SEPULUH🦋

29 4 0
                                    

"Nyaris-nyaris terkena kulit aku!" Spontan
Tubuh pelajar perempuan itu berpusing ke kiri dan ke kanan. Mengelak pelbagai halangan eh maksudnya mengelak dari serangan air hujan yang semakin mengganas. Tiba-tiba sahaja hujan. Angin tidak bertiup kencang. Lapisan langit pun masih kelihatan cerah. Guruh pun tidak kedengaran. Keajaiban apakah ini?

Payung kecil dikeluarkan dalam beg sekolah lalu dibuka setelah menekan sesuatu besi kecil pada kaki payung itu. Tubuh gadis itu berselindung di bawah payung dan ketika hendak menyambung perjalanan dia yang banyak dugaan itu.

Telinga dia terdengar satu suara sorakan. Tidak. Lebih dari satu suara. Suara itu kedengaran terlalu berseronok. Datang dari bawah sana.

Naila memandang ke arah pelajar-pelajar lain mula mengambil kesempatan untuk mandi hujan di tapak perhimpunan terbuka namun langkah mereka terkaku tatkala karenah semua pelajar tersebut diperhatikan cikgu disiplin di situ. Payung dipegang menutup muka gadis itu.

Dah tahu dah apa yang akan terjadi. Sekali Naila mengalihkan payung tersebut kerana tidak mengesan apa-apa suara meminta ampun, terbuntang mata dia lalu tersengih. Terhibur sungguh hatinya pada petang itu.

Mereka semua sangkakan cikgu disiplin itu datang hanya sebab nak bagi hukuman walhal ingin sertai mereka mandi hujan sekali. Terlepas tawa masing-masing melihat perangai cikgu yang pada mulanya terkenal dengan wajah tegas pun pandai melawak. Berbeza sungguh ketika sedang menghajar pelajar-pelajar yang bermasalah.

Kali ini betul-betul Naila mahu beredar cepat sebelum salah satu bahagian tubuh terdedah terkan air sejuk itu. Tiba-tiba tangan menggengam payung dipegang seseorang sebelum ditarik mengikut langkah lajunya. Naila sedaya upaya tidak terpijak lopak air dan juga air yang menurun dari atap sekolah.

Tidak pula Naila menyoal gerangan siapa yang telah menculik dirinya. Bagaimana mahu melihat wajahnya kalau ditutup oleh payungku bawa sendiri? Sekarang mata aku nampak bawah sahaja. Naila diam membisu. Kalau aku tegur, bukan dia nak jawab pun.























Satu demi satu tubuh semua pelajar lelaki itu di depan matanya, dipandang. Mereka mesti satu geng. Ada yang berbalut lengan, kepala dah macam mumia, kaki bertongkat sebelah dan siap kena pakai bantuan leher lagi. Sedar-sedar Naila dibawa ke satu lorong gelap atas sebab dia tidak tahu sendiri. Sebenarnya tak ada lah gelap mana pun. Saja nak buat-buat nampak seram gitu.

Semua menayang muka tidak berpuas hati terhadap Naila. Gadis itu menunduk pandangan. Tidak berani nak bertentang mata kalau gaya macam nak baham aku sahaja. Terhinjut bahu Naila tatkala salah satu pelajar di hadapan gadis itu, mula menendang kotak coklat. Habis bertebangan kertas lama dalam kotak itu.

"Kau tak ada mulut ke?" Jerkah lelaki itu. Orang yang sama sesuka hati ikan lembu kuda monyet je sentuh tangan Naila!

"Apa...saya dah buat?" Seperti biasa, soalan dibalas dengan soalan. Kalau berterusan macam ni, sampai besok tak selesai. Viera? Malas ikut campur.

"Apa kau dah buat?" Pelajar itu selaku ketua geng bermasalah lantas menghamburkan tawa. Lebih tepatnya tawa mengejek.
Diikuti manusia-manusia di belakang nya. Tangan lelaki itu diangkat ke atas menandakan isyarat untuk berhenti ketawa selepas melihat riak muka Naila masih terkesima.

Lantas dia melompat dari kerusi disusun bertingkat. "Kau ni betul-betul lupa ke?"

Naila mengundur setapak tatkala lelaki itu mula menapak laju ke tempat Naila berada.
"Ya. Saya tak tahu saya dah buat apa tapi... saya nak minta maaf juga."

"Ketua, rasa dia ke orang yang sama belasah kita?" Satu suara membisik sebelah kiri ketua.

"Itulah, bukan ke orang yang belasah kita semua. Rambut dia panjang dan bukannya pendek?" Riak muka ketua mereka terus berubah. Boleh jadi dia tersalah orang tapi muka dia dengan dia minggu lepas, nampak sama!

"Dia potong rambut?" Teka satu suara yang tidak mahu ketinggalan membisik di sebelah telinga kanan ketua dia. Amboi, buat telinga aku macam telefon awam ya? Ingat percuma ke.

Tubuh tiga figura itu ditolak kuat sehingga jatuh terbalik ke belakang. Buat backflip dulu! "Diam kalian semua, diam! Jangan nak berbisik dekat telinga aku. Cakap depan-depan boleh je kan."

"Mana boleh macam tu, ketua. Kantoi lah kita berbisik pasal siapa."

"Memang dah kantoi dah pun." Ucap dia selamba.

"Ketua, apa kata kita suruh dia serang kita macam minggu lepas. Mana lah tahu dengan cara itu, dia terus ingat semula." Terangguk-angguk kepala lelaki itu sebelum tersenyum seringai.

"Lawan aku." Cabar ketua mereka. Naila dah tergamam.

"Aku kata lawan aku!" Desak dia lagi. Dah gila ke apa?

"Tunggu sekejap!" Lelaki itu mendengus kasar. Apa lagi?

"Boleh tak bagi saya masa? Bagi saya masa nak ingatkan semula. Saya janji tak akan larikan diri." Rambut lelaki itu diselak ke belakang sebelum tersenyum menyenget.

"Macam mana aku nak percayakan kau?"

"Selagi saya tak datang nak ambil, selagi itulah saya masih berhutang lawan dengan awak." Naila menyerahkan barang kesayangan dia. Mata lelaki itu lama merenung keychain itik yang sedang memegang sebilah pisau kecil menggunakan paruhnya. Lain macam betul taste barang dia suka. Keychain itu disimpan dalam kocek seluar. Terjuih bibir lelaki itu.

"Cepat lah pergi! Jangan sampai aku tukar fikiran." Siap halau-halau Naila pakai tangan lagi. Mata Naila bersinar sesaat. Baiknya dia!

Naila berbalik sebelum. "Terima kasih awak!" Tersenyum manis sampai orang itu terkena diabetes. Cepat-cepat Naila menghayunkan kaki dia meninggalkan kawasan agak lama itu. Wujud lagi eh tempat ni?

"Siot..." muka diraup kasar. Bahu ketua ditepuk perlahan. Namun ketua dia enggan menoleh. "Eh, ketua? Kenapa merah betul muka ketua?" Demam mengejutkah? Eh! Mana pernah ketua jadi seperti ini.

"Tak adalah! Aku kepanasan dekat sini. Kau oranglah ni...tak pandai-pandai nak bawa kipas. Memang nak tunggu ketua kau ni jadi sate ayam dulu ke?"

"Tak nak sate ayam, nak sate daging." Dengan itu tapak tangan ketuanya selamat mendarat di pipi kiri seorang pelajar lelaki yang membuat lawak tidak laku. Nak buat lawak pun tak tengok orang. Kau ingat ini kedai sate ke nak order order bagai!

"Gurau sikit pun tak boleh. Bencilah ketua ni!"

-TBC-

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now