Rufqa berjalan menuju ke dapur dengan hati yang masih membara dengan sikap degil Firash."Tak apa lah, janji aku sebagai isteri dah tegur dan kejutkan dia." Dia sudah melihat Firash bagun dari baring pun sudah melegakan hati seorang istri.
"Ceh! Isteri orang dah aku" Omel Rufqa seorang diri.
Rufqa melihat sekeliling dapur. Masih gelap dan sunyi. Agaknya waktu macam ni Mak Wan tak memasak lagi kot, meneka Rufqa.
Suis lampu dapur dibuka perlahan untuk menerangi dapur yang agak gelap di dini hari. Langkah kaki di atur ke almari dapur yang besar dan cantik. Dia membuka satu persatu rak dan meneliti bahan-bahan yang ada di dalam almari untuk hidangan pagi ini.
"Uishh! Macam ni rupanya rumah orang kaya! Semua bahan ada." Berbicara Rufqa seorang diri. Memandangkan semua bahan masakkan ada di dalam almari dia langsung mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat mee hun sup. Mungkin tak salah andai dia cuba buat mee hun sup di pagi hari.
Dia menyusun kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih di dalam satu bekas. Tangan dan gerak geri Rufqa laju membuat kerja.Sejak arwah ibu pergi, Rufqa belajar buat semua sendiri termasuk juga memasak. Macam-macam dia cuba buat dan masak sehingga lah boleh di katakan petik jari sahaja kalau nak makan apa-apa. Tapi kalau masakan western jangan cari dia. Dia memang kelaut kalau suruh buat makanan western ni. Maklum lah tekak melayu.
Rufqa tersenyum sambil meletakkan bawang merah, bawang putih dan halia di dalam mesin pengisar setelah semua bahan sudah di kupas. Orang kata makanan jadi sedap kalau kita masak sambil senyum gituw!. Butang on ditekan Rufqa tanpa teragak-agak.
ZEEEEEEEENGGGGG!Bunyi mesin pengisar memecahkan suasana sunyi di pagi hari.
Mak Wan yang tadi tenang di dalam bilik, Keluar dengan tergopoh-gapah akibat bunyi bising mesin pengisar. Laju kaki Mak Wan melangkah menuju ke dapur mencari arah suara bising itu.
Rufqa masih lagi sibuk mengisar semua bahan-bahan masakkan. Dah tak kesah apa jadi dekat sekeliling rumah. Yang dia tahu masakkan di kena jadi hari ini. Dia nak Mama rasa air tangan menantu dia yang luar biasa ini.
"Hey! Cik Rufqa! Buat apa ni!" Jerkah Mak Wan. Tangan laju menutup serta merta suis mesin pengisar yang sedang digunakan Rufqa.
"Allahu!" Hampir sahaja roh Rufqa terkeluar dari tubuh sebaik sahaja mendengar suara Mak Wan.Keadan menjadi kembali sunyi dek kerana mesin pengisar yang sudah ditutup. Rufqa menjadi bingung. Yang menambahkan lagi bingung, kenapa Mak Wan begitu cemas melihat dia di dapur.
Malas berfikir panjang, Mak Wan terus menarik lengan Rufqa jauh dari dapur."Eh! Kenapa ni?!" Namun, Rufqa mengeraskan diri untuk kekal di dapur.
"Cik Rufqa, jangan lah buat kerja ni! Ni kerja saya." Bersuara Mak Wan.
"Mak Wan. Rufqa yang nak masak. Mak Wan buat kerja lain erk? Mop lantai ke? Kemas ruang tamu ke?" Pinta Rufqa.
"Eish! Tak boleh! Tu kerja Yanti dengan Maswani. Nanti, Firash marah Mak Wan macam mana?" Kata Mak Wan cemas.Risau juga Mak Wan kalau-kalau Firash bangun awal pagi-pagi ni. Nampak bini dia buat kerja berat-berat ini semua, mampus dia kerana tadah telinga dengan Firash nanti.
"Tak apa, Nanti Rufqa cakap dekat Firash, Rufqa yang suruh mak wan buat kerja lain." Laju sahaja Rufqa menjawab.
"Tapi.." Belum sempat Mak Wan menghabiskan katanya. Rufqa terlebih dahulu mencelah.
"Dah! Biar Rufqa yang masak!" Langsung ditolak bahu Mak Wan dengan perlahan keluar dari dapur. Mak Wan tidak mampu melawan dek kerana Rufqa yang sungguh keras kepala dan lebih degil dari Firash.
Rufqa menciduk satu persatu kuah sup ke dalam mangkuk kaca yang dibawakan Mak Wan padanya. Bihun sup yang siap dimasak Rufqa mengharumi seluruh ruangan rumah. Mak Wan yang tadi sibuk di meja makan kini menghampiri Rufqa.
"Uish! Sedapnya bau! Mak Wan masak bihun sup, tak pernah bau wangi macam ni tau!" Puji Mak Wan kepada Rufqa.
![](https://img.wattpad.com/cover/363881258-288-k827013.jpg)
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...