CHAP 3 - OVERNIGHT

444 8 0
                                    

Aliff dan Nizam masing-masing mendiamkan diri selepas mendapat tahu sisi gelap tasik yang kami kunjungi tadi.Aku pula yang duduk dibelakang hanya menunjukkan sahaja jalan untuk kembali ke Kajang.Geram juga aku pada member Nizam kerana mencadangkan kami bertiga melepak di situ.

"Kita singgah minum dula la Lip,Pi", kata Nizam yang memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Haa okay, aku follow je.Jangan salah tempat lagi dah la", jawab Aliff pula.
Aku hanya mengangguk di belakang.

"Weh Lip,aku lepak rumah kau nanti boleh? Kunci rumah aku tak bawak lah", kata Nizam kepada Aliff.

"Haaa boleh je,lagipun kita sampai sana kompem pagi ni.Silap-silap pukul 3.30pagi baru sampai.Ada tempat lain ke nak pergi?", tanya Aliff sambil menunjukkan jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 1.15pagi.

"Hahaha tadi kau kata barai.Ni ajak tempat lain pulak." Kata Nizam sambil tertawa.

"Dah kau nak balik rumah sendiri pun tak boleh,baik lepak tempat lain dulu", kata Aliff lagi.

"Aku on je kalau nak lepak mana-mana. Lagipun bukan selalu kita lepak lama bertiga.Mana lokasi ni?", tanya Nizam pula.

Aku yang mendiamkan diri sekian lama di belakang tiba-tiba mendapat idea. Dengan pantas aku menelefon dan berbual dengan sesorang.

"Kau call sape pi?", tanya Nizam selepas aku mematikan panggilan.

"Tadi korang kata nak melepak lagi kan? Jom pegi Tanjung Malim." Ajakku kepada mereka berdua.

"Fuhh jauh siut,kau kompem ke nak pergi ni?", tanya Aliff.

"Aku on je Pi.Tapi kita nak lepak ngan sape ni?", tanya Nizam kembali kepadaku.

"Jumpa Amir jap.Dah bertahun kita tak jumpa dia.", jelasku lagi.

"Hah? Amir?", kata Nizam dan Aliff serentak.
--------------------------------------------------------------
Amir yang baru habis shift kerja terkejut apabila mendapat panggilan daripada Wafi.Apatah lagi dia mengatakan sedang dalam perjalanan menemuinya di sini.Dia tidak pasti sama ada Wafi datang berseorangan ataupun bersama orang lain.Tapi apa yang pasti,Amir berasa amat gembira kerana akhirnya dia dapat bertemu kembali Wafi selepas sekian lama.

Amir memeriksa jarak perjalanan Wafi dari Kajang menuju ke sini di google maps yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.Setengah jam itu telah pun berlalu,kemudian dia masuk ke biliknya untuk mencapai tuala dan segera ke tandas untuk mandi.

"Keluar ke Mir? Nak ke mana lewat malam macam ni?", tanya Raja,teman serumah Amir yang berada di ruang tamu menonton televisyen.

"Haah,aku nak keluar jap.Mapley tepi kedai runcit tu bukak ke?", tanya Amir pula kepada Raja.

"Mapley mana ada yang cuti Mir", jawab Raja ringkas.

"Haah,ye tak ye gak." Jawab Amir pula.

"Esok kau tak kerja ke?", soal Raja lagi kepadanya.

"Aku kerja tapi macam tadi lah shift petang.Okay la Raja aku gerak dulu", jawab Amir.

Amir menunggang motosikalnya menuju ke kedai mamak yang terletak kira-kira 15 minit daripada rumahnya. Sampai sahaja disitu,segera dia mengambil tempat duduknya dan menghantar mesej kepada Wafi mengenai lokasi tempat mereka bertemu sebentar nanti.Amir juga menasihatkan Wafi menggunakan Google Maps sebagai panduan untuk menuju ke sini.

20 minit telah berlalu,Wafi masih belum sampai dan ini menimbulkan keraguan kepada Amir.Adakah Wafi menipunya untuk hadir ke sini? Ataupun Wafi benar benar hadir tetapi masih dalam perjalanan.Air teh o ais limau yang dipesan tadi telah pun habis.

Amir sentiasa membelek handphonenya,manalah tahu ada mesej atau panggilan yang masuk daripada Wafi.Ingin juga dia menelefon Wafi bertanyakan dia berada di mana sekarang,tetapi dia takut menganggu kawannya itu.

REMAJA 2012Where stories live. Discover now