EMPAT BELAS🦋

26 2 0
                                    

"Watch out, Naila!" Tegur satu suara. Namun gadis yang mengenakan dress soft pink dan dipakaikan bersama cardigan white cream itu tidak terdengar langsung jeritan amaran daripada seseorang. Pandangan Naila hanya teralih kepada kereta besar yang meluru laju ke arahnya. Pemandu yang berkenderaan besar berwarna kelabu itu dipandu melebihi had meter. Terang-terangan sudah melanggar undang-undang jalan raya.

Naila tidak mampu untuk berganjak  seakan-akan ada gam gajah melekat di bawah tapak kasut. Anak mata mengecil dan bergetar-getar. Jantung sudah berombak hebat. Sekilas muncul bayangan dirinya ketika berumur belasan tahun. Berada di posisi yang sama. Naila menggeleng perlahan-lahan.

Sekelip mata belah lengan gadis itu ditarik sedikit rapat dengan tubuh si penyelamat. Kenderaan itu melanggar tubuh kecil itu yang semestinya hanya satu imaginasi dia. Kenderaan itu tepat mengena salah satu tiang besi di situ. Hancur bahagian depan.

Termengah-mengah nafas gadis itu. Baru sahaja hendak mengucapkan terima kasih, bibir tebal lagi kecil itu terkunci sejenak tatkala menyedari siapa gerangan lelaki di hadapannya sekarang. Anak mata Naila kembali membulat.

"Farhat?" Terpacul juga nama yang sungguh unik itu. Kedatangan lelaki ini betul-betul membuatkan Naila tercengang habis. Ish, gurau-gurau. Buat apa nak pelik? Kita duduk satu planet yang sama kot. Bukannnya aku asal planet Zuhal dan dia planet musytari.

"Kau...kenapa tak elak? Nak kena langgar dengan kereta dulu ke baru nak menyesal?" Nafas dihela singkat. Mahu meletup jantung dia tatkala melihat Naila tidak tergerak seinci pun. Nasib baik hati dia terjentik untuk masuk laluan ini.

Farhat sedar raut wajah Naila kelihatan pucat sebentar tadi. Dapat mengagak apa yang pernah terjadi kepada Naila. Naila merenung pada satu arah sahaja. Wajah dia kelihatan tidak bermaya. Mata dipejam. Berharap bayangan hitam itu menghilang selamanya namun bayangan hitam itu masih bermain-main di otak. Bayangan itu semakin menebal. Pantas ditepis jauh-jauh dengan sendiri. Dapat Naila rasakan gegaran pada satu tubuhnya.

Farhat cuak tatkala melihat Naila tidak memberikan reaksi apa-apa pun. Dua belah bahu baju berlapis tebal digoncang berkali-kali. Jangan kau jatuh pengsan dekat sini, woi!

"Hei...dengar tak apa yang aku cakap ni? Kau okay tak?"  Lambat-lambat Naila mendongak.  Memandangkan Farhat mempunyai ketinggian yang berbeza banyak dengan Naila jadi Naila terpaksa mengundur satu langkah ke belakang. Ingin menatap wajah si penyelamatnya. Naila terlupa membalas soalan berbaur kerisauan tersebut.

"Saya, okay." Sepatah Naila menjawab. Farhat mencekak sebelah pinggang. Hidung mancung miliknya dipicit perlahan pada bahagian tengah. Kaki Farhat menapak laju ke arah pemilik kereta yang tersidai di tepi jalan.

"Bang kenapa bawa kereta laju-laju macam tu? Kalau kawan saya arwah macam mana?" Manusia dipanggil abang itu cepat-cepat mendekati mereka berdua. Cemas jika kalau dia betul-betul melanggar seorang remaja yang tidak bersalah.

"Saya minta maaf sebab hampir-hampir nak terlanggar kawan awak. Sistem dalam badan kereta tiba-tiba tidak memberi kerjasama hari ini pula. Mungkin dia sakit perut. Saya minta maaf sekali lagi." Berkali-kali abang itu memohon maaf. Dia menyesal kerana tidak memeriksa kereta dia dahulu sebelum bertolak ke tempat kerja nya. Inilah akibat atas perbuatan cuainya. Memang ini balasan dia layak dapat.

