Susana di dalam pejabat Tower Holdings sungguh tegang kerana semua sibuk dengan kerja masing-masing. Zahara yang berpakaian kemeja biru lembut serta seluar berwarna putih panjang berjalan dengan kasut tumit tingginya membuatkan Zahara kelihatan anggun dan elegan.Semua orang yang melihat Zahara menghampiri mereka terus laju masing-masing melangkah menuju ke meja, lalu berpura-pura seperti melakukan kerja dan tugas yang tersisa. Semua orang di situ tahu Zahara adalah Hr yang sangat berdisiplin dan mematuhi peraturan dengan sangat teliti.
Zahara melihat sekeliling pejabat dengan pandangan mata tajam. Tiba-tiba mata bertumpu kepada salah seorang staff di Tower Holdings yang sedang duduk di meja kerja.
"Naurah!" Panggil Zahara dengan nada yang tegas.
"Iye Cik Zahara." Jawabnya sambil tergopoh-gapah bangun dari kerusi yang di duduki tadi.
Zahara meneliti seluruh pakaian Naurah dengan teliti. Ada sesuatu yang mengganggu mata dia seperti ada yang salah pada Naurah.
"Dari jauh lagi saya perhati, tudung awak tu kena sambal..." Berbicara Zahara kepada Naurah yang pucat lesu mukanya.
Naurah membelek-belek helaian tudung dan mencari-cari dimana sambal yang dikatakan Cik Zahara dengan tergesa-gesa.
"Awak tahu kan? Peraturan Tower Holdings penampilan nombor satu!" Wajah Zahara yang sangat serious ditayangkan. Nada suara dia pun agak lantang sehingga semua staff yang lain turut takut mendengar suara Zahara.
"Maaf kan saya Cik Zahara." Lantas Naurah mengambil tisu di meja lalu menyental tudung yang terkena sambal tadi.
"Iye lah." Ringkas Zahara membalas dan menghela nafas lelah dengan sikap staf yang cuai.
"Lain kali peka dengan pakaian dan penampilan awak iye." Sambung Lagi Zahara. Tapi kali ini nada suara lembut sahaja tapi masih dalam sisi tegasnya.
Naurah hanya mengangguk sebagai tanda membalas percakapan Zaharah. Lalu kembali duduk dan memulakan semula kerja yang tertangguh tadi.
Staff yang lain turut kembali melakukan kerja mereka dengan teliti. Maklumlah Zahara ni seorang yang pantang melihat orang tak buat kerja memang laju lah dia buat kerja untuk melaporkan aktiviti staff-staff lain pada boss.
"Yang lain pun sama! Pastikan pakaian korang kemas. Penampilan menunjukkan personality seseorang. Faham!?" Dinasihatkan juga untuk staff yang lain sebagai peringatan.
Ini baru Zahara yang check, belum lagi Encik Zarul majikan baru untuk Towel Holding. Kalau Encik Zarul yang check, habis lah staff yang lain lagi teruk kena basuh nanti. Biar lah dia sahaja yang kena basuh dengan Encik Zarul dua tiga hari ni.
"Faham Cik Zahara!" Serentak mereka membalas pesana yang dikeluarkan oleh Zahara.
"Pagi semua!" Lantang suara Encik Zarul menyapa staff-staffnya dengan wajah yang ketat. Dia baru sahaja ditukarkan dan menjadi majikan baru untuk handle Syarikat Tower Holding. Manakala majikan sebelum ini ditukarkan ke posisi Zarul yang lama pula.
"Zahara! Masuk office saya sekejap." Pinta Zarul yang baru sahaja tiba di Pejabat.
Terus terhenti langkah Zahara lalu menelan air liur yang terasa kelat. Tak lain tak bukan, mesti ada benda yang dia nak kritik tu. Macam lah Zahara tak kenal Encik Zarul tu macam mana dua tiga hari ni.
Zahara menarik nafas dalam-dalam dan pasrah dengan apa yang bakal diterima dia sebentar lagi. Pantas kaki dia melulu mengekori dari belakang Zarul.
"Macam mana perkembangan tentang 5 orang staff bahagian kewangan yang awak hantar kursus minggu lepas?." Berbicara Zarul setelah dia mula melabuhkan tubuhnya di atas kerusi empuk office.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...