Datin Rozimah sibuk melihat bunga diatas meja sambil tangan dia sibuk membelek-belek mencari daun yang mati di dalam pasu bunga.
Liyana yang duduk disofa rumah agam Datin Rozimah itu tidak tenang risau jikalau Firash berjaya membawa pulang pengganti pelaminnya nanti."Alahai Liyana ku sayang! Auntie yakin anak antie tu, takkan adanya perempuan yang boleh Firash bawa dalam masa tiga hari ni." Tegur Datin Rozimah dengan tenang.
Tersentak Liyana dari keresahan. Lalu mata menangkap tingkah Datin Rozimah yang sangat tenang meneliti bunga. Langsung tidak gusar.
"Mana auntie tahu? I tahu lah orang macam Firash tu...semua orang nak rebut! Mustahil tak ada langsung perempuan yang boleh dia welcome kan auntie!" Balas Liyana mengikuti emosi yang tidak stabil itu.
"Auntie tahu lah, anak auntie tu cerewet macam mana. Tak akan dia berani nak kahwin dengan orang yang bukan high level dia." Yakin lagi Datin Rozimah cuba menenangkan isi hati Liyana yang bergonjang kerisauan.
"Mana tahu, I terlalu merimaskan dia sampai terpaksa dia sogok money dekat perempuan sengket ke?!" Teka Liyana.
"Dah lah Liyana. Auntie tahu anak auntie tu cerewet macam mana? Dah jangan kusutkan kepala you tu...nanti sakit auntie jugak yang susah." Pujuk Datin Rozimah pada anak buah kesayangannya itu. Dia yakin seratus peratus Firash tidak akan berani bernikah dengan perempuan yang bukan level dia.
🌸🌸🌸🌸🌸
Sepanjang perjalanan, kereta Firash sunyi tiada suara langsung. Masing-masing diam buat hal sendiri. Jarang sekali Rufqa besikap introvert seperti ini sampai Firash pun terkedu tidak tahu hendak memulakan bicara. Kang salah soalan masak dia nanti. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasalah dia nanti.
Rufqa dari tadi memandang ke arah luar tingkap kereta. Termenung dari mula masuk kereta sampai sekarang tiada satu patah pun yang dikeluarkan."Aku mintak maaf." Tiba-tiba Firash menuturkannya. Firash cuba mematikan suasana tegang di antara mereka berdua didalam kereta ini.
Tersentak Rufqa dari lamunan. Kepala dia yang tadi menatap di luar kereta kini berpaling memandang ke arah bahagian pemandu.
"Kenapa awak minta maaf pulak ni?" Akhirnya suara Rufqa bergema juga setelah menyedari dia mengalamun lama.
"Sebab aku ke? Kau macam stress je." Ringkas Firash membalas pertanyaan Rufqa sambil mata dan tangan masih sibuk tertumpu pada panduannya.
"Eh! Tak lah...mana ada stress, saya okay je lah." Bohong Rufqa. Sedangkan hati dia ni tuhan je tahu bertapa gelisahnya dia dengan tindakkan sendiri tadi. Semudah itu dia merelakan diri menanda tangan dan bersetuju atas borang pertukaran nama itu.
"Kau tak payah tipu aku lah. Kau tengok je aku ni macam hati batu...tapi aku faham apa yang kau tengah rasa sekarang." Kata Firash dengan penuh keyakinan. Dia dapat rasakan yang pemikiran Rufqa tengah berserabut dengan keluarga sendiri. Dia pun dapat membaca gerak geri kebohongan Rufqa itu.
Rufqa menghiraukan kata-kata Firash. Dia seakan tidak mengambil hati langsung dengan apa yang Firash cuba sampaikan. Dia yakin tiada siapa yang akan mengetahui apa yang dia rasa dan alami sekarang ini.
"Kau tak payah sorok dari aku. Aku tahu kau mesti tengah pikir pasal tanah arwah ibu ayah kau kan?" Teka Firash.
Terkedu Rufqa. Tekaan Firash betul. Dia sekarang ini sedang rungsing memikirkan geran tanah rumah yang dia duduki sekarang ini. Kalau Mak tirinya jual tanah itu dia betul-betul akan merempat tepi jalan. Itu sahaja salah satu harta peninggalan arwah kedua orang tua dia setelah semua harta yang lain sudah lesap dijual oleh Khalsom.
"Asal diam? Betul kan aku teka?" Menduga lagi Firash.
Rufqa hanya mendiamkan diri tanpa sebarang balasan."Kau tak payah risau lah, aku janji! Tanah tu kau akan dapat balik. Tu janji aku." Firash berharap sangat dengan kata-kata janjian ini Rufqa akan bersetuju hendak bernikah dengannya.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Storie d'amore"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...