LIMA BELAS🤍

26 2 0
                                    

Jelas terlihat bulan perlahan-lahan muncul di sebalik awan abu-abu. Pawana dingin mulai bertiup sedikit kencang sehingga menyelerakkan setiap helaian rambut jejaka itu. Sepasang mata unik itu merenung langit berlatarkan bintang-bintang bersinar di sebalik kegelapan. Sesekali mulut terbuka separuh. Agak lama sehingga terdengar keluhan tidak asing di telinga jejaka itu. Belakang tangan menekup mulut sendiri.

"Wah, dah lama aku tak menguap sepanjang kereta api memasuki terowong yang panjang. Agaknya, bila kali terakhir aku menguap?" Noah berteka teki dengan mindanya. Dia membetulkan posisi terbaring selesa di rumput hijau yang luas. Baru mata nak dipejam, dia terus bangun dari pembaringan. Terkelip-kelip dua biji matanya.

"Eh, aku buat apa dekat sini?" parah dah aku parah!

"Alamak! Aku kena cari Naila," lekas dia berlari mendapatkan seorang pak cik yang baharu sahaja jalan melepasi dirinya tiba-tiba satu persatu buah naga dalam beg kertas dibawa terkoyak lalu kesemua buah tersebut bergolek ke bawah.

Tangkas Noah menyelamatkan buah-buahan itu sebelum melompat masuk ke dalam sungai yang sudah bertukar warna kehijau-hijauan dan kehitam-hitaman. Ini kerana sungai itu dipenuhi sampah kecil hingga ke sampah besar. Siap ada plastik sampah yang terapung pada permukaan air sungai.

Noah dan pak cik sama-sama menggeleng kepala tanda kecewa. Bagaimanalah negara kita mahu maju jikalau masih banyak lagi manusia malas mengambil peduli terhadap kebersihan sekitar. Kesannya, boleh menyebabkan kemusnahan habitat dan kepupusan hidupan akuatik. Kan aku dah buka kelas geografi dekat sini.

Hujung minggu ni, kita perlu bergotong-royong demi kesejahteraan negara. Putus Noah. Buah-buahan itu disimpan dalam begnya tanpa berfikir 5 kali. Buku-buku dibawa keluar,  kesemua sekali sebab mahu memberikan beg dia kepada pak cik ini. Bekas pensel dipeluk erat.

"Guna je beg sekolah saya, pak cik." Hati tuanya tersentuh melihat kelakuan anak remaja di hadapannya. Berkenan jadi menantu pak cik tak?

"Wah, kamu sungguh berbaik hati. Untung siapa dapat hati kamu," tersipu malu Noah dibuatnya. Terlintas satu nama difikiran. Terukir sengihan lebar. Tak semena-mena pipi sendiri ditampar perlahan. Apa benda aku mengarut ni?

"Pak cik. Maaf, tumpang tanya. Tadi pak cik ada nampak tak perempuan berambut panjang?" soal Noah. Manalah tahu terlepas pandang ke?

"Ramai orang berambut panjang tadi. Ha...Baju dia? Dia pakai baju apa?" Kepala tersenget. Aduh, dia muncul dekat tingkap bilik aku pun tak sampai 10 saat. Naila minta je izin nak keluar malam terus cabut lari. Lain lah kalau aku ada mata robot. Boleh imbas balik dia pakai baju apa? Tahu-tahu, design baju dia pakai pun aku boleh tahu.

"Tak ingat pula." Pak cik itu menghela nafas. Tak jadilah dibuat menantu kalau gaya macam ini. Bagi peluang pada orang lain.

"Alahai hmm...pak cik nak balik dulu. Anak pak cik keseorangan di rumah. Maaflah, tak boleh nak tolong. Kamu cuba cari belah belah sana ya."

"Tak apa, terima kasih pak cik." Selepas kelibat pak cik menghilang daripada pandangan. Noah menyambung pencarian seseorang tidak ketahui penghujung ceritanya. Tunggu kawanmu datang!

"Naila! Oh... Naila. Keluarlah. Dah nak masuk pukul 11 malam dah. Ayah kau tak marah ke lewat balik rumah?" tajam pendengar lelaki itu menangkap satu suara misteri. Segera dia berpaling ke tepi. Datang dari semak samun yang tidak jauh dari tempat Noah berdiri. Kalau keluar benda lain akan ku hempuk kepala makhluk itu.

"N...Naila? Kau ke tu?" elok sahaja Noah menatap lama semak samun itu dari jarak dekat sampai tidak sedar langsung figura seseorang di belakangnya. Tidak tunggu lama, lantas bahu lelaki itu dipegang kemas. Noah tersentak. Jantung berdebar-berdebar bukan kerana dia baru lepas berjumpa dengan cinta hatinya namun tengah berhadapan situasi yang lebih dasyat. Aku tak panggil, dia datang sendiri. Kenapa!

Dikumpulkan segala keberanian dalam dirinya. Perlahan-lahan tubuh Noah berpusing. Automatik cahaya lampu turut menyuluh sekali wajah seseorang sedang tersenyum seringai. Terasa dejavu.

"Tak seram." Balas lelaki itu. Tiada apa-apa reaksi ditunjukkan. Pandangan gadis itu terhadap Noah menjadi kecil.

"Yeke tak seram? Cuba kau bagi alasan. Kenapa lutut kau asyik menari-menari? Hah..." Muka je datar tapi dalam hati ingin sahaja lari tak jejak tanah lalu tersadung dahan pokok dan akhirnya terpekik terlolong selepas terlihat separuh pakaian Naila dipenuhi cecair berwarna merah.

Tak lain, tak bukan. Mesti cecair yang itu! Noah pasti.

"S...Saja. Nak menari shuffle dekat sini." Lantas dia dibuat betul-betul. Smooth sahaja kaki dia menghentak tanah secara bergilir-gilir. Lama-lama makin syok pula menari. Nasib baiklah Naila tidak terjebak dengan budak-budak zaman sekarang.

Eh, hampir terlupa kerja aku. Selamba Noah berpatah balik ke bukit semula. Nak pergi mana tu? Dua belah bahu dijongket.

"Kau pun satu. Nak cari aku pun su..." macam biasa, tak habis cakap lagi dah kena mandi dengan air sejuk, siap ada ais berketul-ketul.

"Sah..." tersembur air dari mulutnya seperti air pancut. Eh, natang ni bagilah aku habiskan ayat aku dulu!

"Naila?" Tangan meraup muka secara kasar. Dah lah innocent sungguh wajah Noah sekarang.

"I'm not, Naila." Aura dingin berterbangan di sekitar tubuh gadis itu. Noah dicerlung tajam.

"Kau...kau memang cari mati betul lah, dasar pelupa! Aku dah kata tadi jangan mengada-ngada nak ikut aku, aku tahulah nak jaga tubuh ni macam mana. Dan lagi satu, kau bukannya babysitter aku pun!" tengkingnya pada Noah penuh amarah yang sudah lama ditahan. Malas aku berlembut dah.

"Kau juga cakap. Tolong jangan berpisah dengan saya. Ha...siapa lupa diri sekarang!" bidas Noah laju. Dia ingat bila aku sudi jadi PA dia, aku akan biarkan kau tengking-tengking kita?

Gadis itu mendengus kasar. Buat apalah Naila kutip budak pendek ni. "Menjawab? Ke mari anda!"

Apa salah aku? Aku hanya laksanakan kerja aku je. Aku tak langgar mana-mana pun lagi. Kertas dilipat empat dibuka seraya di angkat ke udara. Tertulis senarai tugasan sangat penting. Mata tergerak-gerak menandakan sedang membaca isi penuh teliti walaupun ada seorang gadis sudah naik angin melihat cara Noah tidak buat peduli langsung terhadap dirinya.

Ada juga makan selipar jamban mak cik jiran dia punya nanti!

Senarai tugasan sebagai Personal Assistant:

1. Dengar arahan saya sahaja.

2. Awak kena selalu pastikan saya meminta izin keluar malam daripada awak terlebih dahulu.

3. Tolong keluar dan cari semula diri saya setiap kali jarum jam berhenti pada angka nombor 10 malam.

4. Jangan pernah sesekali menegur apa-apa pun pada baju saya pakai.

5. Mengembalikan semula diri saya yang asal sebelum pukul 12 malam.

6. Air sejuk untuk keluarkan Viera tapi kalau nak saya balik, kena bagi saya ketakutan.

Ha nampak mudah sahaja, bukan? Tapi tidak kepada Noah yang senang lupa. Kening digaru-garu. Kepala menoleh ke arah belakang bersama sengihan serba salah.
"Ops, ada. Nombor 6."

"Tapi...bagilah aku peluang sikit!" sempat Noah menyelit ayat tambahan. Sedar-sedar larian masing-masing dicepatkan.

"Tiada peluang bagimu!"

-TBC-

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now