BAB 41

255 19 0
                                    


"Sakit lah! Lepas lah!" Rufqa meronta-ronta sekuat tenaga untuk melepaskan diri. Namun tidak berjaya. Tangan meraba-raba mencari ruang untuk keluar dari tudung yang menghalang.

"LIYANA!"

Jerkah Firash di hadapan pintu masuk rumah. Suara garau Firash bergema di seluruh ruangan rumah.

Maswani, Yanti dan Mak Wan hanya diam membatu. Wajah merah menyala Firash nampak mengerunkan bagi mereka yang sudah kenal Firash bertahun-tahun itu.

Tangan Firash laju menarik Rufqa berjauhan dari Liyana yang sangat aggrasive memukul kepala Rufqa. Liyana seperti orang tidak waras memukul Rufqa tadi.

"Kau ni kenapa!? Apa masalah kau ni!?" Memetir suara Firash memarahi Liyana.

Rufqa cuba mencari nafas. Maklumlah lemas dalam tudung sendiri. Akhirnya dia campak sahaja tudung itu ke lantai. Rambut Rufqa tak payah cakap habis berserabai macam hantu kak limah dah.

"Dah gila ke!? Nak bunuh isteri aku ke apa!?" Emosi Firash. Kerja Firash di pejabat habis tertangguh disebabkan Liyana dan Rufqa. Sudahlah kepala berserabut dengan kerja sekarang mereka berdua pula buat hal.

"Sepatutnya you tanya isteri you tuh! Konon baik! You tanya dia! Apa yang dia buat dekat I!" Tepik Liyana tidak mahu mengalah. Kali ini dia yakin Firash akan menyebelahi dia. Rufqa pukul dia kot, bukan hal remeh temeh.

"Rufqa buat apa dekat dia?" Lembut Firash menyoal.

Rufqa diam tidak bersuara. Mulut terkatup rapat macam ada emas perlian pula dalam mulut dia itu. Rambut yang berserabai di biarkan bergitu sahaja.

"See! Tak nak cakap erk! Biar I yang cakap!" Kembang kempis hidung Liyana menahan amarah pada Rufqa. Sungguh belakon iye perempuan ni depan Firash.

"Dia tampar I Firash!" Jari ditunding pada Rufqa yang diam membisu seperti orang yang tidak bersalah.

"Siapa tampar you! Sini Aunty tengok sayang!?" Tiba-tiba Datin Rozimah datang mencelah. Laju Datin Rozimah menerobos masuk ke dalam rumah mendapatkan Liyana. Dia baru sahaja tinggal rumah sekejap, dah macam-macam terjadi di rumah.

Firash menarik nafas dalam. Lepas satu-satu masalah dalam rumah ini datang. Dalam situasi macam ini mesti Mama akan memihak Liyana.

"Rufqa tak kan tampar orang tanpa sebab, Firash kenal Rufqa macam mana." Firash masih lagi teguh membela Rufqa.

"Sekarang you nak cakap I punca semua ni lah!" Panas hati Liyana dengan percakapan Firash yang seolah-olah menyalahkannya.

"Firash!" Tepik Datin Rozimah tiba-tiba.

"Sepatutnya kamu kena ajar perempuan tu jangan mudah sangat naik tangan dekat orang, kalau marah sekali pun!" Datin Rozimah pula, menjadikan suasana menjadi lebih tegang.

"Kadang-kadang ada satu benda yang akan memaksa seseorang naik tangan Mama!" Firash mula melawan. Dari dulu Firash tak pernah akur dengan Datin Rozimah. Walaupun dia tahu sebenarnya mengunakan kekerasan dalam hal apa-apapun adalah satu kesalahan.

"Tak kesah lah terpaksa ke? dipaksa ke? Mama tetap tak boleh terima perempuan tu tampar Liyana!" Jari di tunding pada Rufqa. Sungguh benci Datin Rozimah melihat muka Rufqa lama-lama.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now