Matahari terpacak di langit sehingga bahang tengah hari di rasai di kawasan rumah kampung peninggalan orang tua Rufqa. Setelah selesai semua kerja rumah yang Rufqa lakukan sejak pagi tadi bolehlah dia berehat seketika sementara Khalsom masih tidur.Dia melangkahkan kaki menuju ke pondok kecil yang berada di luar rumah. Tidak lain tidak bukan itu lah ruang kecil untuk dia berehat dari dia kecil hingga lah besar. Dia merebahkan tubuh sambil melihat bumbung pondok dengan tenang.
Terlindas di fikirannya, bagaimana Farah boleh membeli sebuah kereta walaupun tidak pernah melihat slip gaji atau apa-apa dokumen yang menunjukkan Farah bekerja selama dia mengemas bilik kakak tirinya itu.
TAK!
TUK!
TAK!
TUK!Bunyi balingan batu ke arah pondok kecil yang di duduki Rufqa.
"Eishh! Pebenda pulak ni! Aku nak rehat sekejap tak boleh!" Membebel Rufqa seorang diri lalu kaki mula melangkah menuju ke arah yang mungkin batu itu dilontarkan.
Perlahan-lahan Rufqa menuju ke arah semak samun itu. Mata Rufqa dapat menangkap satu kepala manusia yang ada di dalam semak cuba bersembunyi.
"WAGHHH!" Jerkah Firash tiba-tiba. Sengaja hendak bergurau kononnya.
"AAGHHHH! MAK KAU HIJO!" Pekik Rufqa. Roh melayang terbang.
Firash tertawa terbahak-bahak melihat wajah nauzubillah Rufqa ketika menjerit. Tidak pernah terlindas difikiran dia, Rufqa akan menunjukkan reaksi sekian rupa. Hodoh benar.
PANG!
Secara automatik Rufqa menampar Firash. Tamparan yang sungguh menusuk kalbu dihadiahkan pada Firash.
Terpeleng kepala Firash ke kiri.
"Aduh! Sakit lah!" Mengadu Firash. Laju tangan mengusap pipi yang mula kemerahan.
"Alamak!" Rufqa tersedar. Sungguh terkejut Rufqa dengan reflex tangannya yang luar biasa itu. Mata melebar tidak percaya dengan tangan sendiri.
"Eh!eh!eh! Sorry!" Tangan ampun Rufqa angkat penuh penyesalan. Sumpah itu bukan niat sebenar Rufqa.
Firash masih lagi mengadu kesakitan. Tangan berkali-kali mengosok pipi sendiri. Tuhan sahaja tahu bertapa peritnya telapak tangan Rufqa melekat di pipi dia tadi.
Rufqa meneliti pipi Firash yang merah menyala dengan perasaan serba salah. Mulut masih melopong tidak percaya. Pipi Firash habis naik pijar kemerah-merahan.
"HOI! Apa yang bising-bising kat luar tu!" Tepik Khalsom dari dalam rumah.
Rufqa cemas.
Khalsom melangkah menuruni tangga dengan tergesa-gesa hendak melihat punca bunyi bising diluar rumah.
Punya lah Rufqa takut Khalsom nampak kelibat Firash, terus laju reflex tangan Rufqa mendorong Firash dengan kasar.
BUK!
"Aduh!" Tersungkur Firash lalu menyembah bumi. Firash hanya membiarkan tubuh dia terlintang di dalam semak. Walaupun agak perit untuk menerima bahawa dia diperlakukan sebergini, dia yakin perkara yang pahit inilah yang akan membuahkan hasil. Ceh!
![](https://img.wattpad.com/cover/363881258-288-k827013.jpg)
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...