Hari ini merupakan cuti pada hujung minggu,Aliff penuntut UiTM berusia 21 tahun ketika ini tidak memilih untuk pulang ke rumah seperti kawan-kawannya yang lain.Dia lebih selesa untuk duduk di asramanya sahaja.Tidak jauhpun rumahnya dari kampusnya,hanya mengambil masa sekitar 45 minit sahaja untuk sampai. Tapi dia sedar tiada aktiviti yang boleh dia lakukan sekiranya pulang ke rumah.
Hendak mengajak Wafi melepak,kawan baiknya itu sibuk dengan perniagaan di "Dusun Sahabat". Nizam pula berada di utara tanah air,menyambung pengajian di sana.Hendak duduk sahaja di rumah pasti akan bosan kerana dia hanya tinggal berseorangan di rumah tersebut.Baik dia tinggal di hostel, sekurangnya ada juga kawan untuk dia ajak berbual.
Apartmen kampus tempatnya belajar mempunyai 3 bilik dan boleh memuatkan sekitar 8 orang dalam satu masa.Memandangkan ramai kawan kawannya yang memilih untuk pulang ke rumah masing-masing,hanya Aliff sahaja yang bersendirian di dalam apartment kampusnya ketika ini.
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam, perutnya mula berkeroncong dan Aliff mula melangkah ke cafe untuk membeli makan malam.Tidak ramai penuntut asrama yang berada ketika ini.
"Bang,nasi goreng ikan masin satu, tambah telur mata ye", kata Aliff ketika memesan makanan."Okay dik,nak pedas ke biasa?", tanya pekerja itu pula.
"Orang negeri,mesti pedas bang", jawab Aliff sambil ketawa.
Setelah makanannya siap,Aliff mengambil tempat duduk untuk menikmati hidangan makan malamnya itu.Dia duduk di meja yang menempatkan kawan-kawannya yang tidak pulang.Kawan-kawannya yang memilih tidak pulang itu kebanyakkan yang datang daripada luar kawasan Negeri Sembilan.Mereka saling bercerita ketika mengunyah makanan.
"Weh Lip,malam ni jomlah lepak bilik aku.Boleh jugak sembang dengan yang lain", pelawa Ahmad kepada Aliff.
"Takpelah Mad.Tengok dulu macamana. Sebab aku ingat nak kemas rumah ni dengan basuh baju sekali.Kalau free aku datang apartment kau.Kalau tak esok je", jawab Aliff kepada Ahmad.
"Okay Lip.Pape rojer." Jawab Ahmad ringkas.
Aliff ketika ini berjalan menuju ke blok akademik.Dia mahu mencuci mata dahulu sebelum pulang ke apartmennya.Sedang dia leka berjalan dia di sapa oleh seseorang.
"Bang,abang ada masa sikit tak?", tanya seorang remaja lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"Ada je.Tapi kau siapa? Ada apa tu?", tanya Aliff pula.
"Nama saya Khairul bang.Penuntut semester 1.Saya tinggal dekat block Kasawari." Jawab Khairul memperkenalkan dirinya.
"Hah,ada apa tu Khairul?", tanya Aliff yang kehairanan apabila remaja yang tidak dikenalinya itu menegurnya.
"Saya asal daripada Sabah bang.Tadi saya dapat call dari pakcik saya yang bagitahu adik saya terlibat dalam kemalangan.Saya nak balik bang,tapi duit saya tak cukup", Jelas Khairul dengan nada yang sedih.
"So?", tanya Aliff ingin mendapatkan lagi kepastian.
"Saya ingat nak mintak bantuan daripada abang.Nak pinjam duit abang dulu nanti saya akan bayar balik secsra ansuran", janji Khairul kepada Aliff.
"Family kau yang lain tak bantu ke?Berapa tu?", tanya Aliff lagi.
"Saya orang susah bang.Sambung sini pun sebab dapat biasiswa,tapi cukup makan je lah.Lagipun ayah saya dah takde,harap mak je.Itupun ada sakit kencing manis", jelas Khairul kepada Shauki.
"Aku simpati dengan kau.Tapi aku tak tahu nak tolong macamana.Berapa kau nak pakai tu?", Tanya Aliff sekali lagi.
"RM1,370 bang.Flight pergi balik", Jawab Khairul sambil merenung mata Aliff.
Aliff mengehela nafas yang panjang. Simpanannya di bank pun tidak sebanyak itu.Tambahan pula jumlah itu memang besar buat dirinya.Hanya seorang sahaja yang boleh membantunya iaitu Wafi.Tapi pasti perlu memberi alasan yang munasabah.Jika Wafi bagi pun,dia takut Khairul melarikan diri dari membayar hutang tersebut.
"Sorry la Khairul,aku memang tak dapat bantu kau.Lagipun aku takde duit banyak macam tu", jawab Aliff lagi.
"Tolonglah bang.Saya janji saya akan bayar secara ansuran bang.Apa yang abang suruh saya buat,saya akan buat. Tak kisah apa pun.Asalkan abang dapat bantu saya", rayu Khairul lagi.
YOU ARE READING
REMAJA 2012
عاطفيةMENGISAHKAN PENGALAMAN KU BERSAMA SHAUKI DAN SHAZUAN. TURUT DISELITKAN KISAH YANG TERJADI DI ANTARA ALIFF DAN JUNIORNYA YANG BERASAL DARI SABAH. DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR.