BAB 68

196 22 1
                                    

Roy tiba di depan rumah Dato' Mokhtar. Macam biasa Roy akan muncul di hadapan Firash bila ada masalah. Disebabkan dia mahir dalam Infomation Technology dan Information System, terpaksa lah dia datang membantu.

Malam semakin berlarut, kelibat Rufqa masih tidak kelihatan di mana-mana. Lokasi terakhir yang Roy dapat kesan keberadaan Rufqa adalah di station bas berdekatan rumah ini. Itu pun dapat di kesan dari nombor telefon Rufqa yang masih aktif.

Roy Masih sibuk membelek-belek laptop kesayangan dia. Selalu, laptop ini lah yang sering menemani dia melakukan kerja-kerja yang di perintahkan Firash. Sejak dari tadi dia tidak dapat mengesan keberadaan Rufqa. Hilang bergitu sahaja dari radanya.

"Lepas dari station bas tu, kau tak dapat kesan ke Roy!" Meja di hadapan Roy, Firash hentak.

"Aku tengah cuba lah ni. Mungkin telefon Rufqa last on dekat station bas tu. Dia jadi susah kalau phone Rufqa dah tak aktif lepas dari pada waktu tu." Kata Roy sambil tangan laju mengertik sesuatu di laptopnya.

"Tak akan cari orang hilang pun kau susah nak buat! Selalu benda remeh macam ni celah gigi kau je!" Amuk Firash tidak tentu pasal. Firash sudah tidak keruan. Rambutnya sekarang sudah tidak terurus dengan baik.

"Aku tahu kau risau dekat bini kau. At least, Kau sabar sikit boleh tak? Kalau kau asik membebel dekat telinga aku, lagi berserabut otak aku ni." Rungut Roy. Walaupun Roy tidak berkahwin lagi, dia tetap faham rasa kehilangan orang kesayangan macam mana. Kalau dia di tempat Firash pun, dia jugak hilang arah seperti yang dirasai Firash sekarang.

Malam ini rumah Firash di penuhi rakan-rakan dan kenalan. Jay, Farah, Zarul, Anas dan Zahara juga sudah terpacak di rumah Firash. Semua kelihatan resah atas berita yang mereka dengar tadi. Siapa tak risaukan, Rufqa bukan biasa lagi dengan kawasan bandar. Hendak kemana-mana mesti ada teman.

"Rash. Macam mana Rufqa boleh hilang?" Laju Anas melontarkan pertanyaan sebaik sahaja berada di hadapan Firash.

"Aku tak tahu. Dari petang tadi dia keluar, dia langsung tak bagitahu aku pun dia dekat mana." Sela Firash keresahan.

"Petang tadi dia call aku." Zahara bersuara pelahan. Dia dihurung rasa serba salah.

Semua mata-mata di rumah Firash beralih pada Zahara.

"Aku janji nak ambil dia dekat station bas depan sana. Tapi, waktu aku sampai, Rufqa dah tak ada." Berkerut dahi Zahara menerangkan situasi petang tadi.

"Lepastu? Kau call dia balik tak?" Soal Firash dengan tergagap-gagap. Dia semakin cemas.

"Aku dah call. Tapi unavailable." Telefon di tangan Zahara hulurkan pada Roy. Mana tahu inbox panggilan Zahara dapat membantu kerja Roy mencari lokasi Rufqa.

"Aku tak rasa dia jauh dari sini. Dia mungkin lost atau tak jumpa jala..." Belum sempat Zarul menghabiskan kata Zahara memangkah terlebih dahulu.

"Lost kau cakap! Kau ingat kawan aku tu bodoh sangat ke!? Kawan aku tu belajar tinggi! Tak akan setakat bandar dekat-dekat sini boleh lost! Aku kenal kawan aku macam mana!" Zahara mula naik darah. Zarul bercakap seolah-olah Rufqa budak kecil yang tidak pandai membaca.

Masing-masing beralih arah memandang pada Zahara dan Zarul pula.

"Aku cuba bagi pandangan aku sahaja Zara." Ujar Zarul.

"Heh! Baik kau diam je lah! Kalau tak di sebabkan kau petang tadi, semua ni tak akan jadi lah!" Herdik Zahara pada Zarul. Kalau di fikirkan balik memang betul. Kalau Zarul tidak tahan kereta dia petang tadi. Pasti Rufqa sudah bersama dengan dia sekarnag.

"Sekarang kau nak salahkan aku?" Soal Zarul cuba mempertahankan diri.

"Iya! Memang kau yang patut aku sal...."

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now