"Sebab saya cinta awak. Rasa cinta saya dari dulu sampai sekarang tak pernah pudar Zara." Selesai mengelap tangan Zahara. Anas masukkan semula tisu itu ke dalam poketnya. Maklum lah tong sampah jauh. Ini bukan masanya untuk membuang sampah.
Zahara masih membatu dan tidak bergerak. Pengakuan Anas ini, sangat mengejutkan dia. Kalau lah, dia ada sakit jantung dah lama jantung ini akan berhenti berdenyut.
"Jadi, saya..." Belum sempat Anas mengeluarkan cincin di poket seluarnya, Zahara terlebih dahulu mencelah.
"Nas. Saya minta maaf." Celah Zahara. Berdebar-debar jantung Zahara di buatnya. Rasa serba salah dia pada Anas melambung tinggi.
Kotak cincin yang separuh terkeluar, Anas sumbat kembali masuk ke poket. Kata maaf Zahara itu dapat di baca. Dia yakin namanya langsung tiada ruang di hati Zahara dari dulu sehingga sekarang.
"Saya terpaksa tol..."
"Cop! Saya tak habis cakap lagi." Pangkah Anas dengan ketawa kecil.
Zahara terdiam.
"Bagi saya habiskan ayat dulu." Ujar Anas tenang.
Bibir kecil Zahara terkunci.
"Jadi...saya nak awak terima cinta dan sayang saya sebagai seorang kawan. Itu maksud saya." Bohong Anas dengan senyuman yang hambar.
"Nas...saya..." Anas mencelah.
"Alah haii Zara, Zara. Awak ni kelakar lah! Tak kan lah saya nak suka awak, kita kawan dari dulu kot." Tertawa Anas dengan penuh kepura-puraan.
"Eish! Dia ni! Suka main-main! Risau tahu tak!" Tangan lebar Zahara hinggap di bahu sasa Anas.
"Saya tahu, sebenarnya awak suka Zarul kan?" Anas mengaku kalah. Dari sekolah dulu lagi, dia sedar gerak geri Zahara yang asik mencuri-curi pandang ke arah Zarul.
"Macam mana awak tahu!?" Zahara tergamam. Kenapa semua rahsianya selama ini Anas boleh tahu? Sedangkan dia tidak pernah memberitahu sesiapa termasuk juga Rufqa.
"Walaupun awak tak cakap, saya tahu dan saya boleh baca gerak geri awak tu. Kita kawan dah lama Zara. Semua benda pasal awak saya tahu." Ungkap Anas dengan sejujurnya.
Zahara tersimpuh malu. Semua yang Anas katakan semuanya betul. Memang dia sangat mencintai Zarul, tapi rasa benci dan egonya lebih tinggi berbanding rasa cinta yang dia simpan selama ini.
"Iya. Memang saya suka Zarul dari dulu." Mata hitam Zahara menangkap mata hitam Anas yang tenang tiada riak.
Air liur yang terasa kelat Anas telan. Hentah mengapa kata-kata yang keluar dari mulut Zahara itu menguriskan hati kecilnya.
Anas sekadar tetawa demi menyembunyikan rasa sakit di hati. Betul lah, kata lagu Paloma Faith. 'Only Love Can Hurt Like This'. Ini lah yang di namakan sakit tapi tidak berdarah. Sekarang, dia sudah mengerti dengan istilah cinta tak seharusnya memiliki.
🌸🌸🌸🌸🌸
Rufqa bersila di lantai sambil termenung. Rambut tojang Rufqa sudah terikat tinggi dan kemas. Dia menggigit kuku ibu jarinya dengan penuh keresahan. Sudah setengah jam dia membatu dan tidak bergerak merenung alat ujian kehamilan itu.
"Betul ke benda alah ni?" Kepala yang tidak gatal Rufqa garu dengan kasar.
Alat uji kehamilan itu Rufqa capai. Lalu, meneliti dan merenung lebih dekat. Mata bulatnya dikecilkan untuk lebih teliti dan Iya! Ada dua garis yang naik di situ. Bermakna memang betul apa yang di katakan Mak Wan adan Yanti. Dia mengandung!.
"Sumpah lah!" Omel Rufqa seorang diri. Tangannya menekup mulut sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Perasaan berdebar-debar Rufqa menjadi lain macam. Macam mana kalau, Firash tidak mengaku ini anak dia? Otak Rufqa semakin overthingking.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...