DUA PULUH EMPAT🤍

20 2 0
                                        

DADANYA serta merta naik ke atas sebaik sahaja sepasang kelopak mata terkatup rapat tadi, kini terbeliak habis seraya cepat-cepat mengatur semula pernafasan yang tersekat-sekat. Udara dikumpul dan ditarik dalam sedalam mungkin lalu menghembus lama. Tetapi lagi lama dia merenung siling berwarna putih itu.

Mindanya terasa kosong serupa tin kosong. Dahi berkerut saat rasa pening serang kembali. Pantas jarinya menekan-nekan kawasan kulit diantara jari telunjuk dan jari paling besar. Seseorang pernah berkata, kalau kita urut jari kita seperti ini, terus rasa lega sikit kepala dan ajaibnya memang berkesan.

Asyik dia meregangkan segenap tubuhnya, terhinjut bahunya tatkala dikejutkan dengan suara seseorang sedang menarik nafas tetapi kedengaran hidung tersumbat. Lampu yang dibuka terang menderang bertukar gelap gelita, namun pelik kenapa masih ada satu cahaya yang menarik perhatiannya? Siapa pula tak tidur-tidur lagi kecualinya?

Posisi tubuh ditukar, kaki bergerak ke kanan. Santai bersandar pada dinding kaca sambil menyilangkan kedua belah tangannya.

Naila jeling lembut menembusi kaca bersih yang memisahkan ruang bilik dia dengan bilik sebelah. Ngingau ke apa abang tu?

Di tangan kanan lelaki tidak dikenali itu, kelihatan memegang sebatang pen dan buku kecil di atas riba. Kepala tidak tertunduk. Hanya menatap ke hadapan tetapi tidak melihat apa-apa. Dunianya seolah-olah berhenti berputar. Enggan menyembunyikan kesedihan ditanggung lama.

"Khayla... Khayla..." Empuk suara semakin rendah itu meracau tidak pandang sekeliling. Naila mengeluh sesaat. Bermain dengan hujung baju serupa baju pesakit sakit jiwa.

Si posisi lelaki itu. Asyik melayan perasaan sedih tidak berhujung habis itu, diganggu dengan satu ketukan dinding kaca.

Tertoleh kepala lelaki itu bersama dua pipi dia yang dibanjiri cecair mutiara. Naila tercengang seketika tetapi tidak tunjuk pada riaknya, bimbang lelaki itu akan fikir bukan-bukan aje.

"Awak okay? Dorang paksa awak telan pil juga ke?" Timbul pula rasa kesian melihat air muka lelaki itu. Siapalah buat dia nangis sampai keluar hingus ya? Dahlah warna hijau, kalau warna kuning keluar. Okeylah sikit.

Ah, maaf.

Namun lelaki itu menggeleng bersama esakan kecil. Pen itu menyambung semula ayat tergantung dalam buku diari miliknya. Untung ada bawa sekali buku nota sebelum diculik. Seperti tahu-tahu sahaja, dia akan berada dalam bahaya.

Setiap hari, dia akan luahkan apa yang terjadi pada dirinya sepanjang berada di sini dan juga... segala kesalahan dia dah buat kepada seseorang. Sungguh besar kesalahfahaman antara mereka berdua.

Penglihatan semakin kabur itu tidak dapat  menghalang dia daripada meneruskan menulis sepatah demi sepatah ayat meminta maaf kepada si terluka, tidak bersalah daripada si pelaku sebenar. Sesekali bibir pucat lesi itu, meniup-niup segaris luka baharu sahaja diterima, pada permukaan tapak tangan.

Merintih. Itu sahaja dia boleh buat untuk sementara ini. Sepatutnya, dia pergi menceritakan perkara sebenar pada gadis itu supaya boleh betulkan kesemuanya tetapi... kenapa dia boleh ada dekat dalam penjara ni?

"Sumpah. Aku tak berniat nak cakap macam tu." Dada ditepuk kuat, berkali-kali bersama tangisan yang pecah. Bahunya jatuh perlahan. Semuanya salah aku. Semua ini terjadi sebab berpunca daripada aku!

I'm Not Naila [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang