"Hot water beg dah."
"Pad pun dah."
"Yogurt dah."
"Ubat tahan sakit pun dah.""Apa lagi erk, tadi?" Bertanda tanya Firash seorang diri. Maklum lah jenis tak suka menulis. Habis dia hafal je apa yang di bebelkan Zahara di telefon tadi. Mungkin Firash duga, dah masuk telinga kanan tak keluar dah gamaknya dari telinga kiri.
"Takkan nak beli gula-gula kot?. Tak bagus untuk kesihatan. Buah-buah kot." Main redah sahaja apa yang terlintas di fikiran dia sekarang.
Setibanya Firash di rumah, Firash menyusun semua buah-buahan yang di beli di pasar raya tadi. Pisau di ambil lalu memotong satu persatu buah-buahan itu.
"Firash buat apa tu?" Soal Mak Wan yang turut baru sahaja pulang dari pasar raya dengan bahan mentahnya.
"Buah." Ringkas Firash menjawab. Tangan masih sibuk memotong.
"Iye, Mak Wan tahu tu buah, yang Firash potong banyak-banyak ni untuk siapa?" Nak kata ada Zarul dengan Anas, ruang tamu kosong. Kalau untuk Liyana jauh sangat.
"Untuk isteri saya lah Mak Wan. Dia sakit." Pisau di letakkan di singki. Lalu membawa pinggan berisi buah bersama menuju ke bilik.
"Sakit apa Firash?" Tubuh Firash di tahan Mak Wan. Terbantut langkah Firash sebaik sahaja jalannya di pangkah.
"Entah. Zara cakap sakit mendera merah." Mata liar memusing ke atas. Mencari memori yang di pesan Zahara tadi.
"Ouh! Sakit datang bulan. Senggugut." Laju Mak Wan menjawab. Patut lah berbuah-buah bagai untuk si Rufqa. Isteri tengah emosi tak stabil katakan.
"Ape gut?" Berkerut dahi mencerna ayat Mak Wan tadi.
"Senggugut Firash Iskandar oiii!" Dahi di sendiri di tepuk.
"Jangan lah, kamu buat Cik Rufqa tu emosi. Waktu macam ni, emosi dia tak terkawal." Plastik yang berada di atas meja makan di tarik Mak Wan.
"Ni, kamu letak air panas dalam tu. Bagi pada Cik Rufqa." Hot water beg yang di beli Firash tadi di hulur Mak Wan.
"Saya tak faham lah Mak Wan. Sakit dia ni, sakit macam mana?" Emosi Firash. Susah sungguh nak faham penyakit perempuan ini. Lagi susah dari jawab exam spm tahu tak!.
"Senggugut ni, sakit dekat bahagian bawah rahim. Rasa kejang dari bawah rahim sampai rasa sengal-sengal dekat peha. Bukan setakat tu je, pinggang pun sakit!." Terang Mak Wan.
Firash terangguk-angguk memahami apa yang di terangkan Mak Wan pada dia.
"Cik Rufqa tu senggugut tahap teruk tu. Sebab dia tak bangun-bangun dari tadi kan?" Duga Mak Wan. Kening dijonketkan pada Firash menanti jawapan.
"Haah Mak Wan! Asik baring je atas katil! Nak buat apa pun tak tahu." Omel Firash pada Mak Wan.
"Saya tanya sakit kat mana? Dia marah saya Mak Wan! Eish! Tahu sakit, jawab elok-elok tak boleh ke?" Emosi Firash, tidak puas hati dengan layanan Rufqa pada dia.
"Eish! Kamu ni. Kamu jangan pandang remeh iye senggugut tu. Sakit dia tu, allahu, perempuan yang penah kena senggugut je tahu." Bahu Firash di tepuk manja.
Firash mengaru kepala yang tidak gatal. Mungkin dalam kesulitan memahami kesakitan yang di hadapi Rufqa sekarang.
"Dia sakit teruk tu! Cepat letak air panas dalam ni. Tuam perut Cik Rufqa tu." Arah Mak Wan. Biar dia ajar sikit si Firash ini cara nak handle perempuan kalau datang bulan.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...