RAMBUT tebal mop ditolak lalu ditarik berulang kali seraya kaki masing-masing menari di atas permukaan lantai yang basah. Siap terpusing-pusing. Nampaknya kesemua murid menikmati aktiviti membasmi kotoran tersebut. Nyanyian kecil terhasil di mulut seisi kelas.
Malahan diikuti para pelajar kelas yang lain meluncur laju di sekitar koridor kelas. Kaki mereka tercantum dengan berus buku. Gelak tawa bergema di seluruh sudut sekolah. Air dicampur dengan sabun, dicurah ke lantai Makin galak mereka tertawa melihat muka cemberut kawan perempuannya. Batang kayu mop digengam kuat. Tepat menjeling ke arah budak lelaki sambil meletakkan tangan pada sebelah pinggang.
"Hoi! Aku baru lap lantai tu."
Awal-awal lagi salah seorang daripada mereka telah cabut terlebih dahulu. Masing-masing menelan air liur. Salah target pula!
Pelajar perempuan itu pantas mendekati mereka bertiga. Yang tercicir apalagi lari berteraburlah jawabnya sehingga salah satu mereka selamat mencium lantai. Padan muka, siapa suruh berlari dekat lantai basah!
Guru kelas mereka datang dengan hajat ingin memantau pergerakkan anak-anak muridnya. Manalah tahu ada yang berat tulangkah? Baru sahaja senyuman bangga mahu diterbitkan, beliau menangkap sesuatu yang mampu dia terkesima.
"Aik, Naila. Kamu ke sini sekejap."
Kerja yang dilakukan oleh Naila jeda seketika apabila nama diseru tiba-tiba langsung Naila berbalik kesemua badan kemudian barulah menjawab panggilan beliau. "Ya, cikgu."
Dengan mudah dia memijak kawasan berair tanpa bimbang akan pakaian sekolah dikenakan basah. Ada yang diantara mereka menayangkan wajah tiada berminat dan ada yang pelajar baharu terlopong mulut melihat pakaian Naila. Sungguh memerlukan banyak kesabaran cikgu dalam menunggu Naila berjalan mendekati dengan bersusah payah.
Wajah Naila nampak pasrah mungkin sudah menyangka bahawa dirinya akan diseru oleh guru kelas dia. Pakaian anak muridnya ditelik bawah ke atas. Naik pusing melihat gelagat anak-anak muridnya.
"Kenapa kamu berpakaian macam nak merawat pesakit covid-19 je ni? Boleh bagi saya sebab dulu?"
Naila tayang senyum tidak bersalah walhal dalam hati sudah mengutuk nama Farhat. Ada yang juga kena santau sekejap lagi. Gurau.
Kepala tidak gatal, digaru perlahan. "Sebenarnya saya... alergi air, cikgu." Terangguk-angguk cikgu dengan keterangan anak muridnya bersama kening dinaikkan.
"Wah, wujud rupanya manusia alergi dengan air. Samalah juga dengan kucing cikgu." Cikgu gelak tidak bernoktah walaupun lawak hambar. Terpaksalah Naila ikut gelak bersama cikgu kerana tidak mahu suasana terasa kekok sekiranya dia diam sahaja.
"Maaf. Maaf. Kamu boleh tolong angkat kerusi meja lama sampai blok sana. Dan yang lain ajak Naila menyapu setiap koridor kelas kamu ya." Semua menjawab 'baik' acuh tak acuh sahaja.
Sekeliling dipandang. Tidak terkejut apabila ada yang memandang dia dengan pandangan tidak berpuas hati. Sukalah tu boleh goyang kaki daripada buat kerja berat. Tetapi Naila buat tidak tahu sahaja. Mereka tak akan faham aku. Sesudah itu, Naila bergegas menyeberang ke kelas sebelah. Siapalah lagi nak jumpa kalau bukan dia?
Macam tahu-tahu sahaja ada seseorang ingin bertemu, laju sahaja Farhat memusingkan badan. Masam mencuka sahaja wajahnya.
"Baik awak terus terang dengan saya. Mana awak dapat baju ni? Saya malulah." Hakikatnya Naila tahan sahaja mahu memarahi mereka yang kekal memandang. Terbit pula rasa bersalah kerana dah cetuskan rasa benci walhal ini semua datang daripada idea Farhat. Dia bukan tak nak mahu bagi jawapan cuma susah sikit nak bagi gadis itu faham.
Manakala situasi di hospital.
Tali yang menyambung dengan topeng mulut, diikat sedikit sedikit ketat ke belakang kepala seraya berjalan ke arah para pembantu. Lagi tujuh minit mereka harus berlari ke bilik pembedahan secepat mungkin. Lambat sesaat, boleh hilang nyawa pesakit mereka.

YOU ARE READING
I'm Not Naila [OG]
Teen Fiction➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...