CHAP 17 - AMANAH

271 8 0
                                    

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir Shazuan berada di sini.Sabtu ini Shazuan akan kembali pulang ke London untuk mengikuti pengajiannya di sana dalam semester yang kedua.
Dalam masa yang sama juga minggu ini merupan minggu pertamaku dalam semester yang ketika di maktab perguruan.

Aku banyak menghabiskan masa berdua bersama Shazuan pada minggu lepas.Ke mana sahaja Shazuan mahu pergi aku turuti sahaja kerana aku tahu masaku dengan dia tidak lama.Jika bernasib baik kami akan bertemu lagi dalam masa 6 bulan akan datang,jika tidak terpaksalah aku menantinya pulang dalam cuti semester yang berikutnya.

Pada minggu lepas juga banyak perkara berkaitan harta peninggalan orang tuanya yang kami uruskan.Secara rasmi En Firdaus menyerahkan segala urusan berkaitan harta orang tuanya yang selama ini dia uruskan.
Bagaimanapun setelah beberapa perbincangan dibuat,En Firdaus bersetuju untuk menguruskan hal berkenaan sehinggalah Shazuan tamat belajar di sana.Cuma urusan tanahnya yang dalam perancangan untuk dijadikan tempat berkelah diserahkan kepadaku.Kata Shazuan bolehlah aku mendapatkan sikit perbelanjaan bulanan untuk menguruskan diriku nanti.

Meskipun aku berkeras menolak, Shazuan tetap mahu aku mengurusnya. Begitu juga En Firdaus yang berpendapat bahawa aku adalah orang sesuai untuk membangunkan tempat itu.Tentang dana tidak perlu aku bimbangi kerana semuanya tersedia. Dengan rasa yang berat aku menerima amanah tersebut.Aku tidak mahu dilabel sebagai orang yang mengambil kesempatan,terutamanya dari saudara maranya yang tidak berhati perut itu.

Aku memerlukan perancangan yang teliti untuk membangunkan tempat tersebut.Aku tidak mahu kepercayaan yang diberikan oleh Shazuan dan En Firdaus ini disia siakan.Tetapi aku sedar aku tidak mampu melakukannya berseorangan.Kerana itu aku perlukan bantuan beberapa orang yang boleh aku harapkan.

En Firdaus ada memuatnaik gambar dan video kawasan itu ke dalam Facebook milik isterinya dan mendapat maklumbalas yang amat baik.Rata-rata netizen begitu teruja dengan keindahan kawasan tersebut dan mengharapkan agar tempat itu boleh dibuka secepat mungkin untuk tujuan riadah dan rekreasi.

"Macamana Wafi? Kamu dah ada idea ke untuk bangunkan tempat tu?", tanya Uncle Adnan ketika kami menikmati minuman petang di rumahnya.

"Ada tu ada Uncle,tapi saya perlukan masa yang sesuai.Lagipun saya nak luangkan masa dengan Wan dulu sebelum dia balik.Lepas tu saya akan fikirkan.Dalam masa yang sama pun saya harap Uncle dapat bantu saya juga untuk bangunkan tempat tu", jawabku kepada soalan Uncle Adnan.

"Uncle tiada masalah,boleh je bantu. Lagipun Uncle memang bercadang nak lepaskan bengkel ni kat pekerja Uncle untuk uruskan.Dah umur macam ni rasa tak larat dah untuk buat kerja berat", jawab Uncle Adnan.

Aku sedar Uncle Adnan bukanlah orang yang aku kenali 6-7 tahun lepas.Usianya sudah memasuki 63 tahun pada tahun ini.Sudah pasti dia tidak dapat melakukan kerja berat seperti dulu.
Uncle Adnan aku dah umpamakan seperti ayahku sendiri.Banyak juga jasanya kepada aku dan juga Shazuan.

Hari makin lama berganti,meskipun aku mengharapkan saat itu tiba akhirnya aku perlu menyedari masaku bersama Shazuan sudah kesuntukan. Shazuan akan pulang esok dan aku akan menghantarnya ke KLIA.Semasa aku pulang,Shazuan tiada di rumah.Katanya dia akan balik sebelum jam 10 malam kerana mahu melepak dengan kawan-kawannya buat kali terakhir di luar.

Perjalanan dari Rembau ke KLIA mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.Uncle Adnan turut menemaniku menghantar Shazuan ke sana.Setibanya kami di KLIA,aku bersalaman dan berpelukkan dengan Shazuan.Selepas ini aku akan kembali menjalani hidupku sendiri tanpa adik angkatku itu.Sempat juga aku dan Uncle Adnan menitipkan pesanan buat dirinya apabila berada di London nanti.
Shazuan melambai kami berdua sehinggalah bayang-bayangnya tidak lagi kelihatan.

REMAJA 2012Where stories live. Discover now