Siang mula berganti malam. Pakaian nikah dan barang-barang hantaran semua sudah siap di kemas di dalam almari.
Rufqa akan cuba menyesuaikan diri tinggal di rumah agam Dato' Mokhtar ini. Memandangkan dia isteri kepada Firash dia terpaksa mengikuti kemana sahaja Firash pergi. Lagi pula, dia sudah tiada tempat untuk berteduh dek kerana Rumah arwah peninggalan orang tua dia pun sudah di jual oleh Khalsom.
Firash sedang membersihkan diri di dalam tandas. Rufqa terlebih dahulu merebahkan tubuh di atas katil empuk milik Firash dengan senang hati.
"Uishh! Lembut kaw katil orang kaya! Bukan macam dekat kampung, keras nak mampos, macam tidur atas guni." Omel Rufqa seorang diri di atas katil sambil tangan sibuk menepuk-nepuk katil empuk bersaiz king itu.
Senang cerita berbeza sungguh saiz katil rumah dia dengan saiz katil dalam bilik Firash. Jauh sungguh, macam langit dengan bumi.
Rufqa mengiringkan tubuh ke arah kanan. Tidak di nafikan posisi itu sungguh selesa. Posisi itu membuatkan mata dipujuk untuk lena. Aircond yang terpasang juga sesuai dengan cuaca sekarang.
Firash baru sahaja keluar dari pintu tandas dengan Tuala berwarna kelabu di atas kepala. Rambut yang sering tersikat kemas, kini berserabai dek kerana baru sahaja selesai membersihkan diri.
Pintu tandas ditutup perlahan dan mula melangkah menghampiri almari. Firash melangkah dengan memakai seluar pendek separas lutut. Tubuh sasa Firash terdedah tidak berlapik dengan mana-mana pakaian.
"Ouishh! Terkejut aku!" Separa tepik Firash. Tangan laju memeluk tuala dan menutup dada bidang yang terdedah. Hampir gugur jantung melihat susuk tubuh manusia yang berada di atas katil sendiri.
Rufqa yang terlena kini tersedar. Agak kuat juga tepikkan Firash sehingga membuatkan dia terjaga. Mata di gosok-gosok dan memandang ke arah Firash.
"Awak ni dah kenapa?" Soal Rufqa dengan santai dan tenang. Dia hanya sekadar memandang ke arah Firash yang hanya berseluar pendek dan tubuh terdedah tiada pakaian dengan tenang.
"Ouh! Lupa! Aku dah ada bini rupanya." Maklum lah selalu keluar tandas Firash sorang-sorang sahaja dalam bilik, tidak pernah pula ada orang yang menunggu di luar. Entah mengapa perasaan ini terasa janggal walaupun mereka sudah halal siang tadi.
"Apa awak cakap saya tak dengar?" Rufqa mengaru kepala yang tidak gatal. Dia pun masih mamai lagi.
"Tak ada apa lah, bukan urusan kau pun." Firash membalas dengan bersahaja. Lalu membuka almari untuk mencari pakaian yang sopan untuk tidur. Risau juga jika Rufqa tidak selesa dengan pakaian yang di pakai sekarang.
Rufqa mengeluh kesal mendengar jawapan yang tidak semenggah Firash itu. Dia sudah mula malas ingin mengambil tahu apa yang Firash dilakukan. Yang dia tahu sekarang, dia mesti tidur dan rehatkan minda.
Tak dinafikan Rufqa sungguh letih hari ini. Seharian dia melayan tetamu dan berpura-pura menjadi extrovert person. Tubuh direbahkan kembali dan terus menutup mata, kembali diulit mimpi.
Selesai berpakaian t-shirt lengan pendek dia melangkah menghampiri katil dan mengambil bantal dan selimut yang berada di sisi Rufqa. Selimut ditarik dengan penuh berhati-hati risau pula akan mengganggu lena Rufqa.
Selimut dan bantal yang sudah mula ditarik dengan perlahan kini semakin hampir dengannya.
PAP!
Ada tangan yang menghalang dan menggenggam pegelangan tangan Firash secara mengejut.
"Ouishh!" Ini sudah masuk kali kedua dia di serang sakit jantung. Tangan Rufqa mengenggan kemas pergelangan tangan Firash dengan mata masih lagi tertutup rapat.
"Eish! Terkejut aku! Kau nak apa?" Di marah Rufqa yang terbaring santai di atas katil.
Mata Rufqa dibuka sebaik sahaja Firash menyoal dia dengan penuh emosi. Mungkin terkejut sangat gamaknya.
"Awak nak pergi mana?" Soal pula Rufqa pada Firash yang masih memeluk selimut dan bantal di tangan.
"Nak tidur lah." Balas Firash senada.
"Nak tidur dekat mana? Katil dekat sini." Kata Rufqa dengan soalan yang kononnya orang bodoh katakan.
"Suka hati aku lah nak tidur mana pun. Tak payah sebok." Balas Firash dengan nada berbisik.
"Eishh! Tidur je lah sini. Ni kan katil awak. Biar saya yang tidur dekat lain." Pantas Rufqa bangun dari baring. Dia malas nak bermaharajalela di katil yang bukan hak dia.
"Eh eh eh kau tak payah ngade ngade! Kau tidur sini. Aku okay je tidur lain." Firash langsung menahan tubuh Rufqa yang cuba bagun dari birai katil.
"Kalau susah sangat, tidur dengan saya." Tenang sahaja Rufqa mempelawa harimau jadian untuk tidur bersama.
ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...
