DUA PULUH TUJUH🦋

29 2 0
                                        

KEPALA terdongak ke atas. Tiada langsung tangisan bergema di dalam hutan yang bising keheningan malam. Air matanya sudah tidak larat mahu mengalir. Biarlah kemerahan mata mewakili gambaran hidupnya. Yang merenung dalam-dalam tatapan matanya sahaja, boleh menembak betapa kacau-bilaunya isi otak dia.

Seperti orang mabuk, berjalan terhuyung-hayang. Nafasnya termengah-mengah mencuri oksigen baru sahaja dihirup. Tanpa hala tuju, hanya ikut langkah yang tidak mengenakan sebarang alas kaki. Memijak dedaun hijau yang tumbuh liar atas tanah yang basah.

Tiada sinar terpantul dalam matanya, walaupun sedikit. Nafas ditarik sedalam-dalam mungkin. Kepala berhenti mendongak. Sebelah tangan meraba-raba tangan dia yang kini keluar cecair merah tanpa henti. Namun tiada langsung rasa sakit yang menjalar. Wajah itu masih datar. Kemungkinan besar, Nai sudah... mati rasa.

Langkahnya terhenti tatkala hujung kaki dia terlanggar batu simen yang terletaknya stesen perhentian bas. Tempat yang sama sewaktu, Naila muncul secara tiba-tiba di bawah tempat kerusi si Farhat duduk. Perlahan-lahan senyuman segaris, menghiasi bibir. Kelakar pula kalau teringat semula pergaduhan kecil antara dia dengan kawan ketiga itu.

Mimik muka Farhat macam nak terkeluar biji matanya masih segar dalam ingatan Naila. Lantas melabuhkan punggung atas kerusi kosong itu. Kaki dihayun ke hadapan dan ke belakang.

"Aku rasa lega gila lepas luah kesemuanya tapi kenapa..." Jeda sebentar, sebelum sambung dengan suara serupa berbisik ke diri sendiri.

"Kenapa hati aku... rasa kosong?" Lebihan rambut disisir ke belakang telinga. Basahkan bibirnya yang dah pecah dan pucat lesi.

Lagi sekali, dia melepaskan nafas berat. Baru Nai mahu menguap, muncul sebijik motorbike berwarna kelabu tepat berhenti di hadapan matanya. Susuk tubuh yang mengenakan jaket khas untuk penunggang motor itu, malah enggan bergerak seinci pun.

Dari pandang bawah, naik merenung lelaki  yang kini membuka visor helmet. Menampakan sepasang mata indah menikam anak mata dark chocolate Naila. Pemilik mata itu... aku kenal sungguh!

"Naila, kau betul-betul jadi penunggu dekat sini?" Automatik masam mencuka wajah Naila apabila mengecam suara yang menegur dirinya. Memang ke cara dia mulakan perbualan pertama antara mereka berdua?

Bibir dikemam sebelum menyapa semula dengan ayat agak sinis. "Awak... nak jumpa awal dengan sang pencipta, ulanglah balik kalau berani. Farhat." 

Kelihatan lelaki itu memegang perut sendiri lalu ketawa besar, siap terdongak kepalanya. Namun tawa dia terhenti apabila menyedari tiada langsung balasan seterusnya daripada gadis tersebut. Masih di posisi yang sama.

Memeluk tubuh sendiri yang sedikit menggigil, kesejukkan air hujan membawa bersama pawana malam. Datang tanpa diduga, mahu  membanjiri lantai bumi tanpa mengeluarkan tanda-tanda seperti awan mendung dan sebaliknya. Sudahlah baju pinafore dikenakan nipis dan kain singkat paras lutut.

Apalah nasib hidup sebagai anak tunggal ini namun yang bertuah nya, dia tidak mudah jatuh sakit kalau terkena titisan beku tersebut.

"Chill chill. Gurau member aje. Kau dah kenapa duduk dekat situ. Aku tahu kau jenis berani tapi kau masih seorang perempuan."  Sebaik dia berkata begitu langsung tubuhnya direndah ke hadapan. Mula membuka zip jaket dan sarung tangan hitam. Panas tak terkata!

"Mana motor besar kau?" soalnya lagi, kepala terangkat memandang langit kosong tanpa gugusan bintang lalu berhenti melihat ke atas. Tidak jemu pula kawan perempuannya melayan segala pertanyaan dia.

Lambat-lambat Naila menoleh ke arah Farhat yang sudah bertongkat dagu atas motor dia.
"Hantar dekat bengkel. Tayar tercabut."

Terjungkit sebelah kening Farhat.
"Kau pergi merempit ke apa?"

