BAB 43

225 22 1
                                    


Firash meneliti satu persatu helaian surat yang ada di tangannya dengan teliti. Wajah tegang terlihat jelas di wajah Firash.

Haji Ishak tenang menanti perbicaraan Firash. Walaupun riak wajah lelaki ini tegang, sedikit pun tidak menakutkan dia.

"Saya tak kira! Saya nak beli jugak tanah ni!" Nada suara Firash meninggi. Sudah berbulan dia cuba berunding dengan Haji Ishak untuk mendapatkan balik tanah milik keluarga Rufqa itu. Tapi, entah kenapa Haji Ishak bergitu berkeras tidak mahu menjual nya.

Haji Ishak berusia 65 tahun. Merupakan pengasas kilang pengeluaran beras yang kelima terbesar di Malaysia. Dia adalah lelaki yang berjaya membeli tanah hak milik keluarga Rufqa yang di jual Khalsom dua bulan lepas.

"Saya tak akan jual tanah ni. Bayar lah banyak manapun, saya tak akan jual." Berkeras Haji Ishak. Surat-surat yang di serahkan pada Firash tadi, dia ambil dengan tenang.

"Tapi kenapa?" Soal Firash tidak puas hati.

"Lagi pun, Haji tak buat apa-apa pun pada tanah tu! Rumah pemilik lama pun, haji tak usik! Apa yang susah sangat Haji nak jual ni?" Mata Firash menatap tajam mata Haji Ishak yang tenang tiada reaksi.

"Sekarang itu tanah saya. Itu hak saya. Kalau saya kata, saya tak nak jual. Bermakna saya tak nak jual." Tenang Haji Ishak bersuara. Langsung tiada riak emosi yang di tayangnya.

"Tolong lah Haji. Saya tak kesah Haji nak jual mahal mana pun. Saya sanggup beli." Separa merayu Firash. Bagaimana sekali pun dia mesti menepati janji dia pada Rufqa.

"Saya minta maaf. Macam mana saya cakap dari awal kita berunding, macam itu lah keputusan saya. Saya tak akan ubah." Terang Haji Ishak.

Haji Ishak sudah menolak semua tawaran yang di tawarkan Firash, dari awal pertemuan. Semahal macam mana sekali pun Firash mahu labur untuk tanah ini, Haji Ishak tidak akan mengubah keputusan dia.

"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Pamit Haji Ishak. Kaki di atur berlalu pergi meninggalkan Firash keseorangan di dalam ruang pejabatnya.

Keluhan panjang di lepaskan Firash. Rungsing kepalanya cuba mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan kembali tanah hak milik keluarga Rufqa itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Cik Rufqa tak payah lah! Biar saya yang buat!" Tergesa-gesa Maswani menghalang Rufqa yang cuba membasuh baju itu.

Rufqa yang sedang bercangkuk di hadapan mesin basuh terpinga-pinga.

"Saya dah hagak dah! Mesti Cik Liyana nak suruh Cik Rufqa yang basuh!" Membebel Maswani pada Rufqa.

"Tak apa Kak Mas. Lagi pun saya bukan buat apa-apa pun dekat rumah ni." Ujar Rufqa. Sejak berhenti kerja ni, tak ada satu benda pun dia sentuh. Jari halus ini yang dulu kasar kini lembut bak jari anak putri di raja.

"Jangan macam tu Cik Rufqa. Tuan balik nanti, nampak Cik Rufqa buat kerja ni, saya jugak yang kena marah nanti." Sela Maswani penuh kerisauan.

Mana Maswani tidak risau, Rufqa nak masak pun Firash larang. Ini kan pula, kalau dia nampak Rufqa basuh baju ini semua bagaikan nak rak. Mampos kena beletir dari siang sampai ke malam.

"Tapi saya nak tolong je. Biar sa..."

"Jangan mengada-ngada Cik Rufqa. Jangan cari penyakit." Perbicaraan Rufqa di potong Maswani.

Bakul yang ada di tangan Rufqa juga turut di ambil Maswani. Tubuh Rufqa, Maswani dorong ke arah kerusi dapur dengan pelahan.

"Haaa...kalau nak tolong. Tolong tengok je." Sambung Maswani. Lalu, menghadiahkan satu senyuman pada Rufqa.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now