Liyana di balik pintu bilik, tersenyum puas hati melihat pertengkaran Firash dan Rufqa itu. Puas hati dia! Semudah itu rupanya buat mereka bergaduh."Padan muka kau Rufqa!" Rambut panjang Liyana di sisir masuk ke belakang telinga.
"Bagus lah kau keluar dari rumah ni. Tak lah sakit mata aku tengok kau berkepit dengan Firash dua puluh empat jam." Sinis Liyana tersenyum di balik pintu.
"Kau keluar, tak balik-balik lagi lahh aku suka!" Senyum kemenangan Liyana tarik setelah melihat Rufqa tergesa-gesa keluar dengan air mata kesedihan.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Zara....." Terkedu-kedu Rufqa bersuara di hujung talian telefon.
"Kau kenapa ni Rufqa!?" Zahara cemas. Suara tangisan Rufqa di telefon merisaukan hatinya.
"Kau dekat mana tu!? Biar aku datang dekat kau! Tunggu tau! Aku datang ambil kau sekarang!" Cepat-cepat Zahara menutup telefonnya lalu mencapai kunci kereta dengan tergesa-gesa.
Kaki di atur laju menuju ke kereta kesayangan miliknya itu. Belum sempat Zahara masuk ke perut kereta, susuk tubuh Zarul tercegat di hadapan.
Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba muncul di hadapan kereta dia. Apa hal! Apa lagi yang Zarul inginkan dari dia. Sudah berbuih-buih mulutnya menghalau Zarul dari hidup dia. Tapi, Zarul masih berdegil.
"Agh! Semak! Dia nak apa lagi ni!?" Emosi Zahara. Dia ada hal yang lebih mustahak dari pada Zarul.
"Zara. Kita bercakap sekejap. Please." Zarul merayu.
"Nanti! Aku ada banyak benda lagi penting, nak kena buat ni!" Baran Zahara. Kalau lah dia tiada kesabaran dah lama dia langgar Zarul guna kereta kesayangan dia ini.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Tangkap dia sekarang!" Perintah Haziq di seat penumpang yang berada di belakang.
"Baik bos!" Serentak dua orang lelaki berbadan sasa menurut perintah. Mereka keluar dari kereta dengan gagah dan menghampiri perempuan bertudung dan berjubah itu.
Rufqa masih kekal menanti akan kehadiran Zahara di station menunggu bas itu. Tempatnya tidak lah jauh mana dari rumah Datin Rozimah. Maklumlah nak merajuk tidak tahu nak merajuk naik apa? Memandu pun tidak reti. Tapi, dia heran apa? Kalau dah marah, ego, pergi kemana-mana sendiri pun dia tidak kesah.
"Mana si Zara ni!" Omel Rufqa. Lain macam Zahara punya lama ni. Katanya mahu mengambilnya sekejap lagi, tapi sayangnya, bayang-banyang langsung tak nampak.
Dua orang lelaki berkaca mata hitam dan bertubuh sasa datang mendekati Rufqa dengan wajah bengis mereka.
"Eh! Eh! Diorang nak datang dekat aku ke?" Rufqa mula gelabah. Gila tak gelabah! Dua orang lelaki itu sebijik macam gangster yang ada dalam tv. Macam mana dia boleh tak gelabah.
"Sah! Diorang nak tangkap aku!" Rufqa dapat menangkap gerak geri dua orang lelaki itu. Sepantas kilat Rufqa cuba melarikan diri.
PAP!
Lengan tangan Rufqa di ragut lelaki berbadan sasa itu.
"Eh! Apa ni!?" Tepik Rufqa.
"Diam!" Jerkah lelaki itu. Lalu, laju menekup mulut kecil Rufqa.
Lelaki berbadan sasa yang turut bersama menangkap kaki Rufqa dan di angkat lalu, di bawa pergi masuk kedalam kereta.
Rufqa meronta-ronta malah tidak berjaya. Maklumlah, lelaki dua orang ni, badan macam gorila, macam mana nak berjaya.
"Bau apa ni?" Rufqa menghidu kain yang di tekup di mulutnya itu. Yes! Dia hidu gas.
PAP!
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Storie d'amore"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...