BAB 51

205 14 4
                                    


"Auntie!" Tepik Liyana mula meroyan. Datin Rozimah yang sedang bersantai di depan kolam renang tersentak.

"Kenapa ni Liyana sayang?" Tanya Datin Rozimah tenang.

"Auntie tanya I kenapa!? Sepatutnya I tanya Auntie, kenapa tiba-tiba berbaik dengan perempuan tu!?" Mengamuk Liyana pada Datin Rozimah yang mula berjinak-jinak dengan Rufqa.

Riak wajah bosan Datin Rozimah tayang.

"Auntie pun, dah terkena ubat guna-guna peremp..."

"Stop Liyana! Jangan peningkan kepala Auntie." Sepantas kilat Datin Rozimah memotong perbicaraan Liyana.

Senyum sinis Liyana hadiahkan. Tidak percaya Datin Rozimah meninggikan suara pada dia. Sejak dulu, Datin Rozimah tidak pernah menengkingnya walaupun apa yang dia buat selama ini adalah salah. Entah apa lah yang si Rufqa itu santau pada Datin Rozimah.

"Apa salahnya kalau Auntie baik dengan dia? Lagipun Auntie penat nak bergaduh dengan orang dalam rumah ni." Dahi sendiri Datin Rozimah urut. Boleh naik darah tinggi dia dengan sikap Liyana yang tidak pernah menunjukkan kematangan.

Hidung Liyana kembang kempis menahan diri dari melepaskan kemarahan.

"Sekarang Liyana pula nak bergaduh dengan Auntie." Ungkap Datin Rozimah dengan penuh ketegasaan.

"Liyana tak letih ke? Hari-hari nak beremosi. Hari-hari nak bertikam lidah dengan Rufqa tu! Tak penat ke!?" Di muntahkan segala isi hatinya pada Liyana. Dia sedar, selama ini di selalu mendengar sahaja kerenah Liyana tanpa bantahan. Tapi untuk sekarang tidak lagi. Dia yakin, Rufqa adalah kunci kebahagiaan keluarga dia.

Liyana mengangkat sebelah keningnya ke arah Datin Rozimah. Kini, Liyana sudah tahu rancangan terkutuk perempuan bertudung itu. Mesti dia sekarang sedang memainkan emosi Datin Rozimah untuk mengalahkan dia.

"Auntie sedar tak? Yang Auntie dah kena cucuk halus dengan perempuan tu." Hasut Liyana dengan bersungguh-sungguh. Dia akan pastikan Datin Rozimah tidak termakan dengan hasutan Rufqa itu.

"Liyana jangan nak jadi batu api. Auntie tak suka." Ujar Datin Rozimah tidak mahu akur dengan hasutan Liyana.

"I bukan nak jadi batu api Auntie." Nafi Liyana. Kaki diatur mendekati dan duduk di sisi Datin Rozimah.

"I tahu luar dalam dia Auntie. Perempuan tu cuba cucuk Auntie dengan cara usik kelemahan Auntie. Dia tahu kelemahan Auntie adalah Firash." Sambung lagi Liyana dengan penuh keyakinan diri. Dia akan pastikan Datin Rozimah akan memihak ke arah dia sampai bila-bila.

Datin Rozimah diam tidak terkata.

"Auntie sedar tak? Dia dah masukkan Auntie dalam jerat dia. Sebelum ni pun, dia tak pernah ambil tahu pasal Auntie. Bercakap dengan Auntie pun tak. Yang Auntie sibuk ambil tahu pasal dia kenapa?" Cucuk lagi Liyana.

Kepala tegak Datin Rozimah jatuh ke lantai. Bila di fikir-fikirkan balik, betul juga apa yang di katakan Liyana. Sebelum ini, dia dan Rufqa tidak pernah bertegur sapa. Hanya sekadar melakukan hal sendiri. Baru-baru ini, baru lah Rufqa cuba mendekatinya dan cuba merapatkan ikatan dia dan Firash.

"Wake up Auntie. Auntie yang I kenal bukan macam ni." Kata Liyana dengan senyum kemenangan. Melihat riaksi Datin Rozimah itu membuatkan dia yakin Datin Rozimah sudah termakan dengan hasutannya itu.

"Ini Liyana lah Rufqa. Tak ada orang boleh menang dengan aku." Ujar Liyana jauh di sudut hatinya.

🌸🌸🌸🌸🌸

Beg galas yang ada di atas katil sakit, Zahara susun dengan kemas. Memandangkan hari ini dia sudah mendapat arahan dibenarkan keluar dari hospital, itu sangat melegakan hati dia. Sudah tidak larat dia terperuk di hospital dengan lauk hospital yang tawar nak mampus itu.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now