Pagi hari di rumah agam Dato' Mokhtar sudah mula ceria dan naik serinya. Sejak Rufqa berbaik dengan kakak tirinya mereka semua duduk di dalam satu bumbung. Sebab itu lah rumah ini semakin meriah dengan penambahan orang baru.
Farah dan Datin Rozimah sibuk berbual di meja makan. Gelak tawa mereka tidak akan berhenti selagi mereka berdua tidak berhenti berbual. Maklum lah, sejak Farah tinggal di sini. Datin Rozimah tidak bosan langsung. Mungkin kerana Farah seorang yang suka buat lawak random pada Datin Rozimah. Bukan seperti dia, buat lawak pun tak reti selalu sahaja hambar.
"Sayang. Bie pergi office dulu iye." Pamit Firash.
"Okay. Hati-hati Bie." Tangan kekar Firash, Rufqa salam.
"Love you." Kemudian Firash balas dengan ciuman didahi licin Rufqa. Sungguh romantik!
"Love you more." Senyuman nipis Rufqa hadiahkan sebelum Firash beredar dari rumah.
Liyana yang baru sahaja turun dari tangga menarik muka muak. Pagi-pagi lagi dia sudah melihat agenda yang memanaskan hati dia. Kenapa mesti dahi Rufqa yang di kucup? Kalau tidak disebabkan Rufqa hadir tanpa di undang, pasti sekarang, dia yang menjadi tahta teratas di sisi Firash.
Sebaik sahaja Firash hilang dari pandangan. Rufqa mula menapak menaiki tangga dan membiarkan Farah dan Datin Rozimah berbual berdua.
"Kau pikir kau dah menang ke?" Bersuara Liyana sebaik sahaja pandangan mata mereka saling bertentangan.
"Tiada siapa menang dan tiada siapa yang kalah. For your information, kita tak pernah bertanding pun." Sinis Rufqa menjawab.
"Okay. Kalau macam tu..." Kening Liyana di jongketkan pada Rufqa.
"For your information, Let's begin the war." Tajam mata Liyana menerkam mata Rufqa dengan penuh dendam.
"Sorry. Aku tak berminat. War lah kau sorang-sorang. Malas nak join. Sebab kalau aku join nanti kalah berturut-turut kau." Sindir Rufqa dengan ketawa kecil.
Liyana mengertap rahangnya. Panas hati dengan sindiran itu. Perempun ini memang benar-benar menguji kesabarannya.
Malas memanjangkan pergaduhan. Rufqa terus mengabaikan Liyana dan melangkah memijak anak tangga dengan senang hati.
Bagi Rufqa Senang sahaja untuk menutup mulut musuh. Caranya biarkan dia meroyan seorang diri. Kita must be professional, teruskan dengan kehidupan bahagia kita, tanpa menoleh ke belakang.
Datin Rozimah mengusap rambut Farah yang panjang paras bahu itu. Cantik. Kalau lah dia ada sorang lagi anak. Mesti dia akan kenankan dengan anaknya untuk menjadi menantu. Baru lah dapat package ada dua menantu cantik dan slay. Tapi, sayang anaknya ada sorang sahaja. Dapat memenantukan Rufqa pun dia sudah cukup bangga dan bahagia.
"Kenapa Mama pandang Farah macam tu?" Soal Farah ingin tahu. Sejak dia duduk di sini, Datin Rozimah melayan dia sangat baik. Layanannya tidak ada beza dengan anak kandung. Farah berasa sangat bersyukur. Dia tersenyum sambil menunggu jawapan, air teh panas di hadapannya Farah cicip dengan tenang.
"Mama rasakan...Mama nak kenankan Farah dengan anak sedara Mama yang dari Londan tu lah. Dia hen..."
"No Mama." Farah membantah pelahan.
"Why?" Soal Datin Rozimah hairan.
"Farah tak sesuai dengan siapa-siapa. Farah rasa, lebih baik bersendiri." Kepala sendiri Farah jatuhkan memandang lantai rumah. Dia tidak layak untuk bernikah dengan siapa-siapa. Dia sudah tidak suci dan dirinya pun sudah tiada nilainya. Perempuan seperti dia mana ada orang nak. Ada lagikah lelaki yang sudi berkahwin dengannya andai tahu diri ini sudah tidak suci?
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...