BAB 50

215 18 1
                                    


Zahara mengunyah ayam goreng yang ada di hadapanya dengan sungguh lahap. Maklumlah bangun dari tidur, laju sahaja Rufqa memberitahu dia tidak akan datang. Terpaksalah dia mencari makan sendiri. Sebab itu lah, dia sekarang sunggih lapar. Nasib baik ada Anas, kalau tak dah lama dia jadi hulk.

"Zara, pelan-pelan lah makan tu.." Ujar Anas cemas. Risau juga nanti tersedak pula.

Zahara akur. Senyum manis di hadiahkan pada Anas.

"Lepas awak dah siap makan. Saya balik iye." Anas risau andai keberadaan dia di sini akan menganggu ketenteraman Zahara. Lebih-lebih lagi bila teringat kisah silam mereka dulu.

"Laghh! Saya tak berborak lagi dengan awak tau!" Kata Zahara. Sudut mulutnya mengendur kecewa. Tidak sempat nak berborak lagi Anas sudah ingin beredar.

"Saya tak rasa awak selesa dengan saya." Pandangan matanya hampa seakan memberi isyarat kepada Zahara.

"Siapa kata! Dari dulu, saya lebih selesa dengan awak tau daripada Zarul." Tutur Zahara jujur. Dari dulu, memang Anas sahaja yang boleh Zahara terima untuk berkawan berbanding orang lain.

"Awak tak suka memaksa dan tak judge orang sesuka hati macam Zarul tuh! Awak lain." Ungkap Zahara dengan mata berpinar penuh bersemangat.

"Orang yang duduk depan saya ni! Sampai bila-bila jadi kawan saya tau." Senyum kecil merekah di bibir Zahara.

Anas sekadar menyembunyi senyum. Dada yang terasa muram dan berdebar-debar bertukar mengembang bahagia bila mendengar kata pujian dari Zahara itu.

"Lama dah kita tak jumpa kan?" Zahara mula membuka topik perbualan. Sisa tulang ayam yang ada di dalam pinggannya di tolak ketepi.

"Urmm.." sekadar hempusan angin sahaja Anas menjawab.

Kening tebal Zahara bercantum dan tajam ke arah Anas. Pergh! Dia sangat tidak berpuas hati dengan jawapan Anas yang ala kadar itu.

"Urm je? Awak tak suka jumpa saya ke?" Soal Zahara ingin kepastian.

"Eh! Tak! Tak! Tak! Bukan macam tuh!" Cepat-cepat Anas menaifkannya.

"Saya risau. Bila awak dengan saya berjumpa. Awak akan ingat masa silam awak dulu. Awak sakit pun sebab ingat masa silam awak kan." Jujur  Anas menerangkannya. Anas tahu punca kesakitan Zahara semasa di sekolah dulu. Jadi dia tidak mahu sakit Zahara semakin teruk andai mengingati kisah lama mereka bertiga.

Zahara menghela nafas hampa. Tubuh yang tegak tadi mula mengendur.

"Nas," Pelahan Zahara menyeru.

"Awak tak ada salah pun dengan saya. Dalam fikiran saya ni, tak ada langsung memori hitam dengan awak." Tutur Zahara penuh keiklasan.

Anas menunduk cuba melarikan anak matanya dari bertembung dengan anak mata Zahara.

"Saya jumpa awak, saya happy. Tak ada pun rasa emosi, Rasa takut, Gelisah. Macam saya nampak Zarul." Lanjut Zahara dengan tenang. Sungguh dia katakan, Tiada langsung rasa tidak selesa atau terganggu bila dia bersama dengan Anas.

"Apa salah Zarul pada awak? Zarul tu kawan saya. Saya tak rasa dia jahat dekat awak." Menjadi tanda tanya Anas pada Zahara. Zarul tidak lah terlalu jahat di sekolah dulu. Atau ada sesuatu yang disembunyikan Zarul pada ketika dulu.

"Saya tak nak ingat Nas. Berbulan-bulan saya cuba sihatkan mental saya dan lupakan semua pasal dia. Lepas saya buka album lama saya. Terus saya ingat memori hitam saya dengan dia, saya rasa mual! Saya rasa benci sangat bila tengok muka dia, Nas." Ujar Zahara dalam nada bergetar. Kepala di jatuhkan merenung lantai dan menyembunyikan air mata.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Where stories live. Discover now