BAB 46

221 21 3
                                    


Sejak beberapa hari ini Farah tidak pulang ke rumah. Ia mengundang kerisauan di hati Khalsom. Selalu kalau Farah keluar bekerja pasti dia akan sampaikan pesanan. Tapi, kali ini langsung tiada khabar. Mula lah perkara buruk melintas di fikiran Khalsom.

"Mana anak aku ni? Banyak hari dah tak balik ni." Keluh kesah keluar dari mulut Khalsom. Dahi berkerut keresahan. Tidak pernah Farah bersikap seperti ini.

Berkali-kali telefon mengertik memanggil nombor telefon Farah. Namun, sayangnya tiada satu pun panggilan yang berjaya di angkat.

"Ya allah, macam mana ni!? Dah lebih dua hari dia tak balik. Aku kena buat report polis ni!" Kuku sendiri di gigit Khalsom. Mustahil anaknya gaib tanpa sebab. Dua tiga hari ni pun, dia tidak pernah bergaduh dengan Farah, jadi tidak mungkin Farah merajuk dengannya.

"Kalau aku telefon Rufqa, minta tolong dia, nampak macam sengket sangat ke aku ni!?" Perasaan malu menguasai diri Khalsom.

Ke hulur ke hilir Khasom memikir hendak mencari di mana anaknya berada. Nak kata berjumpa Rufqa sangat lah karut. Bukannya Farah rapat dengan Rufqa. Kawan-kawna Farah pun Khalom tak tahu siapa. Dari dulu Farah bukan seorang anak yang suka bercerita, lagi-lagi tentang kawan-kawan yang dia bergaul.

"Tak boleh jadi ni!"

"Heish! Sekali sekala apa salahnya! Rufqa tu anak aku jugak!" Perasaan malu di tolak tepi sahaja. Laju jari mencari nombor telefon Rufqa yang sebelum ini hanya sekadar sarang di dalam telefonnya.

Telefon di lekapkan di telinga. Lama Khalsom menunggu, tiada satu pun suara atau tanda-tanda panggilan akan di angkat.

"Eish! Tak angkat pulak perempuan ni! Nampak sangat kau anak yang tak kenang budi!" Dimaki hamunnya Rufqa yang tidak mengangkat panggilannya itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Hagh! Pandai pon call aku balik! Ingat dah buang telefon dalam tong sampah!" Amuk Anas di telefon. Sorang-sorang susah sungguh mahu mengangkat telefon.

"Sorry lah. Aku ada emergency tadi Nas." Jawab Firash dengan tenang. Telefon masih lagi melekat di telinga dengan gagah.

"Emergency?" Ulang Anas bingung. Apa yang kecemasan sangat?. Rufqa sakitkah?. Meneka Anas keseorangan.

"Iye. Kau ingatkan Zahara? Kawan Rufqa." Soalan Anas tadi di jawab dengan soalan lagi oleh Firash.

"Iyup. Asal dengan dia?" Tubuh Anas di sandarkan di kerusi pejabat.

"Dia masuk hospital. Zarul pun ada tadi. Tu sampai lupa nak buka mute telefon." Tutur Firash tenang.

"Hospital mana Rash!" Terkejut tahap gaban Anas mendengar berita sekian rupa. Patutlah sorang-sorang tak ada di pejabat rupanya ada kecelakan yang berlaku pada gadis itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

Kereta mewah Haziq terparking di bahu jalan. Haziq di dalam kereta tersenyum manis pada Farah yang berada di seat sebelah. Sejak dua menjak ini, Farah sangat baik dan mengikut segala arahannya tanpa banyak kerenah.

"Farah sayang." Seru Haziq pelahan. Jari jemari juga sibuk membelai rambut hitam Farah.

Farah membisu dan mematung sahaja. Segala benda yang Haziq lakukan pada dia, di biarkan sahaja tanpa bantahan.

"Lapar? Kalau sayang lapar, I turun belikan untuk you." Tutur Haziq sambil tersenyum.

Farah mengenggam erat tapak tangannya yang berkeringat itu.

"Okay I faham." Keluhan pelahan di lepaskan Haziq.

"You still takut dengan I iye?" Soal Haziq fomal. Jari di jauhkan dari menyentuh Farah.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now