Matahari sudah pun mula tegak di tengah-tengah langit membuatkan hari begitu membahang. Pejabat Anas sejak dua menjak ini agak sunyi mungkin kerana ketiadaan Rufqa.Setiap pagi mesti Rufqa akan meletakkan roti dan susu kotak di atas meja semua rakan sekerja di dalam pejabat. Katanya nak bersedekah, lagi banyak dia bersedekah lagi lapang dada dia, dan murah lagi rezeki dia nanti. Dah lah Rufqa tu cantik, pandai, tambah pula pemurah orangnya. Siapa lah yang tak jatuh cinta dengan dia. Puji Anas.
Hari ini sudah masuk hari yang ketiga Rufqa mengambil cuti. Entah apa masalah Rufqa sampai mengambil cuti terburu-buru malam itu. Fikiran Anas tidak pernah lepas dari mencari tahu tentang keadaan Rufqa.
"Aku ni betul-betul dah angau ni!" Bebel Anas pada diri sendiri. Dia pun sedar akan perubahan ketara dia bila berfikir tentang Rufqa. Dulu dia seorang yang fokus dengan kerja nak dikatakan lebih kurang sahaja sikap dia dengan Firash tak lari dari menangguh kerja. Kini hadirnya Rufqa makin menjadi-jadi sikap lalai dia itu.
"Ke aku kena call dia?" Bertanda tanya Anas seorang diri di dalam ruangan pejabat. Pekerja di luar sibuk semuanya terkontang kanting mengambil fail lah, menyusun kertas lah dan ada juga yang sedang berada di mesin pencetak. Hanya dia yang masih dilamun cinta dan terkapai-kapai mengejar cinta Rufqa.
"Tak apa Anas. Kau call dia mesti dia pikir hanya sebagai majikan dan pekerja sahaja!" Kata Anas untuk menyedapkan hati sendiri. Maklum lah cinta dalam diam mana lah orang nak tahu, yang tahu hanya lah Firash sorang. Zarul bukan tahu apa-apa yang dia tahu "jom golf".
Pantas tangan Anas memicit nombor telefon Rufqa yang terpapar di layar skrin telefon. Lalu dipanggilnya tanpa teragak-agak. Handphone di lekapkan di telinga dan menanti akan panggilan diangkat oleh Rufqa.
🌸🌸🌸🌸🌸
TUT! TUT! TUT!
Rufqa sibuk mengunyah makanan didalam mulut terhenti setelah mendengar telefon berdering minta diangkat. Dia mengangkat cepat-cepat panggilan itu kerana takut menganggu ketenteraman orang lain yang turut makan di restoran itu.
Firash yang ada di hadapan Rufqa sekadar makan dan menghiraukan sahaja tindakkannya. Langsung tidak mengambil tahu hal dan urusan Rufqa sama sekali.
Rufqa melihat nama Encik Anas terpapar di layar skrin telefon. Dengan sepantas kilat terus tangan dia mengangkat panggilan yang dibuat oleh Anas.
"Hello assalamualaikum Encik Anas." Panggilan Rufqa jawab.
Firash yang tadi hanya menghiraukan Rufqa kini gelabah tak tentu pasal mendengar Rufqa menyebut nama Anas. Entah mengapa dia rasa ingin menyebuk dalam urusan Anas dan Rufqa. Sebok aje Anas telefon padahal hari ini, hari cuti Rufqa.
"Encik Anas sorry! Saya ambil cuti lagi hari ni, saya lupa nak bagitahu Encik Anas! Tapi Encik Anas jangan risau...saya janji saya akan...." Belum sempat Rufqa menghabiskan kata, Anas terlebih dahulu memotong.
"Eh Rufqa...Rufqa dengar dulu saya nak cakap ni...saya bukan cakap pasal cuti awak." Potong Anas dengan nada mendatar.
"Haa? Habistu?" Rufqa terpinga-pinga. Apa yang penting sangat selain dari kerja dan waktu cuti dia. Encik Anas adalah majikan dia wajarlah Anas hanya ingin menanyakan tentang kerja.
Firash dihadapan Rufqa masih cuba untuk mencuri-curi dengar perbualan Rufqa dan Anas itu. Entah kenapa dia bergitu ingin tahu apa yang dibualkan Rufqa dengan Anas sehingga makanannya tidak dikunyah dengan betul. Sungguh perlahan Firash merapatkan kerusi kehadapan untuk mendengar lebih jelas perbualan mereka.
"Awak jangan salah faham Rufqa...saya ni memang suka ambil tahu pasal pekerja saya lebih-lebih lagi pekerja baru macam awak ni." Balas Anas dengan penuh berhati-hati risau tersalah kata pula nanti.
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romance"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...