Dua belah bahu diangkat malas. Leher yang terdedah digaru perlahan. Mata lelaki itu tidak sengaja terpandang luka yang masih berdarah pada telapak tangan Naila lalu dibawah turun memandang kakinya terguris sedikit. Nampak gayanya gadis ini benar-benar tidak sedar yang dia berlari ke sini tanpa memikirkan kecederaan yang diterima.

Atau kata lain... dia sudah terbiasa jalani hidup seperti ini. Berfikir bahawa lukanya boleh sembuh dengan sendiri.  

"Jom, aku hantar kau balik." Dia turun dari motor dan berlari anak ke arah Nai. Hujung baju Farhat sendiri dikoyak tanpa berfikir dua kali kemudian membalut sekeliling telapak tangan Nai. Kasut miliknya dicabut seraya menyarung kasut itu pada kakinya supaya sentiasa hangat. Reaksi Nai? Terkedu sesaat namun dia cepat-cepat kawal ekspresi mukanya.

Manakala Farhat terus menarik keluar selipar jepun dari beg galas. Orang dulu-dulu kata apa? Sediakan payung sebelum hujan, tapi dia tak ada payung jadi mampu sediakan selipar jepun ajelah.

"Aku tak nak balik rumah neraka tu." Dengar sahaja sebaris ayat meluncur keluar daripada bibir Naila, tersentak Farhat tatkala guruh kedengaran secara tiba-tiba kemudian petir menyambar selang dua saat.

Dada sendiri disapu perlahan. Hampir aku ingat aku kena sambar petir sebagai balasan kerana suka buat sepupunya menunggu lama di rumah berjam-jam. Tunggu, rumah sepupu? Hah! Aku tahu nak bawa Naila ke mana kalau dia sendiri kata tak nak balik buat masa sekarang.

"Dah jangan monyok sangat muka tu. Cepat pakai sarung tangan aku dan jaket aku." Segala pakaian di badan, dihulur kepada tanpa teragak-agak. Gadis itu hanya membatu kerana tidak dapat memproses kata-kata yang disampaikan sebentar tadi. Dah kenapa aku kena sarung jaket kau semua? Tak cukup nak merempit, nak ajak aku sekali?

Disebabkan bumbung perhentian bas melepasi tinggi lelaki itu, terpaksalah dia menunduk untuk menyarung kepala Naila dengan helmet full-nya. Baru mulut gadis itu ingin mengomel sesuatu, selamba Farhat menolak visor untuk menutupi seluruh wajahnya.

Berdengus hidungnya, kaca pada bahagian depan helmet seakan-akan berwarna-warning tatkala lampu malam terpantul pada helmet ini. Terpaksa suara dikuatkan walaupun sudah tergelam timbul namun cepat sahaja Farhat menangkap maksudnya.

"Habis tu awak nak pakai apa?" Eh, budak ni. Fikirkan diri kau dulu boleh tak Nai? Aku rela bermandi basah supaya Viera kau tak keluar tahu.

"Alah, aku tak kisah mandi hujan. Asalkan kau tak terkena sekali. Aku nak spent time lama dengan kau tahu." Siap tersengih lagi. Amboi, jujur sangat ayat kau ya?

"Wow, cair kita mendengarnya!" Sindiran halus berjaya buatkan Farhat meletuskan tawa besar untuk kali kedua. Naila? Sudah lama bebola mata dia menjeling ke atas. Entah apa yang lawaknya, aku pun tak faham.
Malas nak layan dia lama-lama terus sahaja mengorak langkah menghampiri motorbike itu. Naila bersusah payah ingin memanjat bahagian tempat duduk belakang motor. Aduhai, motor ni yang terlebih besar atau aku yang terlebih pendek?

"Perlukan bantuan aku?" Tak perlu beri jawapan, lelaki yang tadi asyik terguling atas jalan tar kini tiba-tiba sudah berdiri di depan mata. Mereka berdua saling bertukar tawa ringan sebelum dua belah lengan dihulur pada Farhat. Pegangan pada tangannya dikuatkan ketika ingin menarik si gadis berbaju jaket kepunyaannya.  Lekas sebelah kaki kanan Naila naik terlebih dahulu lalu, kaki kiri dia laju memijak tempat letak kaki yang tersedia kemudian tubuhnya serta merta terangkat.

Sebaik memastikan Naila selamat mendarat di bahagian tempat duduk, tepat di belakangnya lantas lelaki itu dengan mudah memanjat. Maklumlah, ada kaki panjang macam galah. Seperti dia katakan, helmet full satu lagi yang tergantung, disarung kemas pada kepala.

Tongkat tepi, diangkat. Motorbike itu terus memecut meredah hujan yang kian lebat.











-TBC-

Maaf dah lama tak aktif dekat sini TT

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 13 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

I'm Not Naila [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang