BAB 27

145 14 4
                                    


Selesai menunaikan solat magrib Rufqa mencabut telekung dan meletakkan di atas kerusi yang berada di sebelah katil. Terasa lapang dada dia selepas selesai menunaikan solat. Tidak lah otak fikirannya rasa rimas dan berserabut memikirkan pekara yang dia sendiri tidak pasti.

Rufqa termenung mengingatkan situasi yang berlaku di rumah Firash petang tadi. Dia langsung tidak mengerti kenapa sikap Firash terhadap Datin Rozimah sangat tegang. Tiada sedikitpun pandangan kasih sayang sebagai seorang anak yang ada di mata Firash.

"Tah-tah Datin Rozimah mak tiri dia kot?" Teka Rufqa seorang diri.

"Eh! Takkan lah! Muka dia dengan Datin lebih kurang sama." Bertanda tanya Rufqa.

Firash pun tidak berkata apa-apa lepas mereka keluar dari rumah agam Dato Mokhtar tadi. Dalam kereta pun, sepatah haram pun dia tidak bercakap dengan Rufqa. Niat Rufqa memang ingin sangat bertanya, namun gerak geri dan riaksi muka Firash terlihat jelas tidak suka akan sebarang pertanyaan sewaktu itu.

TOK!TOK!TOK!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Rufqa tersentak dari melamun seorang diri. Rufqa menuju ke pintu bilik, lalu di buka pintu dari dalam untuk melihat siapa yang mengetu.
   
Sebaik sahaja pintu dibuka Rufqa melihat wajah Khalsom pucat lesu seperti tidak bermaya di hadapan pintu bilik.
   
"Mak! Kenapa ni!?" Langsung Rufqa memapah Khalsom masuk ke biliknya. Dan dibaringkan di atas katil yang bersaiz double single itu.
   
Wajah Khalsom penuh dengan peluh kekeringan di dahi. Bibir turut pucat dan sudah pun merekah dek kerana terlalu kering. Khalsom pun terlihat separuh sedar. Lemah longlai sekali tubuh dia ketika itu.
   
Rufqa meletakkan tapak tangan di dahi Khalsom. Ternyata benar, sangkaan Rufqa mesti Khalsom demam panas. Sejak dari dulu lagi dia duduk dengan Khalsom memang Mak seorang yang sangat lemah bila terkena demam panas.
   
"Eishh! Mak ni, dari mana? Dah tahu sakit, Merayap lagi kenapa?" Kain selimut di tarik menutup tubuh Khalsom.

Khalsom masih diam tidak bersuara.

"Mak demam ni! Sekejap Rufqa ambil ubat." Walaupun Khalsom tidak pernah melayani dia dengan baik, dia tetap tidak menyimpan dendam kepada Khalsom. Seteruk mana pun dia, Rufqa tetap menganggap dia seperti ibu kandung Rufqa yang kedua.
   
Khalsom dengan mata berpinar-pinar, dia tetap dapat melihat jelas wajah Rufqa yang kelihatan sangat cemas dan merisaukan keadaan dia.
   
Rufqa mencelup kain kecil dengan air beras dan asam keping secara berhati-hati. Kemudian meletakkannya di atas dahi Khalsom dengan lemah lembut.

"Mak dari mana ni? Sakit-sakit macam ni,  sibuk nak keluar."

"Farah pun tak ada? Ingat mak keluar dengan Farah." Omel Rufqa kepada Khalsom yang terlihat separuh sedar.
   
"Diam lah kau! Memekak aje dekat telinga aku! Bingit lah!" Jerkah Khalsom dengan nada perlahan. Mungkin daya kekuatannya ketika ini tidak sekuat sewaktu sihat.
   
Terangkat bahu Rufqa terkejut dengan jerkahan perlahan Khalsom itu. Ingat ke sakit-sakit ni bertaubat lah sikit sikap Mak tirinya. Tapi ternyata tidak, Rufqa silap lagi.
   
"Mak rehat lah dekat bilik ni. Rufqa boleh tidur dekat luar." Dia malas bertekak dengan mak tiri dia. Nanti lagi banyak masalah yang bermain di fikiran dia nanti.
   
Khalsom hanya diam tidak membalas pembicaraan Rufqa. Entah mengapa sikap benci dia kepada Rufqa langsung tidak pernah turun walaupun Rufqa bersikap baik pada dia.

Pernah juga kadang-kadang dia berasa bersalah dengan sikap dia pada Rufqa. Mana tidaknya, dia marah gila-gila pun Rufqa masih diam dan menurut sahaja kehendak dia. Siapa sahaja tidak rasa bersalah bila kita bersikap kasar pada orang yang lemah lembut macam Rufqa.
   
Rufqa melangkah keluar dari bilik dan menutup perlahan pintu bilik. Lalu berlalu meninggalkan Khalsom keseorangan di dalam bilik.
   
🌸🌸🌸🌸🌸
   
Anas merenung mata Firash yang tidak berkedip memandangnya. Entah apa yang salah pada dia pun Anas tak tahu. Sejak Firash datang dari petang tadi, tiada satu patah pun ayat yang keluar dari mulut dia.
   
Firash merenung lagi ke arah Anas yang sedang duduk di hadapan dia. Hanya bunyi kipas siling sahaja menyaksikan perkara janggal yang berlaku di dapur rumah Anas sekarang.
   
Firash rungsing hendak mula dari mana. Berterus terang sahaja atau perlu ada ayat basa basi dulu sebelum dia bertanya kepada Anas. Dia tidak mahu hati Anas hancur untuk kali yang kedua. Firash risau dengan riaksi Anas nanti bila tahu orang yang dia kejar selama ini adalah orang yang sama dengan orang yang Anas minati.
   
"Kau ni kenapa? Dari tadi kau sampai rumah aku, sepatah pun kau tak bercakap." Akhirnya pecah juga kesunyian yang berlaku di dalam rumah Anas.
  
Renungan mata Firash menjadi redup. Rasa serba salah terhadap Anas menyelubung jiwa. Dia tidak terfikir langsung orang yang dia kejar untuk menikah adalah orang yang sama Anas kejar. Dia membisu tidak tahu ingin berkata apa, lidah juga menjadi kelu tidak mampu berkata-kata.
   
"Kau kenapa? Tak pernah-pernah kau buat perangai macam dengan aku. Aku ada buat salah ke?" Anas pula yang terasa seperti situasi tegang ini berpunca dari dia. Renungan mata Firash terhadap dia seperti kecewa dengan sesuatu. Tapi Anas tidak tahu apa yang di kecewakan oleh Firash. Dia langsung tidak dapat membaca apa yang bermain di fikiran Firash sekarang.
   
"Kalau aku bagitahu ni, mesti kau kecewa Nas." Dia tak mahu kisah lama mereka terjadi lagi.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now