Matahari terbit diiringi dengan bunyi burung-burung berkicauan di siang hari, menandakan tiba masa untuk semua manusia bangun dari tidur.
Firash sudah siap dengan berpakaian kemas dan segak bergaya. Dia berjalan dengan pantas sambil membela-bela baju t-shirt yang dipakai supaya terlihat lebih kemas.
"Firash nak ke mana cuti-cuti ni? Tak makan dulu ke?" Bertanya Mak Wan setelah melihat Firash bersedia hendak keluar pada waktu cuti. Selalunya, Firash akan berehat sahaja di rumah kalau bercuti di hujung minggu bergini.
Firash berhenti melangkah dan menoleh ke arah suara itu.
"Nak dating. Dah lama saya tak berdating!". Sengaja Firash bergurau.
Tertawa Mak Wan dek kerana lucu dengan jawapan Firash.
"Haah lah...lepasni ada MEM besar baru lah Mak Wan!" Sela Mak Wan menyambung gurauan.
Firash tertawa.
"Tak ada lah gurau je." Jawab Firash dengan tawa masih tersisa.
"Nak jumpa Anas jap. Ada hal nak borak." Dari semalam lagi Firash sudah berjanji hendak berjumpa Anas. Jadi dia perlu menepati janji.
"Firash." Seru Mak Wan.
Firash berhenti menapak sebaik sahaja nama di seru. Hairan. Jarang Mak Wan hendak memanggilnya dengan nada serious bergini.
"Mak Wan nak pesan sikit ni." Wajah Firash di tenung lama. Seperti seorang nenek merindui cucu.
"Apa?". Ringkas Firash menjawab.
"Sebenarnya...Mak Wan dengar kamu bertengkar dengan Datin semalam, pasal kahwin." Bersambar-sambar perbalahan Firash dan Datin Rozimah semalam, mustahil andai kata Mak Wan tidak mendengar.
Riak wajah Firash bertukar kendur dan tiada seri.
"Kalau lah betul, Firash dapat cari pasangan hidup dalam masa tiga hari ni. Mak Wan bersyukur sangat tapi,"
"Tapi apa Mak Wan." Ulang Firash curiga.
"Mak Wan tak nak lah, Firash kahwin dengan seorang perempuan kerana nak tahu rahsia atau nak lari dari masalah ni." Bahu tegak Firash Mak Wan urut pelahan.
"Mak Wan cakap macam ni, sebab manusia dilahirkan ada hati dan perasaan Firash."
"Jadi jangan siksa diri kamu dan juga orang lain iye. Untuk kepentingan kamu." Pesan Mak Wan. Dia tidak akan membiarkan Firash mengambil hal kahwin adalah hal yang remeh-temeh.
"Iye Firash faham Mak Wan." Ujar Firash berbasa basi.
"Okay lah Mak Wan, Firash pergi dulu." Firash berpamit.
Firash terus menapak meninggalkan Mak Wan. Dia keluar dari rumah dan di buang jauh kata pesanan Mak Wan tadi.
🌸🌸🌸🌸🌸
Kawasan rumah banglo dua tingkat yang dikelilingi pelbagai jenis reka bentuk direka mengikut citarasa sendiri. Itu lah yang membezakan rumah Anas dan rumah orang lain. Lihat dari sudut mata kasar memang rumah Anas lah yang paling unik dan cantik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...