Malam yang bising dengan kenderaan yang terperangkap dalam jem membuatkan Anas tidak senang untuk menonton television. Ditutup segala suis yang berkaitan dengan television dirumah, lalu melangkahkan menuju ke dapur.Anas mencari sesuatu yang sesuai untuk dimakan pada waktu-waktu begini. Perutpun sudah mula pandai memanggil meminta untuk di isi.
"Aduhai! Bosannya lah hidup aku ni! Patut lah Datin suruh Firash kahwin!" Omel Anas dengan diri sendiri. Bila jadi bujang telajak ni semua benda kena buat sendiri termasuklah berperang mulut dengan diri sendiri.
Mee segera cup di buka luas. Air panas dituangkan ke dalam cup dengan berhati-hati
TUT! TUT! TUT!
Tiba-tiba telefon Anas berdering menandakan ada seseorang sedang membuat panggilan menerusi panggilannya.
Anas meletakkan mee segera di atas meja dapur dengan berhati-hati. Kaki di atur ke ruang tamu untuk mengangkat panggilan telefon.
"Panjang umur kau!" Jari telunjuk Anas mengetuk skrin telefon. Laju butang hijau di tekan.
"Hello Anas! Aku nak tidur rumah kau malam ni! Jap lagi aku sampai, bye!" Hanya itu yang di sampaikan Firash kepada Anas.
Kurang hasam punya manusia yang bernama Firash ini. Salam apapun tak ada, macam itu sahaja Firash matikan panggilan. Anas menghela nafas keras.
"Hai macam tu je! Apa kes pula kau ni Firash sampai nak tidur rumah aku?" Dicampak telefon ke atas sofa lalu kembali melangkah ke dapur untuk isi perut yang bergoncang tadi.
🌸🌸🌸🌸🌸
Mak Wan yang sibuk mengemas ruang tamu hanya melihat Liyana membuang kulit limau ke atas lantai. Tidak ada rasa serba salah langsung atas tindakkan dia itu. Langsung tiada sivik.
Mak Wan tidak mampu membuat apa-apa kerana Liyana MEM besar dalam rumah ini. Kalau dia tegur mahu kena maki hamun dengan Liyana.
Mak Wan sedar yang dia hanya pembantu yang dibayar upah oleh majikan untuk selesaikan tugas ini. Jadi tidak boleh untuk merungut.
"Eishhh Mak Wan! Tepi lah sikit I nak tengok tv ni!" Tangan menghala pada Mak Wan menandakan memberi isyarat nyah dari situ.
Terperanjat Mak Wan dek jerkahan Liyana pada dia.
"Yang Mak Wan sibuk nak kemas time ni kenapa? Kemas lah dekat lain dulu! Eishh semak!" Maki Liyana kepada Mak Wan yang sibuk mengutip kulit limau yang di campak ke merata-rata tempat itu.
"Maaf Cik Liyana, tapi malam sikit lagi, Datin Balik, dia tengok bersepah Mak Wan juga yang kena marah" Balas Mak Wan risau. Mak Wan tahu Datin Rozimah seorang yang pantang bila sepah sikit, nanti habis dia mengamuk satu rumah ini nanti.
"Heish! I tahu lah!" Jerkah Liyana lagi.
"Mak Wan pergi lah kemas kat tempat lain dulu! Nanti Datin balik I kemas lah! Dah pergi sana!" Bengang Liyana pada Mak Wan dan memberi isyarat tangan menghalau Mak Wan supaya tidak merayap di depan mata dia.
Mak Wan tiada kuasa untuk melawan Liyana. Jadi dia mengalah sahaja dan patuh dengan apa yang di arahkan Liyana kepada dia.
Mak Wan berjalan menuju ke dapur lalu, duduk dan menghela nafas panjang. Dia sangat penat melayan kerenah Liyana yang mengaggap dia seperti sampah. Mengapalah wujudnya manusia seperti Liyana. Langsung tiada rasa hormat pada dia yang sudah lanjut usia ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/363881258-288-k827013.jpg)
YOU ARE READING
Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)
Romantizm"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semua! Jangan bagi high expectation sangat....sebab ayat saya tak cantik mana. Just for fun. ...