CHAP 1 - CUTI SEMESTER

839 13 0
                                    

Cuti semestarku telah pun bermula dan aku telahpun tiba di Kajang kelmarin bersama Shauki.Untuk tempoh 3 hari ini aku langsung tidak keluar rumah, hanya melepak di bilik sahaja.Lagipun cuaca ketika ini begitu terik,oleh sebab itu aku lebih memilih untuk tidak ke mana-mana.

Taufik juga ada memberitahuku bahawa dia tiada di sini buat sementara kerana perlu pulang ke kampung menziarahi tok wannya yang sakit.Mok pula aku tidak pasti kerana telefonnya gagal dihubungi,mungkin dia ada urusan penting diluar.

Shauki ada sahaja menghantar SMS kepadaku mengajak melepak di mamak.Tetapi aku menolaknya dan memberikan alasan aku tidak sihat. Bukannya aku tidak mahu,tetapi kebiasaannya pada waktu malam pasti Aida akan menghubungi tambahan pula ketika cuti semester ini.Kadang-kadang sehingga 2 jam kami bergayut di talefon.

Kebanyakkan perbualan kami berkisah kepada aktiviti seharian masing-masing.Kami saling bertukar cerita dan pendapat,adakalanya kami bergurau nakal terutamanya bab seks. Mujurlah kami berdua jenis yang open mind.Kata Aida dia dapat meneka berapa panjang batangku dengan melihat panjangnya hidungku.Aku tergelak sahaja kerana merasakan ianya mengarut.
--------------------------------------------------------------
Nizam dan Aliff bertemu pada hari ini, mereka berdua merancang untuk keluar berjalan jalan di KL.Dalam masa yang sama juga mereka berhasrat untuk melepak dengan Wafi.Aliff ditugaskan untuk menghubungi Wafi untuk memaklumakan tentang kehadiran mereka ke KL.

"Haa ada apa Lip?", soal Wafi ringkas setelah dia menjawab panggilan daripada Aliff.

"Kau ada mana Fi? Aku dengan Nizam otw turun KL ni.Ingat nak ajak kau lepak sekali." Kata Aliff dalam panggilan telefon.

"Aku ada je Kajang ni. Oh lepak eh? Korang balik hari ke or tidur area sini?", Tanya Wafi lagi.

"Taktau lah.Rasanya over night kot", jawab Aliff lagi.

"Haa okay-2, korang dah sampai nanti bagitahu", kata Wafi sebelum mematikan talian di telefon.

"Wafi jawab apa? Dia free tak?", tanya Nizam kepada Aliff.

"Dia kata dah sampai bgth dia Zam.Siap tanya lagi nak tido sana ke apa? Hahaha", jawab Aliff lagi.
--------------------------------------------------------------
Aku menanti kehadiran Nizam dan juga Aliff yang dalam perjalanan ke sini.Aliff tadi ada menghubungiku memaklumkan tujuan mereka datang ke sini.Elok juga begitu,lagipun sudah lama juga aku terperap di dalam rumah.Sebagai langkah awal,aku telah memaklumkan kepada kedua orang tuaku yang pada malam ini mungkin aku bermalam diluar bersama mereka dan kedua orang tuaku membenarkan.

Dalam pada masa yang sama juga aku telah memberitahu Aida pada malam ini aku sedikit sibuk kerana perlu melayan kehadiran kedua orang rakanku dari Rembau itu.Aku meminta Aida hanya menghantarkan SMS sahaja kepadu.Dia bersetuju dan ternyata Aida amat memahami situasiku pada malam ini.

Handphoneku sekali lagi berdering kerana panggilan yang tiba dari Aliff. Segera aku menyambut kehadiran mereka diluar rumahku.Mereka berdua datang ke sini menaiki kereta iswara yang dipandu oleh Nizam.Kemudian kami ke kedai makan berhampiran kerana mereka berdua mengadu kelaparan.

"Pi,mana tempat best sini?", tanya Nizam sementara menanti pesanan kami di hantar.

"Korang nak pergi tempat macamana? Kat KL ni banyak tapi aku sendiri tak berapa tau sangat", jawabku jujur.

"Tempat boleh berjalan la pi,asalkan modal tak keras", kata Aliff pula.

"Kalau macam tu lepak area Putrajaya je la.Aku pun tak berapa tahu sangat area KL ni mana boleh lepak", jawabku lagi.

"Kita lepak dataran merdeka dengan bukit ampang je la", kataku lagi setelah lama memikir.

Setelah mengisi perut yang lapar,destinasi kami yang pertama adalah ke Putrajaya.Mungkin tempat ini adalah tempat biasa untukku,tetapi bagi Nizam dan Aliff,ini adalah tempat yang menarik dengan senibina bangunannya yang mengkagumkan. Mereka berdua masing-masing teruja dengan keindahan bangunan dan landskap yang dibina dan mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenangan.

REMAJA 2012Where stories live. Discover now