Kedua belah kaki Haziq melunjur ke hadapan dan disilangkan di atas meja dengan bongkak. Sisa batang rokok di lenyekkan di dalam bekas habuk rokok yang ada di sisi kerusi.Dua orang lelaki yang berbadan tegap serta berkaca mata hitam berdiri tegak di kiri dan kanannya. Tidak lain tidak bukan mesti bodyguard dan pembantu Haziq sepanjang berada di pejabat haram mereka.
"Hi sayang. You look so pretty today." Suara garau Haziq bergema di seluruh ruangan bilik. Mata galaknya memandang Farah dari atas hingga ke bawah.
Dari dulu Haziq tidak pernah main-main mencintai Farah. Namun dek kerana keuntungan dan kuasa terpaksa dia menjadikan Farah pilihan kedua setelah selesai kerja kotor yang di lakukannya.
"Kau tak payah bersayang-sayang dengan aku lah." Meluat Farah mendengar ayat buaya darat Haziq. Dari dulu hanya tahu mempergunakan dia sahaja sehingga lah dia menjadi kambing hitam yang terjerat dalam agenda mengarut mereka.
"Kau nak apa? Jangan buang masa aku." Senada sahaja Farah menyoal.
Punggung di lenyekkan di atas kerusi empuk yang berada betul-betul di berhadapan Haziq.
Nafas dilepas berat. Emosi Haziq di kawal rapat. Dia tak boleh merosakkan mood orang yang di cintai. Kaki yang berlunjur tadi diturunkan dan dirapikan kedudukannya dengan sopan. Senyum manis di hadiahkan pada Farah dengan penuh keikhlasan.
"Kan I dah cakap dekat you, you cuti hari ni." Lembut suara Haziq melembutkan hati keras si cinta hatinya.
"Habis tu? Kau nak apa panggil aku datang sini?" Balas Farah kasar.
Rasa cinta dia pada Haziq sudah mati sejak dua tahun yang lalu. Dulu dia bodoh kerana terlalu mempercayai Haziq yang kononya cinta matinya. Tapi semua itu sudah terkambus jauh dan tidak boleh dikorek balik setelah dia dihumban jatuh ke dalam kerja-kerja terlarang ini.
"I nak bawak you jalan-jalan. Kita pergi dating macam dulu." Tangan kanan Haziq
menarik lembut jari jemari halus Farah masuk ke dalam genggaman tangannya.Wajah kacak itu tersenyum manis pada Farah tanpa ada rasa serba salah atas apa yang dia lakukan pada kehidupan Farah.
Ketawa kecil Farah di semburkan pada Haziq tanpa rasa ragu-ragu. Entah mengapa ayat pelawaan itu menjadi satu hiburan untuk Farah.
"Macam dulu? Kau cakap macam dulu?" Soal Farah dengan tawa yang masih tersisa.
"Yes. I still love you Farah." Lembut Haziq menjawab. Matanya memancarkan seribu cahaya kejujuran. Tapi sayang kejujuran itu sudah tidak terlihat dari mata dan hati Farah.
"Penipu!" Tangan di hentak kuat sehingga terlepas dari jari jemari Haziq.
"Dari dulu kau tak pernah sayang aku lah! Kau gunakan aku dari dulu sampai hidup aku dah musnah!" Nada suara Farah meninggi satu oktaf. Dada Farah sudah mula turun naik menahan marah.
"No. I tak bermaksud nak musnah kan..." Ayat masih belum dihabiskan Farah terlebih dahulu memangkah.
"Dah lah Haziq! Aku nak balik!" Posisi duduknya bertukar berdiri. Mata sudah mula bertukar warna. Air mata ditahan sekeras-kerasnya supaya tidak jatuh ke pipi.
"Call aku bila kau nak aku hantar barang je." Tangan Farah yang berada di bawah digenggam kemas.
"Selain dari tu, Jangan call aku!" Langkah kaki diatur dengan tenang untuk keluar dari pintu pejabat.
PAP!
Langkah kaki terhenti serta merta dari terus melangkah."Please. Jangan pergi." Tangan kanan Farah di genggam lembut oleh Haziq.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...