Aku,Shazuan,Ashraff,Nizam dan Aliff ketika ini bersama-sama menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran yang terletak di Rembau.Agak seronok juga apabila dapat melepak ramai-ramai begini.Dalam masa yang sama juga Shazuan memperkenalkan 2 orang rakannya di MRSM yang turut diundangnya iaitu Aniq dan juga Fathi.
Aniq dan Fathi juga merupakan juniorku dahulu.Tambahan pula aku dan Shazuan sememangnya dari MRSM yang sama.Aniq ketika ini melanjutkan pengajian di sebuah Kolej Matrikulasi di Melaka manakala Fathi pula menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Petronas.
Manakala Ashraff dan Nizam menuntut di universiti yang sama iaitu di UUM.
Aku tidak pasti hubungan mereka disana bagaimana tetapi aku berharap mereka menjaga antara satu sama lain. Tambahan pula Nizam dan Ashraff memang rapat dari dahulu."Weh Wan,kau tak ajak Shauki ke sekali malam ni?", tanya Ashraff kepada Shazuan.
"Aku dah ajak dah tapi hari ni dia tak free sebab ada liga futsal kat rumah dia", jawab Shazuan sambil memgunyah makanan di dalam mulutnya.
"Fuhh,baru kita-kita ni dah meriah.Ni kalau ajak budak betch kita lagi huru hara ni", kata Nizam.
"Kalau nak ajak betch kita tu kena buat reunion Zam.Tak sesuai lepak kat kedai ni.Paling kurang kena duduk homestay." Celahku sambil tersenyum.
"Minggu ni kalau takde pape,jom kita lepak kat sungai kat dusun tu", cadang Shazuan kepada kami yang berada di sini.
Betul juga apa yang dicadangkan Shazuan kepada kami.Tambahan pula rumah rehat telah siap dibina di situ.Dusun itu merupakan tanah peninggalan ayah Shazuan.Di situ ada beberapa batang pokok buah buahan yang sudah ditanam sekian lama,cuma aku dan Shazuan tidak pernah merasai hasil tanaman tersebut jika musim berbuah kerana semak belukar yang tebal.
Ketika menunggu keputusan SPM keluar,Shazuan bersama Ashraff dan Shauki bertindak menebas dan membersihkan kawasan tersebut sehinggalah menemui air terjun dan sungai yang bersih dalam kawasan tanah tersebut.Kemudian En Shakir mengupah orang untuk meratakan tanah dan membuang semak samun yang masih ada menggunakan jentera berat.Kawasan tersebut ketika ini sudahpun dipagar dengan zink yang tinggi dan rumah rehat pun sudah siap dibina.Cadangan aku bersama En Firdaus dan Uncle Adnan adalah mahu menjadikan tempat itu sebagai kawasan rekreasi dan perkhemahan.
"Kalau korang on,aku on je,tapi comfirmkan lah awal", kata Nizam yang sedang mengunyah makanannya.
"Besar ke rumah rehat tu pi? Boleh muat berapa orang?", tanya Aliff kepadaku.
"Aniq,Fathi korang nak join tak?", tanya Ashraff kepada 2 orang kawannya itu.
"Aku tak pastilah rumah rehat tu besar mana.Tapi yang aku tahu dah siap.Esok
aku usha tengok.Ni pergi sekarang dah malam pulak", jawabku pula."Boleh je Cap.Tapi kena kompemkanlah.Takpun esok kita sama-sama pergi tengok tempat tu dengan abang Wafi", jawab Fathi ketika itu.
Setibanya aku di sini,aku menyuruh Shazuan turun dan membuka pintu pagar untuk masuk ke dalam dusun ini.
Pagar mula terbuka dan aku mula masuk ke dalam.Sebelum itu aku meminta Shazuan merapatkan kembali pagar tersebut,bimbang ada binatang buas ataupun anjing liar masuk ke dalam ini.Kawasan ini yang dahulunya terbiar semak kini sudahpun bersih. Tambahan jalan untuk masuk ke sini telah pun dibuat menggunakan batu. Cumanya di kawasan sebelah sana masih terbiar semak,mungkin akan dibersihkan dalam masa akan datang.Aku memarkir kenderaanku dihadapan rumah rehat.Boleh tahan juga besarnya rumah ini,anggaranku boleh memuatkan dalam 10 orang,cumanya dilengkapi dengan 2 bilik sahaja. Ashraff,Fathi dan Aniq sudah mula meninjau ke kawasan air terjun dan sungai yang dimaksudkan.Aku dan Shazuan pula masuk ke rumah untuk memeriksa keadaan di dalam.
"Okay dah ni bang.Boleh je tidur.Elektrik semua dah ada." Kata Shazuan kepadaku.
"Cuma nak beli toto ngan bantal je la, sebab kosong rumah ni..Garaj depan tu pun besar,nak pasang khemah pun boleh,nak buat bakar BBQ pun boleh kat situ", kataku pula.
"Wan ingat upah sesiapalah pasang spotlight kat luar ni..Pasang 3 pun cantik dah..2 pasang tembak ke arah sungai dengan air terjun,lagi satu tembak kat halaman luar tu..Takdelah gelap sangat", Cadang Shazuan kepadaku.
YOU ARE READING
REMAJA 2012
RomanceMENGISAHKAN PENGALAMAN KU BERSAMA SHAUKI DAN SHAZUAN. TURUT DISELITKAN KISAH YANG TERJADI DI ANTARA ALIFF DAN JUNIORNYA YANG BERASAL DARI SABAH. DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR.