"Apa yang kamu berdua buat ni!?" File project di campak Zarul.
Zahara dan Najuwa yang berdiri di hadapan meja Zarul hanya diam membisu."Sekarang ni, kita dah rugi besar! Kita dah gagal untuk dapatkan project ni!" Tangan terkapai-kapai bergerak mengikut emosinya.
"Saya tak datang meeting tu pun sebab, Saya trusted kamu berdua boleh buat! Tapi tengok! Apa yang kamu berdua dah buat!" Mengamuk Zarul lepas dapat tahu project besar dia dibatalkan begitu sahaja.
"Konon pekerja terbaik iye Cik Zara."
Di sindir pula Zahara yang masih berdiri dengan riak wajah tidak bersalah itu."Tapi tengok sekarang! Awak dah hilangkan 30% keuntungan syarikat kita!" Tangan sibuk menunding seratus peratus pada Zahara.
"Najuwa." Mata beralih pada Najuwa yang cemas tidak tentu arah.
"Iye Encik Zarul." Jawab Najuwa cemas.
"Macam mana project ni, awak boleh batalkan perjanjian macam tu je!?" Mata Zarul mencari mata hitam Najuwa yang asik lari tidak tertangkap."Dan saya dapat tahu Dato' Muqlis disimbah dengan air dan sos cili tanpa sebab dan alasan, betul ke?" Soal Zarul tegas.
Zahara masih lagi diam dan menadah sahaja telinga, apa yang di amuk-amukkan Zarul.
"Urmm..." Najuwa buntu. Dia menjeling ke arah Zahara mengharapkan bantuan.
"Saya tak kira kamu berdua kena minta maaf pada Dato' Muqlis dan pujuk dia untuk sign kontrak baru dengan kita." Arah Zarul tanpa mencari tahu punca dan asbab pergaduhan itu berlaku.
"Baik Encik Za..."
"No! Saya tak bersetuju dengan arahan tu!" Akhirnya bersuara juga Zahara yang dari tadi diam membisu.
Zarul ingat mereka ni anjing liar ke? Yang nak kena tunduk ambil hati Dato' Muqlis semula.
Mata tajam Firash beralih pada Zahara pula. Apa yang degil sangat Si Zahara ini. Hanya minta maaf dan pujuk sahaja Dato' Muqlis, takkan itu pun menjadi satu masalah untuk dia.
"Kalau Encik Zarul nak marah. Marah saya seorang sahaja. Najuwa tiada kaitan langsung dalam hal ni!" Tegas Zahara bersuara menegakkan yang Najuwa tidak bersalah.
"Dan untuk pengetahuan Encik Zarul. Keputusan saya tetap sama. Saya tak akan minta maaf pada Dato' Muqlis. Saya rela kena buang kerja daripada melutut merayu pada dia!" Bersungguh-sungguh Zahara menegakkan keputusan dan tidak akan mendengar arahan yang di perintahkan Zarul pada dia.
"Najuwa awak keluar." Tangan kanan Zarul mengurut dahi yang terasa pening. Boleh sakit darah tinggi Zarul dengan sikap yang tidak profesional Zahara dalam hal kerja.
Sebaik sahaja Najuwa hilang dari penglihatan mereka. Ruang pejabat Zarul menjadi sepi.
"Kau sengaja menguji kesabaran aku kan Zara." Bersuara Zarul.
Zahara memandang Zarul dengan pandangan meluat. Boleh sahaja guna cara lain untuk dapatkan semula 30% keuntungan syarikat dengan cara melabur. Tapi kenapa masih lagi tunduk pada project Dato' Muqlis.
"Susah sangat ke? Kau pergi minta maaf saje! Hanya itu yang Dato' Muqlis nak!" Jerkah Zarul."Perbuatan kau tu salah! Suka hati kau je nak simbah air dengan sos pada dia, hanya di sebabkan dia ajak kau berbual tentang topik lain selain kerja. Teruk sangat ke hah!? Kesalahan yang Dato' Muqlis buat pada kau!?" Soal Zarul tidak puas hati.
Senyum sinis Zahara tayang. Tak sangka Dato' Muqlis pandai menipu juga. Kalau ikutkan hati Zahara nak sahaja buka cerita sebenar apa yang Dato' Muqlis buat pada dia. Tapi, sayang Zarul lebih percaya Dato' Muqlis daripada dia. Iya lah, diakan hanya staff di sini jadi, Zarul akan anggap dia tiada hak untuk bersuara.
"Malas nak cakap banyak dengan Encik Zarul." Kaki melangkah satu tapak ke hadapan.
"Aku resign!" Puas hati Zahara. Kini dia sudah berubah bahasakan diri 'saya' dengan 'aku'. Zarul langsung tidak mahu mendengar cerita sebenar dari pihak dia. Yang Zarul tahu, hanya menangkan sebelah Dato' Muqlis sahaja.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...