TIGA🤍

34 4 0
                                    

Tidak terlalu lama dan tidak terlalu awal, Noah telah mengambil tempat di sebelah katil tidur dia. Sedang Noah melipat seluar jeans kelabu, terputar balik kejadian sebulan berlalu di mana kali pertama Noah berjumpa dengan Naila. Waktu itu kami sekeluarga berada di rumah uncle Taufiq.

"Kenapa lah aku setuju?" Kesal Noah. Noah nampak je tenang tapi dalam hati dia sahaja yang tahu. Namun, tidak pula dia mengeluh.

Tak apa lah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Satu demi satu baju dicapai lagi lalu dilipat kemas. Pakaian yang sudah lipat langsung dibawa masuk dalam beg besar yang berzip dan mempunyai dua roda kecil di bahagian bawah.
Tertanya-tanya, kenapa Noah tiba-tiba teringin nak lipat baju semua? Ini kerana mereka sekeluarga hendak berpindah ke tempat yang baharu.

Yeay! Tak payah aku nak hadap muka muka makcik bawang dekat sini. Sikit-sikit busybody, Sikit-sikit nak bandingkan kepandaian anak dia dengan kepandaian aku. Macam lah anak dia seorang sahaja di muka bumi ini yang dapat markah macam tu.

Semalam, Noah sempat mengemas barang-barang peribadi dia. Semua diisi dalam kotak besar. Harap bertahan sampai ke rumah baru. Rumahku syurgaku. Tak sabar rasanya aku nak hias bilik aku dengan lampu kelip-kelip ni.

"Amboi dear Noah, dah siap packing baju?" Tersunggul wajah mama Noah dimuka pintu. Puan Chalinda. Semua memanggilnya Puan Linda. Manis bukan namanya seperti pemilik nama tersebut.

"Yang dalam bakul dah siap lipat tapi dalam almari belum lagi." Sahut Noah.

"Nanti bawa satu beg je tau." Tambah Puan Linda. Noah menoleh tepi pintu. Wah, laju mama bersiap cantik-cantik. Aku belum mandi lagi. Bukan apa, ingat tak sejuk ke mandi pukul 4 pagi.

"Tapi ma, baju orang banyak ni...mana muat nak letak dalam satu beg." Noah ingin membantah. Kita bukan nak pergi bercuti, kita kan nak pindah rumah, ma.

"Aip-Aip sila dengar cakap mama kamu ya kalau tak, malam ni mama tak nak masak makanan kegemaran kamu." Ugut mama. Mama ni cakap macam kita pindah jauh-jauh.

"Tak apa lah nanti Noah suruh je lah papa masak kan." Gurau Noah, manja. Papa pun pandai memasak juga berkat ajaran nenek dekat kampung bernama kampung rusa dewasa.

"Eh kamu ni nak kena!" Sejurus itu mama mula menggeletek badan anak lelaki dia. Sampai tergelak terbahak-bahak Noah dibuatnya.

"Apa ni ma? Noah bukan budak kecil lagi main geletek-geletek!"

"Anggap je ni hukuman sebab nak melawan kata mama dia!" Hidung Noah dicubit sekali.

"Eh, main apa tu? Pa nak join sekali boleh?" Muncul kelibat seseorang yang baru nak jalan melepasi bilik anak lelaki mereka namun tidak jadi ketika mendengar suara gelak tawa yang riang.

"Ha awak pegang dua tangan dia, cepat!"

"Arahan diterima, sayang!" Terus Tuan Daniel mengikut perintah isteri tercinta dia. Noah apalagi menjerit dalam keseksaan lah.

Aku kesian dekat dia orang sebab dapat anak yang duduk kelas belakang tapi aku tetap tak akan mengalah. Aku akan buktikan dekat mereka semua bahawa aku pun boleh berjaya!














"Kenapa boleh dapat 78% dalam subjek sains? Dapat A minus pula tu. Jangan nak bangga sangat eh." Sinis Tuan Rayzan Ammar itu bersuara. Susah sangat ke nak dapat A plus? Kalau aku diberi peluang jadi pelajar semula. Memang semua subjek aku dapat A plus lah!

"Kalau aku tanya...jawab lah, anak bodoh!" Jerkah sang ayah. Bergema satu ruang tamu. Terketar-ketar dua tapak tangan Naila. Susah kotak suara Naila nak dimainkan. Seperti ada seketul batu tersekat dalam esofagus.

Naila terbatuk kecil lantas Naila menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Mencari kekuatan untuk menjawab pertanyaan yang dilontar secara kasar. "Ad...ada topik sains yang Naila tak faham, ayah."

"Alasan tak masuk akal. Asal engkau tak tanya cikgu?" Tuan Rayzan tergelak suka. Suka buat perbuatan yang sia-sia yang datangnya dari kebodohan diri sendiri. Tapi mana pernah dia mengaku. Semua kesalahan itu letak dekat anak perempuan dia. Dia sahaja yang betul dan salah gunakan gelaran seorang ayah.

"Ke...takut sebab cikgu-cikgu dekat sana bencikan kau? Padan muka. Kau memang layak dibenci ramai orang, dasar anak pemalas." Dahi Naila anak perempuan dia ditunjal berkali-kali. Penuh menyampah. Dasar anak, Memalukan aku sahaja.

"Cikgu...bukannya otak udang macam engkau. Dah lah muka hodoh, pandir pula tu." Hina Tuan Rayzan itu lagi dan lagi. Naila tidak melawan, hanya menundukkan kepala dia. Menerima segala kata-kata makian dan hinaan daripada sang ayah. Mata Naila berkaca-kaca. Membiarkan ayah melenting sendirian.

"Macam ni ke gaya nak jadi doktor? Ayah tak kira! Masa exam nanti, Ayah nak kau dapat markah 100% juga. Kau faham tak?" Naila menjatuhkan kepala berkali-kali. Tuan Rayzan menyambung langkah dia terjeda tadi. Pintu utama ditolak kuat. Kunci kereta ditekan. Baik aku pergi melepak dekat luar, daripada duduk dekat rumah. Menghadap budak yang menyusahkan aku je.

"Tapi Naila tak nak jadi doktor..." Gumam Naila.

"Naila nak jadi pelakon yang terkenal."

Apa lagi sakit? Sakit bila ayah kandung sendiri tak nak hargai perjuangan kita berperang dalam mata pelajaran. Di mata nya, pasukan aku selalu tumpas dalam tangan musuh. kalau kau orang pelik. Mak Naila mana? Dah lama dia tinggalkan mereka berdua sejak Naila berumur 9 tahun. Sejak itu perangai ayah Naila berubah seratus peratus.

"Perangai kau mirip dengan ayah kau."

Ini lah salah satu sebab mak Naila membuat kata putus dan tidak mahu menjejakkan kaki di rumah ini lagi.

Bagi Naila rumah ini ibarat Rumahku, nerakaku. Tak ada yang menarik perhatian Naila tentang keluarga tersayang. Penghuni rumah ini, hanya tinggal toksik sahaja. Naila mengelap pipi yang sudah basah.

"Maafkan Naila, yah."

-TBC-

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now