CHAP 4 - 1001 PERSOALAN

378 8 0
                                    

"Kau call sape pi?", tanya Nizam selepas aku mematikan panggilan.

"Tadi korang kata nak melepak lagi kan? Jom pegi Tanjung Malim." Ajakku kepada mereka berdua.

"Fuhh jauh siut,kau kompem ke nak pergi ni?", tanya Aliff.

"Aku on je Pi.Tapi kita nak lepak ngan sape ni?", tanya Nizam kembali kepadaku.

"Jumpa Amir jap.Dah bertahun kita tak jumpa dia.", jelasku lagi.

"Hah? Amir?", kata Nizam dan Aliff serentak.

Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.Suasana yang riuh tadi bertukar sunyi kembali.Aku faham mungkin beratus pertanyaan bermain di fikiran mereka,apatah lagi selepas aku memberitahu yang kami akan ke sana bertemu Amir.
--------------------------------------------------------------
Nizam mengerutkan dahinya.Dia tidak pasti Wafi berfikiran waras atau tidak ketika ini.Dia ketika ini memandu kenderaan menuju ke Tanjung Malim.
Aliff disebelahnya hanya mendiamkan diri manakala Wafi yang berada di kerusi belakang seolah tersenyum sendirian sambil menaip mesej.

Memang benar,mereka bertiga sudah lama tidak bertemu Amir.Tambahan pula Amir sememangnya mempunyai sejarah hitam yang cukup panjang terutamanya dengan Wafi.Nizam tidak pasti sama ada Wafi sudah memaafkan Amir ataupun tidak.Dan keputusan Wafi yang mengajak mereka semua menemui Amir amat mengejutkan Nizam.

Semasa mereka sedang dalam saat akhir untuk menghadapi PMR ketika itu,Amir dan Mubin cuba memerangkap dan meliwat Shazuan ketika itu di stor belakang asrama.
Mujurlah Wafi dan dia bersama beberapa orang kawan mereka yang lain tiba tepat pada masanya.

Amukan Wafi benar-benar menakutkan mereka pada malam itu.Teruk juga Amir dan Mubin dibelasah oleh Wafi. Dalam masa yang sama ketika itu juga,Nizam teringat kepada Mubin. Dialah yang selama ini meliwat dirinya dan juga Ashraff.Selepas siasatan dijalankan Amir dan Mubin dibuang sekolah.

Sudah lama sebenarnya dia tidak mendengar berita tentang Amir dan Mubin.Cuma Nizam ada mengetahui tentang video leak Amir yang disebarkan di internet dan juga MySpace.Itulah kali terakhir dia mengetahui tentang Amir,selepas itu tiada lagi khabar dari sesiapa mengenai Amir.

"Macam mana kau boleh contact dia balik pi?", tanya Aliff yang sudah lama mendiamkan diri.

Nizam yang ketika itu berfikir benda yang sama hanya memerhati sahaja Wafi melalui cermin belakang.Dia menanti jawapan daripada kawan baiknya itu.

"Dari MySpace,aku pesan kat dia supaya kuatkan diri lepas kes video leak dia tu.Dah beberapa tahun aku chat tahun lepas baru dia reply.Dia ada bagi no dia kat aku.Tapi ni la first time aku call ngan jumpa dia." Jelas Wafi.

"Kau takde rasa pape ke bila nak jumpa dia ni?", tanya Nizam pula.

"Takde rasa pape, biasa je.Kenapa?", Soal Wafi kembali.

"Selepas semua yang berlaku tu pi, takkan kau tak rasa apa-apa langsung kot?", Soal Nizam kembali.

"Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa.Tapi benda tu semua dah lepas, semua dah berakhir dan semuanya dah terjadi pun.Aku bukan jenis orang yang buang masa fikirkan benda yang dah lepas ni.
Aku rasa kita semua ada silap.Ada rahsia antara kita.Cuma tak tau sama ada kongsi dengan orang lain atau diamkan diri je.Cuma beza dia,benda tu tak kantoi kat orang lain.
Kes Amir ni berbeza,apa yang dia buat kantoi.Bukan setakat tu je,video dia pun orang dah tengok.Tu mungkin balasan dia.Siapa kita ni nak menghukum?
Semua orang ada peluang kedua Nizam,Alip.Kita bertiga ni bukannya baik sangat.Tapi apa yang membuatkan kita nampak baik sebab kita jaga sama kita.Aku bukannya suka ungkit, kau dengan Alipp pun pernah buat masalah dulu.Tapi sebagai kawan,aku tetap bantu mana yang boleh.Dan sekarang tugas kita untuk bantu Amir pulak.
Lupakan dulu kejahatan yang dia pernah buat,mungkin dia dah berubah sekarang." Jelas Wafi dengan panjang.

REMAJA 2012Where stories live. Discover now