BAB 23

150 13 10
                                    


Rufqa melopong wajah dia pun sudah mula memucat, hampir hilang nafas melihat harga baju yang ada di dalam butik yang di bawa Firash. Harga baju yang ada di situ hampir separuh upah bayaran gaji bulanan dia, mana tak terkejut beruk Si Rufqa dekat situ.

Baju yang dipakai Rufqa sangat lah tak senonoh. Maklumlah baju cikai-cikai untuk goyang kaki dirumah mana nak kemasnya. Tak sangka pula Firash nak bawa lari dia jumpa ibu dia sampai sejauh ini. Sebab itu lah Firash membawa dia membeli baju yang lebih kemas dan sopan untuk di bawa berjumpa dengan ibu Firash.

Firash hanya meneliti Rufqa yang berdiri di hadapan lambakkan baju yang tergantung di dalam butik, lalu dijatuhkan pula pandangan dia pada kaki Rufqa yang tergedik-gedik tak terhenti-henti keresahan akan sesuatu.

"Aduh mahalnya! Kejadah apa aku nak pakai baju mahal macam ni!" Omel Rufqa jauh di sudut hati.

Firash menghampiri Rufqa yang gelisah tak tentu pasal itu.

"Apa yang payah sangat. Ambik je lah baju mana-mana pun." Tegur Firash kepada Rufqa yang masih mengelamun memandang semua baju-baju yang terjual di Butik itu.

"Omak kau!" Terperanjat Rufqa sebaik sahaja mendengar suara garau Firash hampir dengan gegendang telinga dia.

"Kita pergi kedai lain lah." Ditariknya lengan kemeja Firash sebagai tanda ingin memujuk lelaki itu ke kedai lain yang lebih murah harganya.

"Kau dah kenapa? Lawa apa baju dekat sini." Bingung Firash dengan tingkah Rufqa yang gelisah semacam.

"Memang lah cantik, tapi mahal!" Membentak Rufqa lalu memandang Firash dengan riak wajah yang tidak puas hati dengan harga pakaian di butik itu.

Firash menghela nafas kesal. Ini pertama kali dia mendengar istilah mahal. Seumur hidup dia, setiap kali membeli atau membelanja dia langsung tidak hiraukan name tag harga yang tergantung di baju.

"Aku tak suruh pun kau bayar." Kata Firash lalu menjongketkan kening dia ke atas.

Rufqa mencebik muka bingung dengan perbicaraan Firash. Entah apa yang bermain di fikiran dia pun Rufqa tak tahu.

"Ambik je berapa banyak pun. Semua aku bayar." Sambung Firash dengan nada mendatar.

Firash simpan tawa. Orang macam Rufqa dia bawa pergi shopping hari-hari pun tak apa. Abaya yang harga dua ratus lebih pun di kira mahal bagi Rufqa. Hakikatnya harga itu langsung tak menghakis duit dia jika Rufqa ambil tiga empat helai sekali pun.

"Tak kesah lah siapa bayar pun!" Bentak lagi Rufqa dengan nada suara yang sedikit perlahan takut-takut suara dia didengari oleh staf yang menjual baju di situ.

"Yang pasti, saya tak nak membazir mahal-mahal hanya untuk baju!" Sambung Rufqa dan menjinjit sedikit kaki dia untuk menghampiri telinga Firash yang tinggi Firash agak jauh berbeza dengan ketinggian dia.

Firash menjulingkan mata ke atas sebagai tanda dia sudah muak dengan banyak tingkah Rufqa ini. Ini baru ajak beli baju untuk jumpa mamanya belum lagi baju kahwin mesti lagi banyak kerenah perempuan ni nanti.

"Aku tak nak dengar!" Firash menjauhkan dirinya dengan Rufqa yang berdiri sangat rapat dengan tubuh dia. Lalu menoleh memandang ke arah staff wanita yang berada di situ.

Rufqa mencebik muka tidak puas hati akan respon yang di balas Firash. Dia gumpal penumbuk di tangan namun, dia masih ada kesabaran dan fikiran yang waras untuk tidak melepaskan tumbukkan itu sekarang.

"Excuse me. Choose any suitable and beautiful clothes for her?" Kata Firash spontan pada staf butik itu dan menghiraukan rengekkan Rufqa dibelakang.

Staff wanita itu mengangguk dan tersenyum memberi isyarat supaya Rufqa dan Firash mengikuti langkahnya.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now