"Abang jangan minta maaf banyak kali. Saya pula rasa bersalah sebab dah buat abang macam sengaja nak langgar kawan saya. Kawan saya tak cedera pun jadi bukan salah abang sepenuhnya. Yang penting kita semua selamat." Ayat terakhir ditekankan. Tidak mahu perasaan bersalah menguasai diri abang tersebut. Bak kata sepupu Farhat, kita boleh belajar balik dari kesilapan kita sendiri. Jangan mengulangi kesalahan yang sama.

Kesudahannya, lelaki dewasa itu tersenyum lega selepas mendengar ucapan penuh ikhlas dari Farhat dan sebelum dia meminta diri, Farhat dan Naila dihadiahkan sekotak kek.

Kek red velvet. Kebetulan sekali mereka bertemu dengan seorang bos. Kedai itu baru sahaja dibuka. Ada di seberang bangunan sana. Rezeki mereka.

"Terima kasih!"

"Wah, kek kegemaran saya!" Tanpa sedar, manusia di sebelahnya mengulum senyuman kecil. Bukan selalu dapat tengok senyuman gadis itu. Sikit-sikit tarik muka, sikit-sikit jeling anak orang setiap kali mereka bertembung selepas kes 3 minggu lalu.

Bahu Naila dicuit dari tepi. Naila menoleh sekilas. "Boleh kita bercakap sekejap?"

"10 minit." Ujar Naila tanpa menoleh tepinya.

"Kita duduk dekat kerusi panjang sana." Cadang Fakhrul sambil menunding jari ke arah sana. Buat apa kita berdiri tegak di sini macam berkumpul beramai-ramai di tapak perhimpunan sekolah sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Satu suapan pertama berjaya masuk ke dalam mulut Naila. Suasana menjadi tegang tatkala Farhat masih mendiamkan diri. Naila ikut diam kerana mahu memberi lelaki itu ruang untuk mengumpul dan menyusun segala kata-kata dalam kepala supaya dapat di fahami gadis tersebut.

"Aku tahu aku nampak bodoh tapi boleh tak..."

"Anggap je ini kali pertama kita berjumpa? Aku betul-betul nak jadi kawan kau. Tak lebih pun!" Farhat tersengih comel walaupun Naila  menayangkan riak muka acuh tak acuh sahaja.

"Kalau kau tak nak, it's okay. Aku tak suka paksa-paksa orang." Sayu suara Farhat ketika ini.

Bingkas gadis itu bangun tanpa berkata apa-apa pun setelah Farhat meluahkan isi hatinya Farhat menunduk pasrah. Nampaknya memang tiada peluang nak berbaik dengan kau. Tiba-tiba sebatang ranting kayu dihulurkan kepada dirinya. Terpinga-pinga wajah lelaki itu. Bingkas berdiri sekali.

"Hai. Nama kita, Naila Raisya. Nama awak pula siapa?" Farhat kembali tersenyum lebar. Hujung ranting kayu itu digengam.

"Hai juga! Nama aku Farhat. Semoga kita boleh berkawan baik."

Yeay, dapat dua kawan! Jerit hati Naila.

"Oh, terima kasih dah selamatkan nyawa saya tadi. Awak memang seorang putera kayangan yang jatuh dari langit." Spontan Naila berkata seperti itu. Mereka berdua serentak tergelak terkekeh-kekeh sehingga terbongkok-bongkok tubuh mereka berdua.

"Dan kau pula puteri dari keluarga diraja paling baik dan peramah." Farhat sama juga tak nak kalah ayat dia itu. Naila tersenyum nipis namun gelengan diberikan.

Tidak beberapa setuju. Sebab...


Naila lebih suka jadi watak jahat. Siapa yang tentukan?

Tiada siapa. Hanya sahaja, dia sedar diri.

-TBC-


Maaf semua lambat update!

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now