Sambutan hangat daripada pengunjung ke "Dusun Sahabat" ini amat mengembirakanku dan juga En Firdaus.Begitu juga dengan Mak Ngah dan Uncle Adnan.Mana tidaknya hampir setiap minggu pasti tempahan chalet dan tapak perkhemahan akan penuh.Aku perlu menghadkan kemasukan pengunjung bagi memastikan kebersihan di sini terjaga.
Kebanyakkannya adalah dari golongan keluarga yang memilih untuk menginap di sini.Selain harga chalet yang berbaloi,air sungainya yang jernih menjadi tarikan pengunjung ke sini.Jika bernasib baik,para pengunjung di sini juga boleh menikmati buah-buahan percuma yang berada di sini sekiranya musim berbuah.
"Dusun Sahabat",itulah nama yang aku pilih sebagai nama tempat rekreasi ini. Aku mahu mengabdikan nama itu sebagai tanda aku dan kawan-kawanku yang lain yang sama bersusah payah membersihkan tempat ini dari semak belukar ketika itu.Selain itu nama "Dusun Sahabat" itu dipilih adalah sebagai tanda kenangan dari aku dan Shazuan buat semua kawan-kawan kami yang lain.
Aku turut berkongsi berita ini kepada Shazuan.Meskipun Shazuan berada jauh di luar negara,dia tetap gembira apabila mendengar kejayaan "Dusun Sahabat" yang menjadi destinasi perkelahan popular ketika ini.Shazuan turut mengucapkan tahniah kepadaku atas kerja keras menaikkan tempat ini.
Seperti yang aku rancangkan sejak dahulu,aku mahu menggunakan kepakaran rakan-rakanku khususnya dalam bidang kemahiran untuk membangunkan tempat ini.Aku memanggil Taufik untuk membuat kerja-kerja pendawaian di sini,begitu juga dengan Mok dalam kerja kimpalan.Shauki pula aku letakkan sebagai maintenance utama untuk menyelenggara sebarang kerosakan. Dengan cara ini semua kos dapat dijimatkan dan kawan-kawanku yang lain mendapat peluang kerja meskipun mereka di panggil ketika diperlukan sahaja.
Dalam masa yang sama juga aku mengharapkan Uncle Adnan mengetuai bahagian landskap.Banyak juga yang berubah di sini,semuanya dilakukan untuk menarik lebih ramai pengunjung di sini.Ketika ini juga 2 buah blok bangunan yang diperbuat daripada kontena sedang dinaikkan di sini untuk menarik perhatian kumpulan ataupun rombongan sekolah untuk beriadah dan menginap di sini.
Kemeriahan tempat ini juga mendapat perhatian dalam media sosial dan akhbar arus perdana.Tempat ini semakin dikenali dan ketika musim cuti sekolah tempahan pasti akan penuh. Hampir setiap hari ketika cuti sekolah pasti ramai pengunjung dari Semenanjung Malaysia datang untuk bercuti di sini.
"Makin meriah tempat ni bang", kata Shauki kepadaku ketika kami datang melawat ke sini.
"Rezeki namanya.Maknanya tak sia sialah korang menebas tempat ni dulu. Tanpa korang,aku takk terfikir idea ni. Tanpa korang,orang luar takkan tahu tempat ni", jawabku sambil memuji Shauki dan kawan kawannya.
"Bang,saya ingat nanti masa cuti sem boleh tak saya kerja part time kat sini? Lagipun saya nak cari duit lebih sikit", tanya Shauki kepadaku.
"Boleh je takde hal.Lagipun bagus gak boleh kau repair apa yang patut nanti", jawabku kepada Shauki.
"Saya tak sangka abang boleh panggil Taufik dengan Mok buat kerja kat sini. Yang kelakar dorang sanggup datang tu dari Kajang." Kata Shauki sambil tertawa.
"Aku memang niat dari dulu.Memang aku akan panggil kawan-kawan aku. Bukan setakat dorang je,nanti Ashraff atau yang lain pun aku akan panggil buat keje sini,tapi biar kena bidang yang diorang belajar lah", jawabku lagi.
"Kawasan situ abang cadang nak buat apa?", tanya Shauki sambil menunjukkan kawasan hutan berhampiran.
"Mungkin nak ternak ayam atau lembu kot,tengok macamana.Lagipun situ sesuai nak buat,jauh daripada orang. Lagipun air sungai tak mengalir kat situ.Kalau mengalir takut tercemar sungai dengan najis dia", terangku kepada Shauki.
"Tapi bang siapa abang nak panggil buat? Ada ke budak-budak ni yang belajar pasal lembu ayam ni?" Tanya Shauki lagi.
"Ada je orangnya and benda boleh belajar.Cuma tu lah aku kena bincang dulu dengan En Firdaus.Mintak pandangan Uncle Adnan sekali sesuai atau tidak.Takut bau najis lembu atau ayam nanti buat pengunjung tak selesa pulak.Kalau tak sesuai buat je kebun sayur", terangku lagi kepada Shauki.
YOU ARE READING
REMAJA 2012
RomanceMENGISAHKAN PENGALAMAN KU BERSAMA SHAUKI DAN SHAZUAN. TURUT DISELITKAN KISAH YANG TERJADI DI ANTARA ALIFF DAN JUNIORNYA YANG BERASAL DARI SABAH. DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR.