matanya. "Saya tiada pilihan selain menurut kata ayah."

Lututnya terasa goyah saat tubuh itu tidak teragak-agak berbalik lalu mula melangkah pergi tanpa menoleh belakang.

"Tunggu..." Bicaranya dipotong saat figura berbaju makmal putih tadi kini berjalan merapatinya. Nai berhenti mengundur tatkala punggung belakangnya sudah mengenai dinding, menandakan tiada jalan keluar. Dia terperangkap buat masa yang lama. Fikirnya.

"Mungkin... akan sakit sikit. Tapi janganlah adik risau." Ayat terjeda. Sarung tangan getah dicapai sebelum menyarungkan jari panjang lelaki tua itu satu demi satu. Sekilas Nai melirik wajah yang kini memasang wajah sedang berpuas hati. Puas kerana dia begitu yakin bahawa eksperimen dia kali ini boleh tunjukkan hasil yang lebih baik daripada dengan hasil eksperimen mangsa-mangsa lain.

Yang gagal dibuang ataupun diseksa terlebih dahulu sebelum dilepaskan. Yang berjaya, akan tinggal di sini buat selama-lamanya.

Hujung bibir ditarik membentuk senyuman senget, anak mata membesar.
"Rasa sakit ini tidak akan bertahan lama, selagi kau... masih kuat."

Nai menggeleng laju. Air mata mula bertakung. Ruang tertutup ini seakan-akan sedang menghimpit dada dan fikiran gadis remaja itu. Pada akhirnya, dua belah lutut dia jatuh menyembah lantai. Sebelah lengan, bergigil habis-habisan. Kaki cuba digagahkan untuk bangkit semula. Dia tak boleh tunjuk sisi lemah dia pada lelaki yang memegang watak saintis jahat itu.

Dia tidak boleh kalah!

Bibir dikemam bersama tangan dikepal di bawah mulut. Gaya lelaki itu sepertinya mahu menahan sesuatu tetapi selang dua saat, terletus juga tawa sinisnya.

"Nak aku tolong?"

Lambat-lambat Nai diangkat mudah lalu diletakkan atas kerusi besi namun ini bukan sebuah kerusi biasa. Lantas dia mendongak bersama mata bergetar-getar tatkala sedar akan kewujudan helmet disambung dengan wayar merah, biru dan hijau. Tepat berada di atas kepalanya yang sebentar lagi akan melekat macam sotong dengan kepala besarnya. Belum sempat Nai mahu bangkit, kiri kanan tangannya dicekap kuat oleh seorang saintis gila itu. Drastik bulu romanya naik mencacak.

"Jauhkan helmet ni." Sedikit demi sedikit, telinganya mendengar suara jeritan asing yang datang dari helmet besi itu. Makin tidak keruan Nai dibuatnya.

"Hei budak, boleh tak kau bagi kerjasama sikit?" jerkahan bergema itu langsung tidak memberi kesan kepada Nai sebaliknya masih menayangkan jelingan maut padu. Ini yang aku tak suka kalau culik budak kecil ni. Sikit-sikit nak memberontak. Sikit-sikit nak melawan cakap aku. Arahan dia mudah sahaja. Apa yang susah sangat nak ikut? Budak zaman sekarang ini memang tak pandai nak hormat orang yang lebih tua ke?

"Aku kata... jauhkan diri kaulah, monster gila!" Dua belah kaki tidak diikat itu diangkat tinggi seraya menendang perut saintis seorang itu hingga jatuh membongkok di lantai yang saling tak tumpah macam rumah kena rompak. Berselerak sana sini. Terbatuk lelaki tua tidak siuman yang kini sudah batuk tanpa henti. Tangan ditekup, dibawa ke menghadap matanya. Cecair merah, melekit di sarung tangannya.

Nafas dihela lalu dihembus singkat. Kening nipis milik Nai bertembung kerana dia tiba-tiba sahaja tertawa lepas. Terus jadi tak betul ke lepas kena sepak dengan aku?

"Apa motif kau berdua buat eksperimen gila ni?" Nai yang malas melayan perangai saintis, makin galak dia ketawa. Terus dia ajukan satu soalan yang mampu buat saintis itu terdiam sejenak. Melalui ekor matanya, terlihat gadis itu sedaya upaya mengelak daripada disentuh oleh helmet yang tiba-tiba bergerak dengan sendiri. Menyerah sahajalah! Perkataan yang sesuai untuk helmet itu ketika ingin mendekati kepala Nai. Hampir panik Nai di situ kerana tidak tahu ke arah mana lagi dia perlu buat. Air liur ditelan perit.

Saat helmet itu ingin menerkam kepala Nai, datang tangan besar memegang erat dua belah helmet tersebut. Tetapi Nai tetap tak boleh lari dari perasaan tidak tenang sebaik dia bertindak begitu. Seratus peratus dia mesti ada helah lain yang tersembunyi. Bila-bila masa sahaja dia akan laksanakan.

Helmet itu menjauhi kepala Nai sebelum melontarkan ayat seterusnya yang menggambarkan niat sebenar dia.

"Motif aku cuma satu. Aku curious macam mana tubuh manusia reaksi bila diserang bakteri jahat. Mampukah manusia yang menang atau..."

"... sebaliknya?" Sepantas kilat, helmet itu melekap ke kepalanya. Terasa seolah-olah gegendang telinga Nai hendak pecah, sebaik dihujani suara-suara meminta tolong yang bertindih dengan jeritan nyaring bergema dari pelbagai arah, suara lelaki yang garau bertukar menjadi lengkingan perempuan yang memilukan.

Air matanya mengalir lebat dengan mata terbeliak kerana tidak tahan menanggung rasa sakit yang dialami. Wajahnya tegang, jelas kelihatan timbul urat- urat di dahi dan leher. Mulut terbuka luas dengan gigi terketap hingga air liur menitis perlahan-lahan jatuh membanjiri baju dikenakan.

"Kau nak tahu?" Tubuhnya menunduk separuh. Senyuman seringai dia tidak lenguh dari terungkir cantik pada bibir yang comot dengan cecair merah, sengaja tidak dicuci. Tenang mengheret kerusi diduduki Nai ke hadapan supaya dia dapat tengok mata gadis itu dengan jarak yang dekat.

Sengihan secara meleret diterbitkan tatkala sepasang mata sudah merah itu merenung dia tajam, mahu menelan dia hidup-hidup tetapi saintis itu membalas dengan pandangan seolah-olah mengatakan, budak kecil ini boleh buat apa aje dekat aku? Ini kawasan aku. Jadi, sila batalkan niat kau untuk hancurkan rancangan sempurna aku ini. Buat bazir tenaga kau aje.

Kaki yang sama mula melancarkan tendangan semula namun lelaki itu spontan menolak tubuh ke belakang dan membiarkan kaki itu mencakar ke udara berkali-kali. Kulitnya bertukar pucat tatkala kesukaran untuk bernafas dengan stabil. Sakitnya menggila kerana helmet itu bukan sekadar melekap namun mencengkam kepala dia hingga merasakan tengkorak diremukkkan.

"Aku suka dengar tangisan nyaring mangsa aku bila mereka gagal kawal." Bisiknya perlahan. Cukup kuat didengari Nai. Kemudian dia berpusing, namun sebelum menghayung langkah untuk beredar dari situ. Lelaki itu sempat mengirim sebaris ayat agak panjang yang menambahkan lagi rasa tidak nyaman.

"Satu hari nanti, suara tu akan jadi suara kau sendiri dan kau takkan tahu lagi yang mana realiti, yang mana imaginasi. Disebabkan itu, kau cubalah lari sejauh mana pun. Kalau kau masih duduk berdekatan dengan kawasan ini. You can't hide from me, Naila Raisya."










-TBC-

Perasaan anda selepas membaca chapter kali ini? Sesiapa? *hulur mic pada readers*

I'm Not Naila [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang