CHAP 2 - TASIK

435 11 0
                                    

Selepas kami bertiga melepak di Datarah Merdeka,kami kemudiannya terus ke Bukit Ampang yang terletak di Hulu Langat.Setibanya disini,aku Shazuan dan Aliff terpesona dengan keindahan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang dapat dilihat dari sini.Meriah dengan cahaya dan bangunan pencakar langit seperti KL Tower dan juga KLCC.

Disekitar sini juga banyak gerai makanan dan minuman yang dibuka untuk kemudahan pengunjung.Ramai pengunjung di sini adalah pasangan kekasih yang meluangkan masa bersama terutamanya pada malam minggu.Begitu juga dengan budak-budak motor yang datang secara konvoi bersama rakan-rakan mereka yang lain.

"Weh pi,kau tau tak HUKM kat mana?", bisik Nizam kepadaku.

"Tau je,nape?", tanyaku semula.

"Member aku kata kat depan tu ada tasik.Best lepak situ", kata Nizam kepadaku.

"Aku memang tak tau sangat area KL ni, tapi kalau kawan kau kata best and kau nak pergi,aku follow je." Jawabku lagi.

Kami bertiga akhirnya tiba di kawasan yang dimaksudkan oleh Nizam.Agak aneh sebenarnya tempat ini,meskipun terdapat foodtruck untuk membeli makanan dan minuman,tapi rata-rata pengunjung di sini adalah orang lelaki. Setakat ini aku tidak nampak lagi kelibat wanita ataupun pasangan kekasih berjalan-jalan di sini.

Nizam kemudiannya mengajak aku dan Aliff meronda sekeliling tasik.Kawasan di sekitar tasik ini cukup gelap meskipun dipenuhi dengan ramai lelaki.Semasa kami bertiga berjalan, banyak juga mata yang memerhatikan kami.Ada yang melemparkan senyuman yang manis dan ada juga yang memberi siulan seolah olah mahu mengorat kami.

"Weh Nizam,ni tempat apa ni? Lain macam je", tanya Aliff dengan suara yang sedikit bimbang.

"Entah,aku pun tak tau.Dah member aku kata tempat ni best untuk lepak", jawab Nizam dengan yakin.

Aku mendengar sahaja perbualan mereka berdua.Sama seperti Aliff,aku juga berasa tidak sedap hati apabila berada di sini.Tapi aku perlu berlakon seperti biasa sahaja,jika tidak dua orang rakanku ini akan bertambah cemas.

"Dah la weh,jom pusing balik lepak dekat steamboat depan tu.Macam takde apa pun sini." Pelawaku pada mereka berdua.

Aku membiarkan Aliff dan Nizam mendahuluiku dan aku dibelakang berjalan berseorangan.Ketika itu juga aku sedang membalas mesej daripada Aida.Secara tiba-tiba ada seorang lelaki berusia 30-an  yang tinggi lampai menahanku.

"Hi, U dari mana?" Soalnya kepadaku.

"Kajang,kenapa?", jawabku ringkas.

"Garangnya U ni. Tapi handsome. U cari apa je kat sini?", tanya lelaki itu lagi.

"Saya jalan-jalan dengan member saya kat sini.Tak tau tempat apa.Macam boring je", Jawabku lagi.

"Means ni first time lah U datamg sini?", soalnya lagi.

"Haah", jawabku pula.

Ketika Aliff dan Nizam sampai di foodtruck yang menjual steamboat, mereka terkejut apabila Wafi tiada di belakang mereka.Mereka bimbang Wafi sesat,hendak berpatah balik mencari Wafi mereka tidak berani apatah lagi tadi ada sekumpulan lelaki cuba meramas bahagian punggung mereka.
Tiba-tiba mereka melihat kelibat Wafi berjalan dengan laju ke arah mereka.

"Dah,jom lepak tempat lain.Kau salah tempat ni Zam.Tak tau lah member kau pun tak tau pasal tempat ni atau member kau nak kenakan kau", kataku lagi kepada Nizam.

"Eh,betullah Pi member aku yang cakap tempat ni best lepak.Kau tadi ke mana? Buat aku dengan Alip cuak je.", Tanya Nizam kepadaku.

"Haah Wafi, kau gie mana tadi? Kitorang risau kau sesat sebenarnya." Celah Aliff lagi.

"Ada lelaki tahan aku tadi offer nak hisap batang aku,dia boleh bagi RM30. Ni tempat gay kumpul.Jom blah", arahku lagi.

REMAJA 2012Where stories live. Discover now