TUJUH🤍

23 3 0
                                    

Terliur Naila tatkala melihat sotong masak sambal di tempat bahagian lauk-pauk. Ini kalau aku sumbat makanan dalam mulut. Pergh! Rasa seperti ingin terbang ke udara. Silap-silap bumbung kedai ni boleh tembus!

Tak tunggu lama, Naila menapak laju ke arah pekerja di situ."Hai, saya nak bungkus nasi. Satu?"

Gadis itu tersenyum megah di pagi eh salah, petang yang penuh keceriaan ini. Jari telunjuk dikeluarkan manakala adik-adik jari lain digengam. Siap goyang-goyang kepala ke kiri ke kanan. Namun orang yang Naila sapa tersebut masih buat tak tahu sahaja.

Mungkin salah aku sebab sepatutnya aku buat sendiri kan. Naila tercari-cari bekas polisterin. Mana pula dia orang letak? Ha kak dekat sana, jangan nak lari!

"Saya...nak bekas polisterin, boleh? Nak bungkus nasi." Kali ini suara sedikit kuat, mungkin sebab suara aku tergelam dengan suasana bising petang-petang ini. Tetap sama. Kakak itu tidak memberi reaksi apa-apa pun.

"Ini tak boleh digelar sebagai tak dengar dah, ini namanya pekak badak." Tegur Viera, terlebih jujur.

"Maaf, tapi saya nak..." Belum sempat Naila nak habiskan ayat dia, kakak itu pergi ke meja lain untuk mencatat order pelanggan dia. Lidah Viera ditolak dari dalam mulut. Tergelak halus.

Kenapa suka pulaukan Naila? Naila pun pelanggan dia orang juga. Apa masalah kedai ini!

Orang lain memandang ke arah aku sambil tersenyum nipis mereka. Simpati dengan kejadian yang ditimpa atas aku, agaknya. Aku nak bungkus satu je sebab aku ni setiap saat, asyik lapar je.

"Tak apa lah, kita...pergi kedai sebelah." Pujuk Naila kepada diri sendiri. Viera sudah mendengus kasar.

"Hai kak, saya nak bungkus nasi, satu." Aku minta nasi kemudian lauk itu aku nak letak sendiri sahaja lah.

"Oh, sekejap ye." Mak cik itu berjalan pergi ke belakang dapur. Harap mak cik tak pulaukan saya dah.

Jenuh Naila menunggu. Tak ada nampak pun kelibat mak cik tadi. Siap ada sekumpulan lelaki pandang-pandang aku dari tadi. Congkel mata baru tahu. Naila mendekati dua lelaki di sana. Aku ada nampak seorang lelaki ini sentuh sana sentuh sini buah-buah dekat depan kaunter. Naila pun nak tepis tangan dia tapi tertepis bahu kawan di depan dia.

"Kalau nak beli...jangan lah sentuh semua buah-buahan tu tak boleh ke tunjuk je? Orang lain pun nak beli juga." Naila mula memarahi dia tapi kenapa lelaki itu terpaku memandang wajah Naila. Seakan-akan sudah...ah mengarut! Naila berbalik tubuh. Lebih baik aku pergi. Aduh, lupa nak beli nasi.

"Angau ke apa lelaki tu?" Tanya Viera, dipandang nya lelaki itu terus terusan. Jangan kau berani nak ambil Naila daripada aku!

Naila tidak mengeluh. "Nasi bungkus saya mana?" Aku tanya orang lain. Dah orang yang aku minta tadi tak munculkan diri. Sibuk mungkin.

"Lah, dah kenapa bungkus...bungkus nasi ni? Tak boleh makan kat sini jeke?" Soal mak cik yang menjaga kaunter tersebut. Patut eh buat macam tu?

"Okay, kalau tak boleh bungkus nasi, saya bungkus lauk je lah." Baru Naila nak mengambil pinggan. Tangan aku ditepis kuat sehingga terjatuh pinggan aku pegang.
Naila menoleh mak cik itu. Kenapa?

"Eh mana boleh macam tu! Ambil lah nasi sikit." Eh? Otak Naila tidak dapat bersambung dengan betul. Mak cik yang salah atau aku yang salah dengar?

"Tak...saya minta nasi sebab nak makan nanti, dekat rumah." Naila tersenyum janggal.

"Dekat rumah kamu tak de beras ke untuk masak nasi? Ke kamu tak mampu nak beli beras? Yelah tengok dari segi pemakaian kamu, macam tak mampu." Sinis dia bersuara. Naila terkedu. Kenapa semua orang suka layan aku macam ni? Macam sampah.

"Wahai makcik! Kitaorang datang nak beli sotong masak sambal! Bukannya nak dengar mak cik hina pakaian Naila!" Viera dah meletus melihat perlakuaan mak cik tidak adil kepada Naila. Mak cik, jangan sampai saya bergusti lengan dengan mak cik!

"Hmm kalau macam tu...tak apa lah mak cik... saya tak jadi nak beli." Naila tersenyum hambar. Aku beredar dengan perut kosong.

"Tak apa Naila, kita makan dekat tempat lain. Yang lebih baik daripada kedai-kedai tak ada kesopanan ni. Annoying siak pekerja-pekerja dekat sini. Semoga kedai kau orang bankrap ye!" Luah Viera penuh geram.

Naila tersenyum kelat. "Maybe bukan rezeki aku lagi nak makan sotong masak sambal...yang dorang kata sotong gebu-gebu tu." Viera berdecit. Sikit-sikit mungkin, sikit-sikit mengalah.

Lagi? Maksudnya sebelum ni Naila memang dah lama nak makan tapi tak pernah dapat-dapat! Viera yang mendengar ayat Naila. Rasa membuak-buak nak marah pekerja itu makin meningkat.

"Huh." Nada Viera bertukar menyampah.

"Kenapa kau tak bagi aku ambil alih?" Naila menyilangkan dua belah tangan dia.

"...Dan biarkan kau tumbuk mak cik tu? Aku tahu kau tak puas hati tapi kita kena banyakkan bersabar..."

Baldi kosong itu jatuh menghentak lantai kedai. Lantai basah akibat air yang puncanya dari baldi itu. Muka Naila basah dengan air sejuk. Mata Naila terpejam rapat. Automatik bibir kecil itu tersenyum. Semua pelanggan yang asyik makan dan bersembang kuat serta merta terdiam melihat perbuatan tuan kedai tersebut.

"Ops, maaf! Mak cik cuma nak halau anjing jalanan dekat belakang tu. Tak sangka pula terkena kamu sekali..." lantas senyuman seringai terlukis di wajah Naila. Mereka bertentang mata sesaat.

"Wah, sejuk betul air ni!" Mak cik itu terpegun, bukan kerana gadis itu tidak menggila seperti apa yang dia harapkan namun terpegun kerana tiba-tiba sahaja rambut gadis muda itu menjadi panjang. Anak muda ini ingin membuat persembahan magik kah?

Rambut panjang dan lurus paras dada itu diselak ke belakang. Hilang terus helaian rambut di dahi nya. Kini bertukar menjadi style curtains bangs long hair . Nampak seperti bad girl. Senyuman mesra tidak lenguh dari terungkir cantik.

Senyuman palsu.

"Terima kasih mak cik bagi air free maklum lah cuaca sekarang tengah panas sangat.
Saya gerak dulu ya." Kaki bertukar arah menuju ke motorcycle nya. Dia berhenti seketika sebelum berbalik semula.

"Oh lupa satu. Nah, hadiah untuk mak cik."

Selamba Viera membaling sesuatu sebelum menunggang motorbike dia dan berlalu pecut. Semua tertupu kepada barang tersebut. Siap ada masa ditetapkan lagi. Masa berdetak dengan begitu cepat.

"Itu...itu bom masa!" Semua berdiri serentak. Cemas.

"Pecut semu..."

Bom itu meletup kuat terlebih dahulu dan mengeluarkan banyak asap. Mereka terhidu asap tersebut terus rebah di meja kedai makan. Sesiapa yang menghidu itu akan  melupakan segala  mereka lihat pada hari ni termasuk lah perubahan rambut Naila sebentar tadi. Semua pengsan berjemaah.

Muncul seseorang sedang membawa motor legend serta bertindak membuka mulut.

"Ish ish tak ada kerja ke tidur dekat kedai orang. Masing-masing tak ada rumah ke apa?"

"Eh, tuan kedai pun terikut tidur?" Tergaru-garu kepala Tok Iman masjid.

-TBC-

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now